MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Sep 2009

Kewibawaan MB Khalid tercalar

Oleh Malaysia Aktif

APABILA Sultan Selangor menitahkan hasil kutipan zakat negeri hanya boleh digunakan bagi lapan asnaf orang Islam saja dan sekaligus menolak cadangan Menteri Besar Khalid Ibrahim bagi mengagihkannya kepada semua kaum, andaian paling menonjol adalah – Khalid tidak faham ajaran agama.

Jika tidak kerana titah dari istana, sudah tentu syor Khalid itu lulus walaupun mungkin ada suara bantahan daripada wakil Pas mungkin Hassan Ali.

Selepas itu, sebanyak dua kali lagi Sultan terpaksa campur tangan. Pertama isu pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 iaitu kedua-dua kawasan majoriti penduduk Islam.

Kegagalan Khalid menangani segera bantahan dan suara keluarga Islam di situ, mencetuskan tunjuk perasaan melibatkan 50 jemaah selepas solat Jumaat, 28 Ogos lalu.

Ini diikuti perarakan membawa lilin oleh kira-kira 100 orang diketuai pemimpin Hindraf, P Uthayakumar di tengah Kuala Lumpur.

Sultan Selangor arahkan Khalid segera atasi masalah itu. Terbaru Sultan tidak lagi menitahkan Khalid menghadap baginda di istana, sebaliknya terus mengarahkan Hassan Ali memberikan penjelasan mengenai pelbagai isu membabitkan orang Islam.

Menurut laporan, antara dibangkitkan Sultan dalam pertemuan dengan Hassan adalah isu pegawai masjid diberi kuasa menahan orang Islam minum arak di khalayak ramai selain isu larangan penjualan minuman keras di kawasan ramai Islam.

Tindakan pantas dan tegas Sultan ini tidak dapat tidak bolehlah diandaikan betapa kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas gagal memerintah hingga menimbulkan kegelisahan dan hampir mengkucar-kacirkan keadaan di negeri Selangor.

Lebih teruk lagi Hassan yang dititah menghadap tanpa Khalid adalah jelas satu tamparan terhadap MB ‘setahun jagung itu’ lantas boleh disimpulkan kewibawaan dan imej Khalid sudah tercalar.

Rakyat jelata yang menunjukkan kemarahan apabila timbul isu penjualan arak di kawasan Islam baru-baru ini, memasang kain rentang menyokong Hassan Ali dan langkah Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) merampas bir di beberapa persimpangan khususnya di kawasan Ampang Jaya.

Walaupun ia diturunkan sebaik saja Anwar Ibrahim mengumumkan tiada krisis di antara Pas dengan Adun DAP, Ronnie Liu yang membantah tindakan itu, namun kini kebencian pengundi kepada Khalid sekali lagi ditunjukkan.

Kini bukannya kain rentang baru dipasang tetapi poster-poster besar dengan gambar Menteri Besar Khalid Ibrahim pula menjadi sasaran – ia dikoyakkan terutama dari bahagian mulut.

Pengundi jelas sudah bosan dengan tindak tanduk dan sikap kelam-kabut Khalid diberi jolokan ‘Khalid Kuil’ yang mencari tapak baru menggantikan kawasan di Seksyen 23 dicadang bagi membina kuil baru menggantikan binaan lama di Seksyen 19 Shah Alam.

Tidak hairanlah hampir semua 300 penduduk yang hadir pada majlis dialog mengenai perkara itu, mengejek Khalid dan wakil PKR lain. Dalam isu ini PKR dan MB tidak mempedulikan suara majoriti yang memilih mereka tetapi mengutamakan pengundi minoriti iaitu kaum India.

Dalam sekelip mata saja, isu kuil itu telah mencemarkan nama Khalid yang baru saja dijemput penduduk perkampungan tersusun Sungai Batu Putih di satu majlis khas merasmikan kawasan mereka menjadi sebuah kampung contoh.

Hasil perjuangan Almarhum Mufti Shuib (UMNO-BN) yang bersusah payah mendapatkan tapak sesuai dan menyusun semula kampung itu dengan begitu cantik dan teratur , tiba-tiba PKR pula tampil mencuri pujian.

Sebenarnya PKR tidak layak mendabik dada lantas mengumumkan penduduk akan diberikan geran tanah kerana semua ini sudah pun diusahakan UMNO dulu dan menunggu masa saja diserahkan kepada penyokong setia itu.

Begitu juga di kampung Mufti Shuib, Adun Pas mengambil kesempatan menganjurkan majlis makan durian bulan lalu tanpa malu sedangkan tidak ada satu pun dilakukan kerajaan pembangkang menaikkan taraf hidup penduduk selama ini.

Penduduk kampung tetap hadir walaupun sebeanrnya mereka sedar betapa mereka terhutang budi kepada Allahyarham Mufti dan UMNO.

Jelas Khalid dan Adun pembangkang mengambil kesempatan menumpang kejayaan UMNO-BN untuk kepentingan mereka sendiri ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama lagaknya.

Tanpa sebarang projek bermanfaat dilaksanakan, kerajaan pembangkang di Selangor lebih berminat memasang poster dan kain rentang di hampir setiap simpang – mereka lebih cekap dalam mempromosi diri sendiri dalam kempen ‘Public Relations’ besar-besaran ini.

Cuma apa yang mereka agak terkilan adalah ‘kehilangan’ Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang jarang kelihatan di kawasan undinya, tetapi lebih sibuk merayau-rayau berkempen di hampir semua kawasan yang mengadakan pilihan raya kecil seperti di Bukit Gantang dan Penanti menaiki kereta Pajero dengan berlambang Member of Parliament Ampang.

sumber - malaysia aktif


Tiada ulasan: