KESOMBONGAN politik tidak akan membantu perkembangan demokrasi dalam negara ini. Kehadiran Anwar Ibrahim dengan lagak sombong politiknya, kelicikan dan manipulasi tidak akan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang akan melunaskan hasrat dan cita-cita rakyat. Melihat cara berpolitik sahaja maka kita akan nampak bahawa demokrasi laungan Pakatan Rakyat adalah demokrasi palsu yang hanya memikirkan perebutan kuasa secara manipulatif.
Rakyat perlu sedar bahawa pengkhususan dan pemusatan kuasa kepada Anwar Ibrahim hanya akan membentuk diktator baru yang rakus memegang kuasa.
Kedudukan ini tidak akan menggembirakan Melayu khususnya malah akan hanya terus meminggirkan bukan sahaja Melayu malah bangsa lain dengan mengutamakan kroni tanpa mengira bangsa. Kita perlu lihat senario ini secara jujur. Anwar sendiri membentuk pemusatan kuasa di sekitar beliau. Pemusatan ini tidak lain hanya satu bentuk kepimpinan bercorak autoriti dan autoriti ini berpusat kepada beliau.
Janji Anwar Ibrahim hanya untuk mendapatkan kuasa dan mereka yang mempunyai agenda khusus untuk rakyat hanya liabiliti buat beliau.
Ini sebenarnya telah dirasai oleh penyokong reformasi. Mereka yang telah berkorban untuk memperjuangkan beliau hari ini terus menjadi tukang sorak dan kambing hitam perjuangan. Golongan yang memanggil diri mereka reformis akhirnya terus tersungkur dan pendekatan mereka adalah untuk me-reform diri dari keadaan yang daif kini kepada keadaan yang lebih moderat dan tidak bertunjangkan Anwar Ibrahim – meletakkan beliau sama seperti agama dan tuhan.
Segala pemusatan kuasa tidak akan meletakkan demokrasi itu dalam keadaan baik. Pemusatan kuasa tidak membentuk kepimpinan tetapi membentuk pentadbiran yang akan meminggirkan rakyat dan hak rakyat. Percayalah dan fikirkan lah Anwar sebagai kepimpinan atau Anwar Ibrahim sebagai kuasa.
Rakyat perlu sedar bahawa Anwar tidak akan menjadi kepimpinan masa depan tetapi Anwar akan menjadi diktator masa depan. Semua indeks petunjuk menghala kepada arah itu. Pakatan Rakyat tidak mempunyai barisan kepimpinan kukuh tetapi mereka mempunyai barisan kepimpinan yang hanya menurut dan akur kepada anwar Ibrhaim. Hari ini semua kepimpinan lain hanya menurut dan hanya akan akur kepada Anwar Ibrahim.
Ini perlu kita lihat – Ketua UMUM melangkaui Presiden – melangkaui Menteri Besar – melangkaui ketua komponen Pakatan Rakyat. Anwar melebihi semua itu. Sehingga kini tidak ada satu kepimpinan lain dalam Pakatan Rakyat yang mampu ingkar terhadap keputusan beliau.
Anwar Ibrahim adalah Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat adalah Anwar Ibrahim.
Berbalik kepada keadaan ini, rakyat seharusnya bertanya kepada diri mereka sendiri, adakah tidak kelihatan bahawa pembentukan politik Pakatan Rakyat hanya menunjukkan petanda bahawa pemerintahan negara ini akan tertakluk hanya kepada seorang – Anwar Ibrahim. Adakah ini asas kebenaran demokrasi yang akan dibentuk? Adakah ini harapan untuk mengadakan kepimpinan baru dan matlamat baru yang mementingkan diri sendiri.
Rakyat Malaysia harus bangkit dan tidak membentuk satu lagi maha firaun yang akan mentadbir negara ini. Kita seharusnya menolak – kepimpinan palsu yang memanipulasi kebolehan yang ada untuk mementingkan cita-cita tersendiri. Kita seharusnya nampak apa yang sedang dibentuk adalah bukan satu kerajaan memerintah yang akur kepada kehendak rakyat khususnya Melayu dan Islam tetapi hanya membentuk Kerajaan Anwar Ibrahim, untuk Anwar Ibrahim demi Anwar Ibrahim.
Anwar kini telah menjadi satu berhala yang di sembah oleh penyokong beliau tanpa mahu mengambil tahu petunjuk penting bahawa Anwar Ibrahim akan memperhambakan rakyat.
sumber - malaysia hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan