MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Sep 2009

kebenaran mulai terselak : Saksi buktikan Tan marah Teoh!

Oleh Kumbang, AIDCclub

Mungkin selepas ini Gobind 'Peguam Kangaroo Negara' boleh membawa sesiapa sahaja yang tidak terlibat dan tiada kena mengena dengan kematian Teoh untuk mewujudkan sendiri teori SPRM sebagai punca kematian Teoh. Seperti membawa saksi yang sudah setahun disiasat SPRM.

Tetapi adakah ia mampu menafikan pembohongan Tan Boon Hwa yang berkata hanya terserempak dengan Teoh pada pukul dan 6 pagi dan hanya bertanya "Teoh ,kamu masih berada di sini?".

Pembohongan ini nampak jelas apabila saksi iaitu Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin yang menjalankan siasatan terhadap Tan, mengaku mendengar pertengkaran antara Tan dengan Teoh ketika membawa Tan ke Tandas pada pukul 2.30 pagi.Klik sini.

Penafian telah dibuat Tan berkali-kali sebelum ini dan kenyataan beliau jelas berubah-rubah untuk menjaga perut dan kepentingan DAP.

Tetapi adakah beliau selamanya ingin merahsiakan apa yang sebenarnya berlaku setelah kebenaran mulai terselak dan ramai yang menjangkakan beliau terlibat dengan kematian Teoh.

Jika melihat kepada pertanyaan Tan kepada Teoh pada pukul 6 pagi iaitu "Teoh ,kamu masih berada di sini?".

Pertanyaan ini jelas menggambarkan yang Tan telah berjumpa dengan Teoh dengan kerap dan lebih daripada sekali sebelum itu,sehingga boleh terpacul di mulut Tan untuk bertanya kenapa Teoh masih berada di situ setelah bertengkar dengan beliau pada 2.30 pagi.

Adakah ini benar? Tan sila jawab.

Mungkin selepas ini saksi yang tiada kena-mengena dengan Teoh boleh dibawa Gobind ke dalam inkues. Tetapi adakah ia mampu memadamkan pembohongan Tan yang kian jelas.

Mungkin di sini berakhirnya kemanisan bulan madu DAP di Selangor.

Tetapi ingat "kebathilan yang terancang akan juga mampu dikalahkan dengan kebenaran yang terancang" dan SPRM yang teraniaya punyai senjata yang paling kuat serta ampuh iaitu "doa kepada Tuhan" kerana doa orang yang teraniaya biasanya dimakbulkan.

Amin! Semoga Tuhan tunjukkan kebenaran.

"Sama Rata, Sama Rasa, Depan Belakang Sama Saja"

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: