MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Sep 2009

Isu kuil : Kerajaan Selangor sabotaj dan tikam belakang ?

Oleh Another Brick in the wall

Sepatutnya Khamis semalam pukul 2:30 ada satu sidang akhbar perdamaian antara wakil penduduk Seksyen 23 dan Hindu Sangam (serta kuil Seksyen 19). Perdamaian ini adalah persetujuan dan persefahaman yang dicapai dari hasil usaha Dato Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri untuk menemukan kedua-dua kedua-dua pihak.

Melihat usaha ini akan menonjolkan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyelesaikan masaalah tempatan yang mudah diselesaikan, mereka menimbulkan kontroversi untuk mengagalkan usaha perdamaian ini. Mereka menuduh Hishamuddin campur tangan dalam siasatan polis.

Disamping itu, mereka menuduh beliau rasis sambil mengungkit peristiwa keris lama dan menuntut beliau meletakan jawatan kerana simpati dengan penduduk Seksyen 23. Padahal pihak Hindu Sangam (berserta wakil Kuil Seksyen 19) telah mendengar dan setuju dengan rungutan penduduk.

Usaha untuk mengalih pandang ini adalah petunjuk jelas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak ikhlas untuk menyelesaikan masaalah ini. Mereka hanya mahu terus mengekalkan kehangatan untuk dipolitikkan dan menutup malu mereka.

Kerajaan negeri hasut

Dipercayai pihak kerajaan negeri akan "menghasut" Hindu Sangam untuk menggagalkan perdamaian. Sudah ada petunjuk bahawa pihak kuil sudah berbalik-balik cakap seolah-olah akan memungkiri janji. Tidak menghairankan untuk berlaku kerana kuil Seksyen 19 pernah lakukan sedemikian.

Sidang akhbar yang telah diumumkan telah dibatalkan. Bagi menggantikan, satu Majlis Perdamaian telah dirancang untuk pagi 10:30 pagi. Itu pun telah dibatalkan kerana pihak kerajaan negeri mahu bertemu pihak Hindu Sangam pagi ini.

Apa salahnya pertemuan itu dilakukan pada masa lain hari ini? Adakah mereka mahu melihat pengumuman perdamaian itu tidak berlaku?

Ini hanya menunjukkan exco kerajaan negeri cemburu bila Hishamuddin berjaya mencapai kata sepakat antara pihak-pihak yang berbalah. Tidak hairan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membuat sesuatu janji atau tawaran yang akan membuat pihak kuil dan Hindu Sangam menggagalkan usaha perdamiaan antara penduduk.

Dari maklumat yang diterima, ada ura-ura pihak Hindu Sangam mahu mengenakan syarat baru dari persetujuan yang telah dibuat di hadapan Hishamuddin. Di hadapan Hishamuddin, mereka pura-pura mendengar dan bersetuju dengan rungutan penduduk Seksyen 23. Katanya, mereka juga sedia meneriama tawaran pihak kerajaan Persekutuan untuk menyediakan tapak tanah untuk membina kuil baru.

Sambil itu, reaksi Pakatan rakyat terhadap usaha Hishamuddin menunjukkan sikap kebudak-budakan. Mereka menuduh Hishamuddin campur tangan dalam urusan penyiasatan polis terhadap lebih 50 laporan terhadap penduduk Seksyen 23. Malah mereka mengungkit peristiwa angkat keris yang dibuat oleh Hishamuddin di Perhimpunan Agung Pemuda beberapa tahun lepas.

Bagai boleh diagak Pakatan Rakyat akan memutarbelit jika siasatan polis tidak mengarah kepada pendakwaan terhadap penduduk Seksyen 23. Kemungkinan besar perkara ini tiada pendakwaan kerana ianya lebih perselisihan faham. Adakah ini diplomasi Pakatan rakyat menyelesaikan masalaah penduduk dengan mahukan pengundi mereka dihukum polis?

Kuil akan mungkir janji?

Pihak kuil sudah berkali-kali memungkiri janji.

Menurut surat yang dihantar oleh penduduk Seksyen 19 (boleh diperolehi di laman Selangordailydotcom sini), pihak kuil bersetuju pindah tetapi masih mahu mengekalkan operasi hingga akhir tahun 2010. Malah mereka telah mengecat kuil dan patung tersebut seolah tidak akan berpindah dan akan memungkiri janji yang telah dibuat.


Kuil itu menceroboh tanah PKNS selama dua dekad dan bukan berumur 150 tahun seperti yang ditulis oleh The Malaysia Insider. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan. Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas tanpa bekalan air dan elektrik.

Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS.

Pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguatkuasa mengambil tindakan keatas kuil itu. Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat.

Menurut surat tersebut, walaupun Khalid Samad berkata mereka sanggup bertolak ansur untuk pindah, penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006.

Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu. Khalid Samad asyik menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.

Menurut surat tersebut, pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.

Pada mulanya mereka memberi alasan bahawa kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Dalam mempertahankan kuil ini, Khalid Samad berdalih-dalih dan memberi alasan kuil itu berjauhan dari kawasan penduduk Islam dan dipinggiran kawasan. Ini tidak benar.

Kekacauan dan ganguan dari samseng kuil

Penduduk Seksyen sering berhadapan dengan gangguan bising dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.

Namun demikian, Khalid Samad lebih bersikap berat sebelah kepada mereka tanpa menyiasat. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam, beliau pula menyebelahi Hindu kuil.

Selain itu, tinjuan kami dengan penduduk mendapati kuil ini adalah sarang samseng India. Sering berlaku di mana permainan gendang apabila ada Majlis Tahlil di rumah penduduk Islam. Apabila ditegur samseng ini menuntut di bayar untuk memberhentikan permainan gendang yang sengaja dibuat dengan bising.


Penduduk yang membuat rungutan kepada pihak berkuasa dan polis juga diugut hingga ada yang diugut bunuh. Rumah mereka dicanting dengan nombor 303 sebagai tanda rumah yang menentang samseng ini. Sejak kehadhiran samseng ini, kejadian samun dan rompakan terhadap rumah-rumah pun bertambah.

Kronoloji aduan dan masaalah kuil Sekseyn 19 ini boleh diperolehi di laman Perwaris sini.

Jika ada pihak merasakan kuil ini mendapat sokongan penganut Hindu setempat, ianya tidak benar sepenuhnya. Dari tinjuan kami, ada antara penganut Hindu di Seksyen 19 tidak bersembahyang dikuil itu tetapi pergi ke kuil sejauh Klang. Sebabnya adalah elemen-elemen samseng yang menguasai kuil ini.

Kerajaan Negeri main belakang

Dalam mereka menuduh dan menuntut hukuman terhadap penduduk Seksyen 23, rupanya ada usaha untuk mengadakan dialog antara Khalid Samad, Rodziah Ismail, Datuk Mazlan Md Nor (Datuk Bandar Shah Alam) serta wakil PKNS.

Kalau ini dilakukan sebelum perjanjian Mei 2009 dengan pihak kuil, perkara ini tidaklah menjadi begitu buruk keadaan. Lebih lagi mereka berdua ditangkap berbohong pada penduduk.

Jika kerajaan persekutuan sedia menyelesaikan masaalah untuk memberi tanah, apa pula kerajaan Selangor sanggup tawarkan? Adakah tawaran ini masih membiarkan kuil Seksyen 19 beroperasi dan kuil Seksyen 23 dibina juga? Adakah konsesi yang akan diberikan pada kuil itu akan disenangi penduduk Sekseyn 19 dan Seksyen 23?

Rasanya tidak dan perkara ini akan berpanjangan lagi.

Khalid pandai menyalahkan masaalah ini adalah masaalah kerjaan BN tetapi kenapa mereka tidak teruskan pembinaan di Seksyen 22 yang sudah diatur. Semuanya ini kerana kerajaan Pakatan Rakyat terlalu sangat mahu mengambilhati kuil ini hingga tidak mengkaji latarbelakang masaalah ini dnegan terperinci.

Apa saja asal dapat pengaruh dan kuasa? Bolehkah ahli politik ini membawa kemajuan dan memberi kepimpinan yang diperlukan negara?

sumber - anotherbrickinwall.blogspot.com



4 ulasan:

Al-Yasar berkata...

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam sebenarnya tidak mempunyai alasan yang kuat dan kukuh untuk menentang pembinaan kuil Hindu di kawasan itu. Perlembagaan tidak menyebelahi mereka dan ajaran Islam pun tidak menyebelahi mereka. Kalau setakat mengatakan kawasan itu kawasan majoriti Melayu/Islam, itu tidak mencukupi. Kerana hak golongan minoriti tidaklah boleh dinafikan.

CUPING MERAH berkata...

cesss!!dah hina cukup2 mintak perdamaian pulak..takut tak dapat undi ke?

padan ngan muka ngan korang penganut hindu tknak jumpa korang...

jangan harap korang dapat undi dari hindu lagi..kah..kah..kah

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Isu ini telah menjadi semakin mengarut dan merapu apabila permainan politik telah dicampur-adukkan. Tinggikah darjat kepartian politik ini sehingga ia melebihi dari pendekatan agama? Nampaknya masyarakat kita kini telah berjaya disogokkan bahawa politik itu lebih penting daripada agama? Jika tidak mengapa kita masih membenarkan 'politician' yang menyelesaikan semua masalah rakyat termasuk juga isu-isu agama....percaya sangatkah kita kepada 'politician' ini sehingga pandangan dan nasihat golongan agama diketepikan? Habislah kita jika begini........

Shah berkata...

Mana pemimpin PR seperti Hasan Ali? Dulu cakap nak kilang arak sebelum matahari terbit selepas berkuasa? Kenapa pimimpin PAS lain membisu serubu kata? PAS hanya bagus di ceremah perdana tapi mengatasi masalah kosong. Apakah PAS dah jadi Parti Angkatan Sial setelah bersama DAP. Harap PAS ubah hala tuju dan jangan ingin kuasa politik sanggup membiarkan Melayu di hina Islam di pijak