Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
"Saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. " kata Dr. Ridzuan Tee dalam laman blognya bagi mengulas kecenderungan beberapa pemimpin bukan Islam yang hari ini cuba memancing umat islam dengan membaca ayat Al-Quran.
Pada pandangan Penyarah Universiti Pertahanan Nasional itu, ucapan beberapa pemimpin bukan islam tersebut boleh dipersoalkan kerana adakah mereka benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam.
Dr. Ridzuan juga menegur tindakan pemimpin islam yang mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama islam hingga bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang, sambil mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.
Dengan nada kesal bekas pendakwah bebas tersebut juga menyatakan kesedihan apabila pemimpin islam menolak kerjasama dengan pemimpin seagama dari parti berbeza dan sanggup bersama-sama dengan golongan Musang berbulu Ayam.
"Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan" Kata Dr. Ridzuan lagi bagi membuktikan sikap prejudis golongan yang suka mengunakan ayat Al-Quran untuk meraih sokongan.
Sambil meluahkan rasa kecewa dengan senario politik dibeberapa negeri di perintah Pakatan rakyat hari ini, Dr. Ridzuan menyatakan beliau bukan menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal.
Tokoh yang pernah digelar anak haram oleh pemimpin DAP ini lanjutan isu pandangan beliau mengenai anak luar nikah Teoh Beng Hock, berharap umat Islam tidak mudah ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu (DAP). "Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?", katanya lagi.
Sambil menegaskan umat islam di Malaysia jangan memperperjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini dan menyarankan agar mengenepikan kepentingan parti dan kepentingan agama dan negara perlu didahulukan.
Umat islam juga tegasnya seharusnya jangan membiarkan diri dipermainkan atau diperkotak-katikkan sehingga menjadi hamba di bumi sendiri, beliau juga menggesa orang Melayu bangkit mempertahankan apa yang dimiliki tanpa menafikan hak orang lain, kerana takut menyesal kemudian hari satu hari.
"Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam". luah Dr. Ridzuan Tee kepada orang Melayu dan Umat Islam dalam laman blognya sebelum umat islam meraikan Idulfitri beberapa hari yang lalu.
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan