Tarikh 16 September sekali lagi menghampakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bila hasratnya untuk melucutkan keseluruhan pasukan pendakwaan yang terdiri dari tujuh orang dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya Saoful Bukhari Azlan ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya berkata permohonan itu terhadap Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin itu dibuat di mahkamah yang salah.
Katanya ia sepatutnya dibuat di mahkamah jenayah.
Menurut hakim itu Anwar tidak dicabar mana-mana penyalahgunaan kuasa oleh tujuh orang responden berkenaan yang memerlukan mahkamah menghalang mereka.
Anwar buat permohonan berkenaan yang dianggap oleh para pemerhati sengaja untuk melengahkan perbicaraan kes liwatnya pada 11 Ogos lalu.
Beliau mendakwa pasukan pendakwaan itu sebagai "sama seperti mempersenda keadilan". Beliau mengaitkannya dengan langkah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam menandatangani sijil Seksyen 418A.
Seperti yang diduga peguam Anwar,Sivarasa Rasiah beritahu wartawan kemudiannya isu nak tuntut lucuk hak pasukan pendakwaan pendakwaan itu belum ‘ tutup buku’
Katanya Anwar ada dua pilihan iaitu kemuka permohonan baru di mahkamah jenayah atau buat rayuan terhadap keputusan itu .
Berdasarkan pada ding dong soal prosedur kes ini yang sudah berlarutan begitu lama para pemerhati menduga pasti ada langkah selanjutnya dari pihak Anwar terhadap hal ini.
sumber - agendadaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan