MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2009

Anwar Ibrahim Akan Sertai PAS

Oleh siyasahsyariyah

Semasa Anwar Ibrahim dalam ABIM, ada ramalan dan desas-desus menyatakan beliau akan menyertai atau akan bergerak aktif dalam UMNO. Kebanyakan kawan, terutama dalam ABIM dan PAS, tidak percaya. Malah, ada yang mengatakan "ramalan sesat" dan "desas-desus karut".


Saya masih ingat suatu ketika, kira-kira jam 12 malam, saya didatangi oleh Ketua ABIM Selangor untuk mengesahkan yang ramalan dan desas-desus itu adalah benar. Beliau sendiri baru balik dari suatu pertemuan bersama rakan-rakan ABIM dengan Anwar. Ketua ABIM Selangor ketika itu macam termenung sahaja. Perkataannya yang menarik ingatan saya ialah "tak sangka", dalam loghat utara.

Kini, Anwar Ibrahim jadi Penasihat PKR merangkap Penyelaras PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau dikenali juga sebagai DSAI. Siapa yang tak kenal beliau, bid'ah dhalalah.

Dan kini juga, ada ramalan dan desas-desus yang menyatakan bahawa beliau (DSAI atau Anwar Ibrahim) akan menyertai PAS sebagai parti politik terakhir beliau. Beliau akan menjadi PM Malaysia melalui PAS dan bersara semasa dalam PAS.

sumber - siyasahsyariyah


Tiada ulasan: