MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Sep 2009

Anwar Ataturk : Peristiwa menarik 11 September

Oleh My Longest Yard, AIDCclub

Hari ni wa ingat mau buat satu artikel yang berbeza dari biasa. Wa tak spesifik pada satu topik.

Semua cerita wa akan masukkan dalam artikel ni. Tapi nama Anwar Ibrahim tetap terselit dalam artikel ni. Sori la Bro Anwar, wa kan AIDCclub a.k.a Kelab Anti Anwar. Namamu teratas! Tatap!


Wa mau membawa berita yang berlaku pada setiap tarikh 11 September setiap tahun bermula tahun 1998 hingga tahun 2008. Dengan cara ini ia dapat membawa kita pada tarikh tersebut. Di mana kita berada dan apa yang kita buat ketika itu.


Wa cuma attach satu berita saja bagi setiap tarikh 11 September. Wa pilih artikel yang dianggap 'menarik' untuk dikongsi oleh semua. Menarik untuk wa mungkin. Untuk lu orang, wa tak pasti.



11 September 1998 : Permintaan adakan solat hajat disokong (Klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Menteri Besar dan pemimpin UMNO menerima baik permintaan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad agar semua ahli UMNO mengadakan sembahyang hajat bagi menunjukkan kebenaran tindakan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kabinet dan UMNO. Sehubungan itu, mereka bersetuju mengadakan sembahyang hajat secara beramai-ramai di kawasan masing-masing.


Komen wa - Bulan September 2008 memang kecoh. Sebab, pada 2 Sep Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Masa ni rakyat pun pening dan terkejut. Sehingga mencapai satu tahap Tun Dr M minta semua buat solat hajat. Bukan untuk menentukan sama ada beliau akan menang atau Anwar kalah, tetapi supaya kebenaran akhirnya menjadi kenyataan. keikhlasannya dalam mencari kebenaran berhubung isu tersebut dan tidak ada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.


11 September 1999 : Rafidah persoal Anwar keracunan serentak APEC (klik sini)


AUCKLAND 11 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz mempersoalkan sama ada para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat semasa membuat dakwaan beliau diracun di saat para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) memulakan mesyuarat di sini. Katanya, beliau hairan kenapa kejadian yang diketahui pada 26 Ogos itu, hanya diberi perhatian sekarang.


Komen wa : Bila jenguk balik berita pada tahun 1999 ni, wa tak terkejut. Anwar memang primadona dulu, kini dan selamanya...



11 September 2000 : Dr. M sahkan akan temui Suqiu (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan akan menemui Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina (Suqiu) untuk mendengar penjelasan mereka berkaitan tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.
Perdana Menteri berkata: ''Saya akan berjumpa dengan mereka, mereka minta untuk berjumpa dengan saya untuk menerangkan apa maksud mereka dan saya akan berjumpa dengan mereka.''


Komen wa : Mula-mula baca nama geng ni kat paper, wa konpius mau sebut macam mana. 1st time sebut macam keluar nama pelakon Transpoter - Shu Qi. Seingat wa, kumpulan ni tuntut supaya dimansuhkan perbezaan status bumiputera dan bukan bumiputera dalam semua bidang. Yang pasti, kumpulan ni terus senyap lepas diadakan perjumpaan dengan Tun Dr M. Agak-agak korang apa la yang ayat keramat yang diucapkan oleh beliau?



11 September 2001 : Amerika Syarikat diserang - Dua Menara Kembar Pusat Dagangan Dunia di New York ranap dirempuh dua pesawat (klik sini)


NEW YORK 11 Sept. - Dua buah Menara Kembar Pusat Dagangan Dunia di sini yang setiap satunya setinggi 110 tingkat menyembah bumi dirempuh sebuah pesawat penumpang Boeing 767 yang dirampas serta sebuah pesawat lain dalam satu serangan berani mati - yang kemudiannya turut melibatkan serangan di beberapa lokasi strategik Amerika yang lain.

Serentak dengan serangan pada pukul 9 pagi itu, Pantagon (Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat) turut dirempuh dengan sebuah pesawat ala kamikazi - separuh bangunannya runtuh, kemudian bangunan dewan perwakilannya, Capitol Hill diikuti dengan Jabatan Negara.


Komen wa : Masa tengok aksi kapal terbang langgar bangunan tu terasa macam tak percaya. Macam dalam filem Hollywood. Mula-mula ada yang bersorak bila dapat tahu Amerika Syarikat diserang, namun sorakan tu bertukar dengan perasaan simpati. Hampir 3000 orang mati. Yang pasti, serangan tersebut dieksploitasi dan dijadikan alasan oleh AS untuk serang Afghanistan dan Iraq. Akibatnya, lagi ramai yang mati daaaa....



11 September 2002 : Ketiadaan pendatang jejas jualan Maggie, Milo (klik sini)


PETALING JAYA 11 Sept. - Penghantaran pulang pekerja asing tanpa izin ke negara masing-masing telah memberi `kesan mengejut' terhadap jualan produk Nestle seperti mi Maggie dan Milo pada separuh pertama tahun ini.

Pengarah Urusan Nestle (M) Bhd. (Nestle Malaysia), Jose Lopez berkata, pihaknya mendapati rangkaian bekalan produknya tidak bergerak secara konsisten sejak proses penghantaran pulang pendatang asing dilakukan.


Komen wa : Aiseh...sampai begitu sekali kesannya. Nampak sangat geng-geng PATI ni kuat makan megi. Wa mau tanya, kalau semua student IPTA dan IPTS bercuti semester, ada effect macam ni jugak ka pada pasaran megi?



11 September 2003 : Pelbagai pihak kecam sikap Business Week (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pelbagai pihak hari ini mengecam majalah antarabangsa Business Week yang bersikap biadap dan angkuh dengan mengugut untuk menulis laporan memburuk-burukkan Malaysia dan kepimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad selepas Perdana Menteri enggan ditemu bual oleh mereka.

Menurut mereka, ancaman seperti itu merupakan sebahagian daripada amalan budaya pengganas dan majalah berkenaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia.


Komen wa : Langsung tak terkejut dengan berita ni. Memang begitu layanan media antarabangsa pada pemimpin Malaysia terutamanya Tun Dr M. Lainlah kalau Anwar Ibrahim. Anwar mendapat publisiti yang sangat positif daripada media antarabangsa, sebaliknya menulis perkara buruk mengenai dirinya (Dr. Mahathir). Bukankah itu tidak adil?



11 September 2004 : Pemuda UMNO tolak Anwar (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO menolak sebarang usaha atau rancangan oleh mana-mana pihak untuk membawa kembali Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Penolong setiausaha pergerakan itu, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, sebagai sebuah parti Melayu teras yang memperjuangkan agenda besar bangsa dan negara, UMNO seharusnya bebas daripada dianggotai oleh pemimpin yang pernah menggerakkan usaha untuk `menjatuhkan kerajaan yang sah'.


Komen wa : Wa setuju. Jangan terima musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging. Reject!



11 September 2005 : Pas tidak setuju tindakan DAP iktiraf PKM (klik sini)


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pas tidak bersetuju dengan tindakan DAP mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PKM mengambil pendekatan keganasan dan mempunyai agenda untuk mengundang penjajahan baru komunisme di tanah air ketika itu.


Komen wa : PAS dah berubah. Dulu lain, sekarang lain. DAP dipeluk erat. Semua boleh belaka demi kuasa dan jawatan. Tengoklah apa yang PAS dah buat di Perak dan Selangor tu...



11 September 2006 : Tiada peraturan jawatan PM, MB kekal sepanjang hayat – Najib (klik sini)


BENTONG 11 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada peraturan dalam mana-mana parti yang menetapkan bahawa seseorang yang menjawat jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh mengekalkannya sepanjang hayat.

Komen wa : Teringat seorang MB di Kelantan. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih...


11 September 2007 : Lucut kerakyatan perusuh bakar Jalur Gemilang (klik sini)

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mahu perusuh yang membakar Jalur Gemilang semasa rusuhan di Jalan Sultan Mahmoud, Kuala Terengganu kelmarin dilucutkan kerakyatannya.Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) menegaskan Jalur Gemilang adalah maruah negara dan tindakan membakar bendera itu merupakan satu penghinaan terhadap Malaysia.

Komen wa : Setuju! Tapi kalau mamat tu dilucutkan kerakyatan, dia nak jadi rakyat negara mana? :) Benderaku dan Negaraku, kalau tidak menghormati kedua- dua simbol negara ini mereka boleh berambus dari Malaysia.


11 September 2008 : Teresa ditahan di bawah ISA (klik sini)

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pukul 11.20 malam ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan itu di bawah Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Komen wa : "It's seems like dog food"

Itulah sedikit kisah 11 September. Lain tahun lain ceritanya. Apa pulak cerita menarik 11 September 2009? Kita nantikan...

p/s : Tahniah kepada kakitangan awam kumpulan sokongan yang menerima sumbangan duit raya daripada kerajaan. Lepas ni anda perlulah tingatkan produktiviti, elakkan kontroversi dan kurangkan melayari facebook di office :)

sumber - my longest yard


Tiada ulasan: