MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Sep 2009

Anwar Atarturk arah Zaid Ibrahim kritik PAS?

Oleh Pochongmenulis, AIDCclub

Dalam pandangannya di laman blognya, Zaid Ibrahim bekas Menteri Kabinet Persekutuan dan kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dilantik menggangotai Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut telah mengupas hubungan antara parti didalam pakatan gabungan pembangkang (Pakatan Rakyat).

Secara sinis orang yang bertangggunjawab menyaman kerajaan PAS Kelantan suatu ketika dahulu berikutan penggubalan enekmen hukum hudud di Kelantan ini banyak menyindir PAS dalam melontar pandangannya keatas hubungan longgar pakatan pembangkang tersebut.

Antara isu yang disentuhnya ialah berkaitan kritikan Pesuruhjaya PAS Selangor Hassan Ali berkaitan isu SELCAT.
"Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus " respon Zaid isu tersebut"
Beliau juga mengkritik tindakan PAS yang selalu menjadikan isu hak memilih agama dikalangan warga Melaysia.
"PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama?" kata Zaid Ibrahim.

Yang mengejutkan PAS Terengganu yang berada dibawah pengaruh Presiden PAS Haji Hadi Awang pun menjadi krtikan Zaid Ibrahim apabila beliau mempersoalkan tindakan Pemuda PAS negeri tersebut dengan menangkap dan memberi nasihat kapada anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri.

Selain itu tindakan Pemuda PAS yang selalu ingin mengharamkan konsert juga tidak dipersetujui Zaid Ibrahim kerana menggagap ia bukanlah keutamaan sebenar yang harus dilakukan Pakatan Rakyat. Sambil mempersoalkan janji-janji yang belum tertunai ingin dilaksanakan oleh Husam Musa dan Khalid gagap dalam negeri yang dikuasai.


Jika kita menerobos lontaran luahan hati Zaid Ibrahim, dapat kita katakan sebenarnya terlalu banyak lompang-lompang wujud antara sesama parti dalam gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat Tersebut.

Pakatan tersebut bergabung hanya dengan niat untuk menjatuhkan kekuasaan Barisan Nasional, namun disebabkan kesemua parti mempunyai impian dan ideologi yang berbeza maka akan wujud pelbagai kritikan sesama sendiri.

DAP dengan Malaysian Malaysia, PAS dengan Islam dan PKR dengan perjuangan keadilan pemimpinnya. Walaupun buat masa ini Anwar Ibrahim berjaya menyatukan ketiga parti ini, namun wujud kerisauan berapa lama ia mampu bertahan. Dari situ jalan pintas perlu dirangka oleh Anwar untuk meliberalkan pemikiran pemimpin PAS.

Sementara itu pada pandangan Wan Hamidi Hamid, seorang Perunding Politik/Media, Research for Social Advancement (REFSA), merumuskan apa yang berlaku pergolakan dalam Pakatan Rakyat hanyalah reaksi apabila PAS menjadi parti terkecil dalam gabungan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac, 2008.

“Timbul kebimbangan bahawa PAS mungkin ditelan arus baru kepelbagaian kaum. Ini merisaukan kumpulan Islamis dalam PAS yang bimbang “Islam” akan dicairkan oleh pragmatisme rakyat. Ini pula bukan soal ideologi; ia lebih kepada soal bimbang kehilangan kuasa atau pengaruh,” kata Wan hamidi.

Selain itu , tekanan untuk PAS menjadi lebih “liberal” telah membuatkan kepimpinannya gusar kerana persepsi mereka adalah liberal itu bererti mengorbankan segala prinsip Islam. Lantaran itu PAS cuba menunjukkan bahawa PAS tetap sama seperti dulu. Namun disini kita mendapati PKR dan DAP menghendaki PAS perlu liberal dan inklusif untuk terus mendapatkan sokongan banyak lapisan rakyat. Mungkin inilah yang menyebabkan wujud perbezaan didalam gabungan tersebut hingga Zaid Ibrahim terpaksa melontarkan pandangan kerasnya.

sumber - pochongmenulis

Tiada ulasan: