MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Ogo 2009

Wong Chuan How beri keterangan polis

SEPANG - Pembantu Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew iaitu Wong Chuan How semalam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi memberi keterangan ke atas laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Ogos lalu.

Turut hadir memberi keterangan ialah dua peguam beliau iaitu John Fernandez dan Cha Kee Chin serta Ketua Kampung Baru Sungai Pelik, Lai Nyuk Lan, dan suaminya, yang juga saksi kejadian itu sampai ke IPD Sepang kira-kira jam 3 petang.

Kelima-lima mereka dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Jumaat lalu yang mendakwa Wong dikasari semasa dipanggil bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wong berkata, beliau sepatutnya dijadualkan memberi keterangan pada Isnin lalu, namun berikutan sedikit masalah, tarikh tersebut ditunda semalam.

“Kita akan memberikan maklumat kepada pihak polis bagi ke atas laporan polis yang telah dibuat,” katanya.

Wong ketika ditemui memaklumkan dirinya kini bertambah baik selepas mengalami kecederaan di lutut yang didakwa disebabkan kekasaran SPRM.

“Esok saya akan mendapatkan rawatan secara ulangan di Hospital Serdang dan kini keadaan semakin pulih walaupun terpaksa menggunakan tongkat,” katanya.

Sementara itu, Kee Chin berkata, pihaknya berharap polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan telus bagi memastikan siapa sebenarnya merupakan mangsa kejadian berkenaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Wong mendakwa beberapa pegawai SPRM yang datang ke pejabatnya di Pejabat Ahli Majlis Sungai Pelik, mengasarinya ketika beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM.

sumber - sinar


Tiada ulasan: