Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Di Kota Damansara, diberitakan oleh laman Bersama Mazidul bahawa pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya mengeluarkan notis mengarahkan penduduk yang terdiri dari warga emas dan ibu tunggal mengosongkan rumah mereka kerana dikatakan gagal melunaskan tunggakan sewaan rumah.
Menurut laman tersebut yang dikendalikan oleh kakitangan TV3, pengadu yang terdiri daripada ibu tunggal mengubungi wartawan tersebut untuk meluahkan perasaan mereka yang kecewa dengan notis pengusiran tersebut.
“Masa sewa rumah RM124, memang tak ada tunggakan. Sejak Parti Keadilan Rakyat memerintah, sewa rumah naik RM126, sekarang dah jadi RM250. Kenaikan itu lebih 100% berbanding sebelumnya (RM124). Kebanyakan ibu tunggal di sini tak ada kerja, uzur dan ramai anak, mana nak mampu bayar,” ujar Siti Aishah Mohd Yusof Siti Aishah, 42 tahun, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, seperti dipetik dari laman tersebut.
Manakala seorang ibu tunggal, Khatijah Hassan, 74 tahun menyatakan kepada wartawan Tv3 seperti ditulis dalam laman tersebut:
“Dulu masa sewa rumah RM124, kita tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250 sebulan, kita memang tak mampu,” kata wanita tua tersebut yang tinggal bersama cucu yang kurang upaya.
Jika ini adalah contoh senario yang berlaku di negeri Selangor apalah erti Negeri Maju dan berkebajikan yang menjadi slogan dan diwarwarkan oleh Pakatan Rakyat. Rakyat mengeluh kesah kini selepas terpedaya dengan janji manis sewaktu plihanraya umum 2008 lalu. Namun kini "Nasi sudah menjadi bubur" mungkin kalau mereka merasa menyesal dengan situasi terkini di Selangor mereka terpaksa menunggu 2 tahun lagi untuk menukarkan kembali kerajaan yang ada.
Mungkin pihak Pakatan Rakyat akan meyalahkan pihak PBT, namun masyarakat lupa polisi tersebut digubal oleh kerajaan yang memerintah sekarang. Seharusnya Exco yang menjaga PBT dipersalahkan iaitu Roniu Liu dan Menteri Besar Selangor sendiri. Exco tersebut kini dilihat hanya menjaga kepentingan periuk nasi kongsi gelap sahaja berbanding menjaga kebajikan rakyat marhaen.
Mana pemimpin DAP, PKR dan PAS kenapa mereka begitu beria-ia membela kematian Teoh Beng Hock dan membiarkan penderitaan para ibu tunggal di Kota Damansara. Adakah ini yang diinginkan pemimpin pakatan rakyat?
Mana ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang begitu ghairah membela Anwar Ibrahim hingga terlupa membela penduduk di Kota Damansara. Dan dimana Dr. Nasir Hashim yang ghairah memperjuangkan hak rakyat namun rakyat dibawah naungan sendiri gagal dibela.
Itulah nasib Melayu dinegeri Selangor hanya menjadi alat sahaja kepada pihak lain untuk mencapai kuasa, selepas mendapat kuasa dibiarkan terkapai-kapai seolah seperti anak penyu yang baru menetas bersendirian ditepi pantai, kalau sempat turun ke lautan penyu tersebut akan terus hidup kalau lambat akan mati ditepian pantai menjadi bangkai kepada haiwan pemangsa lain.
Dikala ini semua pihak ingin membela kaum bukan Melayu sahaja, PAS yang dilihat sebagai parti orang Melayu pun gagal memainkan peranan membela nasib orang Melayu dengan berkesan. Adakah ini bermakna kerana mereka hanya nenjadi alat sahaja untuk mendapat kuasa pihak lain seperti yang dinyatakan oleh MSO dalam blognya. Selepas mendapat kuasa dibiarkan PAS tanpa mendapat habuan.
Ya, benar PAS kini bebas mengadakan pelbagai forum disana sini, namun adakah itu sahaja yang PAS mampu lakukan dinegeri Selangor. Dimana janji-janji untuk menjadikan negeri Selangor sebagai sebuah kerajaan yang mendapat berkat dari pencipta ilahi. Sedangkan kemungkaran yang berlaku kini di Selangor lebih teruk berbanding kerajaan sebelum ini.
Tambahan premis pusat hiburan dan rumah urut yang mendadak itukah yang diinginkan PAS Selangor. Atau sanggup duit zakat umat Islam Selangor yang beratus juta diusik dan dirompak oleh Menteri Besar semata-mata tabungan kewangan negeri merosot. Bukankah negeri kelantan yang ditadbir PAS dan dianggap miskin pun tidak pernah mengusik duit zakat.
Seharusnya PAS musahasabah diri dengan tindak tanduk rakan mereka dalam kerajaan negeri Selangor sekarang. Sanggupkah PAS dipersoal diakhirat kelak kerana bersubahat mengabaikan amanah rakyat yang diberikan kepada mereka. Dahulu perkara ini yang selalu dipersoal pemimpin PAS kepada pemimpin UMNO, namun adakah kini mereka sendiri telah menerima ujian tersebut?
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan