Oleh Kumbang, AIDCclub
Mutakhir ini Dr Xavier Jayakumar dikatakan ingin meluluskan bajet tahunan yang besar untuk rumah ibadat bukan Islam iaitu RM 8 juta berbanding RM 2 juta sebelum ini iaitu pada tahun 2007. Perkara ini dirasakan amat tidak patut kerana kerajaan Barisan Nasional dahulu pun meluluskan peruntukan RM 2 juta kerana ingin menarik undi kaum lain,ini bermakna peruntukkan RM 2 juta itu sudah terlalu besar. Apatah lagi RM 8 juta, perkara ini dianggap tidak masuk akal.
Dr. Xavier juga menubuhkan Jawatankuasa Rumah Ibadat bukan Islam yang terdiri daripada beliau sendiri iaitu exco (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin), Teresa Kok (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan) dan Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan).
Jawatankuasa baru ini akan mengambil maklum balas daripada badan-badan agama bukan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu, antaranya lokasi dan kelulusan tapak rumah-rumah ibadat, kata Khalid lagi selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.
Difahamkan langkah seumpama ini pertama kali diperkenalkan di Selangor,negeri yang sering menarik perhatian ramai berhubung isu merobohkan kuil dan surau, serta kontroversi penempatan gereja, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Tetapi apa yang menjadi pertikaian, jika ia melibatkan surau dan masjid kenapa ia dinamakan Jawatankuasa Rumah Ibadat bukan Islam?
Amat malang lagi jika ia melibatkan pembinaan surau dan masjid iaitu rumah ibadat orang Islam, kenapa jawatankuasa tidak terdiri daripada orang Islam dan wakil setiap agama?
Adakah ketiga-tiga bukan Islam ini mampu memahami dan menangani sensitiviti orang Islam dan penganut agama lain secara amnya?
Faktor ini yang menyebabkan wujudnya 1 keputusan yang memeranjatkan oleh Dr. Xavier apabila mensyaratkan setiap pembinaan Masjid di sesuatu kawasan perlu disusuli oleh rumah ibadat lain iaitu 1 Masjid, 1 Gereja,1 Kuil dan 1 Tokong.
Keputusan ini amat memeranjatkan kerana aspek majoriti penganut agama tidak diambil berat tetapi kononnya ingin adil, semua rumah ibadat perlu dibina serentak. Disebabkan itu peruntukkan mencanak naik kepada RM 8 juta disebabkan pembinaan adalah melebihi keperluan dan tidak sepatutnya sebegitu.
Pada Kumbang sebarang perubahan syarat pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam adalah perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat terutamanya komuniti Islam. Komposisi penduduk sesuatu kawasan adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian.
Jawatankuasa Penduduk/ Persatuan Penduduk dan NGO-NGO Islam khususnya perlu dibawa berunding terlebih dahulu sekiranya pembinaan rumah ibadat bukan Islam melibatkan kawasan berpenduduk majoriti Islam.
Jika ia melibatkan majoriti bukan Islam, Kumbang rasa tiada masalah tetapi jika terus dilaksanakan syarat 1 Masjid, 1 Gereja,1 Kuil dan 1 Tokong tanpa aspek majoriti penganut agama dan pandangan mereka yang terlibat diambil kira ia pasti akan mengundang bantahan orang Islam dan penganut agama lain.
Adakah ini dikira keadilan dan negeri berkebajikan yang diperjuangkan mereka?
Di mana suara ISLAM yang diperjuangkan PAS dalam mengkritik hal ini?
Adakah dicampakkan ke dalam tong sampah?
Kumbang tidak memandang ini sebagai isu agama dan perkauman. Tetapi setiap keputusan itu perlulah dibuat secara rasional,mengikut keperluan dan mengambil kira pandangan masyarakat. Bukan hanya membuat keputusan dengan melulu dan mengikut rasa sahaja. Apatah lagi kerajaan negeri Selangor kini dilanda kerugian besar. Penjimatan adalah perlu dan kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat keputusan popular dan di akhirnya rakyat yang rugi kerana kerajaan negeri semakin bankrupt.
Bagaimana nasib mereka kelak, apabila kerajaan negeri kekurangan wang untuk membantu mereka?
Rakyat menangis dan terus menangis di Selangor, persoalannya adakah kerajaan Selangor peduli?
sumber - analisisringan
1 ulasan:
Inilah padahnya bila kerajaan Selangor sekarang ketagihkan kuasa. Sekarang apa kata PAS?, jangan kata nak sebut Hududlah..
Catat Ulasan