MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Ogo 2009

Selangor Darul Khamar! - Zulkifli Nordin

Saya sangat kecewa dengan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Ianya telah menukar status Selangor daripada negeri Darul Ehsan kepada Selangor Darul Khamar!!" - YB Zulkifli Nordin.

Sebagai tanda protes di atas isu yang berlaku di Selangor, YB Zul Nordin telah menggelarkan Selangor Darul Khamar. Begitulah "vokal"nya YB Zul ini. Mengulas di atas rasa tidak puas hati, YB Zul menyelar tindakan Khalid "Gagap" yang tergagap-gagap berdepan DAP menjuarai carta "arak" di Selangor. Khalid "Gagap" bukan saja memejamkan sebelah mata "penyalahgunaan kuasa" Ronnie Liu, malah membelakangkan tuntutan PAS yang menggesa "pertualang" DAP itu meletak jawatan.

PAS dilihat "hilang" kreadibiliti apabila membuat "u-turn" terhadap isu ini apabila Hasan Ali diugut supaya tindakan disiplin dilakukan terhadapnya. Malah Hasan Ali melakukan pertukaran "gear gostan" apabila hanya memberikan "kata dua" kepada Khalid "Gagap" terhadap isu ini. Ini menunjukkan sekali lagi kepada rakyat bahawa "suara" PAS sememangnya "tidak laku" di dalam penentuan dasar Pakatan Rakyat. Hasan Ali berseorangan di dalam isu ini. Nik Aziz dan Hadi pun tidak berani "buka mulut" membela pertikaian Hasan Ali.

Pada fikiran saya yang tidak mempolitikkan isu ini dan berfikir secara hukum Islam dan logik akal sebagai seorang muslim, saya bersetuju dengan garapan YB Zul berkenaan isu "arak" di Selangor. Bekas mufti Selangor, Allahyarham Tn. Hj. Ishak Baharom, malah boleh dikatakan semua alim ulama Islam tersohor pastinya bersepakat dan pernah menyatakan bahawa arak merupakan "ummul Qobaais" yang membawa maksud "ibu segala kejahatan". Dan kini, kewujudan "ibu segala kejahatan" itu jelas dipertahankan oleh Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Anwar dan konco-konconya.

Jika difikirkan dari segi politik, isu arak di Selangor ini menunjukkan bahawa hatta PAS sekalipun tidak mampu berbuat apa-apa di dalam menangani isu arak di Selangor walaupun PAS berkongsi kuasa politik di Selangor. Suara PAS "tidak laku" di dalam pemerintahan "Perosak Rakyat". Pakatan Rakyat juga kelihatan tidak sepakat di dalam menentukan dasar pemerintahan kerajaannya apabila PAS dan DAP bercakaran di dalam menjuarai isu setempat. PKR pula dilihat menyebelahi DAP dan mengamalkan dasar yang tidak sensitif dengan kehendak rakyat. Shah Alam dihuni oleh 80%-90% penduduk Melayu Islam dan tidak memerlukan penjualan arak di kawasan itu. Jadi, apa perlunya penjualan arak di kawasan tersebut? Nampak sangat Pakatan Rakyat sememang tidak mementingkan sensitiviti rakyat. Apa yang Pakatan Rakyat sebokkan ialah "bagaimana nak menjadi popular dan menjuarai isu".

YB Zul juga dari PKR, namun YB Zul begitu lantang mengkritik dasar-dasar PKR. Dulu, YB Zul pernah bersama-sama bertindak melakukan demonstrasi aman terhadap BAR Council yang kurang ajar. Hampir-hampir YB Zul dikenakan tindakan tatatertib kerana menentang "anak emas" PKR itu. Namun, atas kerana takut YB Zul melompat atau berubah menjadi ahli parlimen Bebas sebagaimana Ibrahim Ali, maka tindakan YB Zul itu di"diam"kan sahaja.

Baru-baru ini juga YB Zul telah bertindak mengecam dan mengutuk tindakan yang dipercayai hasil penulisan ahli parlimen RASAH, Loke Siew Fook DAP di sebuah blog yang telah menghina Islam dan Ustaz Ridhuan Tee. Namun akibat rasa takut, "kecut telur" dan menulis tidak berpaksikan kepada kebenaran, tuan empunya blog itu telah bertindak memadam blog tersebut. Mungkin setelah Bro Rocky "highlight" dan Dato' Seri Najib minta supaya kes ini disiasat, penulis blog (dipercayai Loke Siew Fook) itu rasa macam "terkucil"!

Kepada rakyat, lihatlah prestasi Pakatan Rakyat. Mereka hanyalah memperjuangkan diri masing-masing dan kepentingan diri masing-masing. Tiada agenda untuk rakyat sebenarnya. DAP hanya memperjuangkan dasar perkaumannya, kepentingan Melayu dan Islam ditolak ketepi sewenang-wenangnya. PAS pula, mungkin berpura-pura tegas mendesak Pakatan Rakyat supaya menurut dan merujuk kepada kepentingan Islam, namun semua dapat melihat bahawa suara PAS "tidak laku" dan pendirian perjuangannya juga boleh buat "u-turn" apabila di"sergah" oleh DAP dan PKR. PKR pula hanya "buat bodoh" dengan tuntutan PAS dan menyebelahi DAP demi memancing undi bukan Melayu. PKR kononnya menjadi "orang tengah" di antara DAP dan PAS, namun semua rakyat dapat melihat betapa sayangnya PKR pada DAP dalam menentukan dasar "arak". PAS akhirnya mengalah dan "lembut tengkok" bila dipujuk oleh PKR.

Siapa yang untung? Tentunya PKR! DAP menyalak PAS, PAS "menikus" ketakutan. Maka datanglah PKR memujuk PAS dengan belaian "zeti" dan "gula-gula beracun". DAP suka hati kerana PKR merestui hasrat tujuannya. PAS pula "lembut tengkok" bila diusap PKR. Hakikatnya, undi ahli PAS dan ahli DAP akan jatuh ke tangan PKR. PKR yang untung. DAP bersorak riang. PAS jugak yang menelan pahitnya!

sumber - mykmu


1 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah PAS. yam seng!!