MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Ogo 2009

Ronnie yang maha berkuasa di Selangor?



Oleh Citrawaras

Jawapan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada tuntutan penduduk Shah Alam untuk dihentikan jualan beer di 7 Eleven dan pasaraya kecil di Shah Alam hanya untuk membuat kajian.

Kajian saja? Ya, itu yang dilaporkan oleh suara online kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bernama Selangorkini sini.

Pasti ramai akan terpegun membaca jawapan Khalid dalam suasana rakyat Shah Alam sedang marah dengan kenyataan exco kerajaan yang bertanggungjwab dengan majlis tempatan, Ronnie Liu.

Kenapa Khalid tidak boleh bertindak?

Ronnie telah campurtangan dalam urusan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam yang telah bertindak merampas barangan kedai-kedai menjual arak kepada orang Islam. Pegawai PBSA telah dimarah hingga meja dihentak.

Dia tidak menafikan pula dan memberi alasan pada akhbar bahawa beer bukan arak.

Memang mengejutkan!

Pertama, begitukah pemahaman, keprihatinan dan pengetahuan pemimpin parti Malaysian Malaysia terhadap cara hidup dan resam ugama rakyat majoriti Malaysia?

Kedua, Ronnie telah melakukan kesalahan dalam mencampur tangan dalam hal ehwal operasi MBSA untuk menguatkuasa undang-undang. Menahan perjalanan undang-undang adalh satu kesalahan.

Ketiga, dalam kenyataan Khalid, dia sudah perakui “premis perniagaan ini didapati menjual minuman keras kepada orang-orang Islam, sewenang-wenangnya tanpa kawalan.” Kenapa nak kaji-kaji lagi?

Semasa diasak oleh blog t4tbh, Ronnie berkata dia tidak pernah campurtangan dengan dalam urusan Majlis Tempatan.

Mengapa dia menghentak meja memarahi pegawai MBSA?

Itu namanya campurtangan dan memberi beberapa makna terhadap pentadbiran Khalid.

Pertama, Khalid adalah pemimpin yang lembab atau tidak berani bertindak. Dia tidak berupaya membuat keputusan dan bertindak ke atas sesuatu yang sudah terang dan nyata.

Kedua, Khalid takut untuk menegur dan menggunakan kuasa untuk override exconya sendiri. Apa erti jadi Menteri Besar yang penakut dan nampaknya boneka seseorang.

Ketiga, dari segi bidang kuasa hal ehwal ugama adalah di bawah ruang kuasa Mufti Selangor. Khalid tidak boleh bertindak jika Mufti Selangor memfatwakan beer itu bukan arak.

Dengan Ronnie berani menyatakan pendapat sedemikian secara terbuka terhadap orang Islam hingga MB tidak boleh berbuat apa, adakah benar perkhabaran Ronnie Liu telah dilantik sebagai Mufti baru Selangor?

Kalau benar, ini satu pencapaian baru DAP. Syabas dapat jadi Mufti pertama dari DAP!

sumber - mykmu


1 ulasan:

Damandamai berkata...

Salam Bro,

Saya ingin mendapatkan penjelasan kenapa 7 Eleven diberikan lesen untuk menjual arak? Bukankah (kalau tak silap) 7 Eleven dikuasai oleh orang Melayu?

Saya lihat ramai anak bangsa sendiri selepas 12.00 malam atau sebelum membeli arak-arak ini di 7 Eleven.

Satu soalan kepada kerajaan, bolehkah lesen menjual arak di 7 Eleven dihapuskan? Ini adalah kerana majoriti pengunjung yang datang membeli barangan adalah orang Melayu, atau pun kita sama-sama BOIKOT 7 Eleven saja.

Sekian.