Oleh Kumbang, AIDCclub
Kumbang meneruskan pendedahan dengan menceritakan bagaimana Khalid Ibrahim membelanjakan wang dengan penuh berjimat cermat dan efektif.
Pertama adalah mengenai penubuhan Task Force Tanah di Selangor.
Khalid Ibrahim pada 29 May 2008 mengumumkan penubuhan Task force tanah untuk Selangor.
Task Force ini Diketuai Y.Bhg Dato Dr Tan Kwee Keong dan Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain.Di antara tugas Task force ini adalah untuk mengkaji kelemahan pentadbiran serta masalah kecekapan dan isu-isu berkaitan tanah di Negeri Selangor.
Taks force akan menyediakan laporan lengkap kepada pihak MB mengenai cadangan pembaikan, pemulihan dan penstrukturan semula pentadbiran tanah di Negeri Selangor.
Apa masalahnya mengenai Task Force ini?
Pertama, perlantikan ahli-ahli yang dilantik menganggotai Task Force tidak pernah dibincangkan bersama exco-exco dan hanya di atas persetujuan Khalid Ibrahim sahaja.
Ini bermakna perlantikkan Y.Bhg Dato Dr Tan Kwee Keong dan Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain berserta 6 ahli yang lain (majoriti kaum bukan melayu) tidak pernah mendapat persetujuan exco-exco kerajaan negeri.
Kedua, mengenai perbelanjaan yang digunakan Task Force tanah ini adalah amat tidak masuk akal apabila membelanjakan RM 738,000 dalam tempoh masa hanya tiga bulan.
Ini dibuktikan apabila gaji yang diberikan kepada DR Tan adalah sebanyak RM18,000 dan kepada Dr Nik adalah sebanyak RM 20,000.Ini bermakna dalam masa hanya dalam tempoh tiga bulan,gaji untuk 2 pengerusi bersama sudah mencecah RM 114,000.
Ini yang Kumbang katakan Khalid Ibrahim membelanjakan wang dengan penuh berjimat cermat dan efektif. 3 bulan perlaksanaan kerja,ratusan ribu dibelanjakan. Kalau satu tahun, Kumbang tidak tahu berapa juta yang akan dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim.
Ketiga,perlantikan ahli yang majoritinya kaum bukan melayu juga menjadi pertikaian. Kenapa tidak ramai melayu menyertai Task Force ini sedangkan pelbagai maklumat penting dan sulit mengenai tanah rezab melayu,tanah raja-raja dan sebagainya akan diuruskan dan diketahui apabila menyertai Task Force tanah ini.
Amat membimbangkan tanah orang melayu akan diuruskan oleh majoriti bukan melayu dan dibimbangkan juga ialah perkara ini akan memberi kelebihan kepada sesetengah kaum sahaja dan bukannya orang melayu.
Keempat Task Force tanah ini juga telah mengadakan kunjungan ke Singapura untuk menarik pelabur di sana. Samada ada kaitan atau tidak,setelah mengetahui segala maklumat sulit dan penting mengenai tanah di Selangor, mereka bergegas mencari pelabur di Singapura. Situasi ini menimbulkan pertikaian adakah Khalid Ibrahim mahukan Singapura menguasai tanah-tanah Selangor?
Apa yang yang kita tahu nilai hartanah akan melonjak naik jika diuruskan syarikat asing.
Adakah ini yang mereka mahu?
Setelah harga tanah meningkat naik, siapa yang mampu membeli bangunan dan hartanah yang tinggi harganya itu nanti?
Tidakkah ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Malangnya bukan menguntungkan rakyat Selangor tetapi hanya orang Singapura dan warga asing yang untung.
Klik sini untuk melihat artikel Kumbang mengenai projek pembersihan Sungai yang diberikan kepada syarikat Singapura.
Khulasahnya, penubuhan Task Force tanah ini adalah satu pembaziran dan merugikan rakyat Selangor, kerana ia hanya menguntungkan sesetengah golongan sahaja dan memberi peluang kepada negara asing menguasai tanah serta ekonomi Selangor . Ia juga menggunakan peruntukkan kewangan yang tidak masuk akal dalam hanya tempoh 3 bulan perlaksanaan kerja.
Persoalannya, adakah Khalid Ibrahim dan Kerajaan Selangor peduli?
sumber - kumbang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan