MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Ogo 2009

Pakatan Selangor 'dilanda krisis tak habis-habis'

Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat terus berhadapan dengan siri 'krisis' sejak ia menerajui pentadbiran negeri pada Mac 2008.

Selangor merupakan antara lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menerusi pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Di sebalik siri isu dan krisis, desakan terbuka PAS Selangor kelmarin - yang pertama sepanjang 17 bulan yang lalu - agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menukar Exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan dilihat sebagai petunjuk baru yang Pakatan Rakyat Selangor juga berhadapan dengan masalah dalaman serius, sebagaimana disaksikan wujud dalam Pakatan Rakyat Kedah awal Julai lalu.

Semalam Menteri Besar memberi jaminan akan menyelesaikan krisis terbaru ini yang berkaitan dengan isu jualan minuman keras di Selangor esok.

PAS Selangor mendesak agar Ronnie Liu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan digantikan dengan orang lain.

Khalid menolak desakan itu semalam sambil menegaskan Ronnie Liu bukan isunya.Berikut adalah beberapa pergolakan politik dalam Pakatan Rakyat Selangor yang bersangkut paut dengan desakan PAS, sejak dua bulan lalu.

GESAAN AZMIN ALI

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak mendesak kerajaan negeri Selangor merombak barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerana didakwa gagal melaksanakan tugas.

Beliau membuat desakan itu kerana kecewa dengan pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kegagalan barisan Exco memajukan Selangor.

Katanya, pelantikan ahli majlis PBT itu tidak dibuat dengan cara sepatutnya dan tidak mengikut semangat kerjasama serta setia kawan antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

KEMATIAN TEOH BENG HOCK

Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas mendiang memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM Selangor di tingkat 14, bangunan tersebut 16 Julai lepas. Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Hian Wah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram.

Teoh merupakan antara saksi yang dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan SPRM berkaitan penyalahgunaan wang kerajaan negeri melibatkan beberapa Exco dan ADUN. Inkues mengenal pasti punca kematian sedang berlangsung.

SIASATAN SALAH GUNA KUASA

SPRM telah memulakan siasatan ke atas tujuh ADUN Pakatan Rakyat Selangor berhubung penggunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Tujuh ADUN yang didakwa terlibat dalam kes salah guna peruntukan negeri tersebut ialah Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr. Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku).

SPRM Selangor masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan walaupun kelancarannya terganggu dengan kematian saksi kes, Teoh Beng Hock.

Pada Januari lalu, SPRM Selangor juga menyiasat dakwaan salah guna wang kerajaan negeri oleh Menteri Besar bagi membiayai 46 lembu untuk korban sempena Aidiladha pada Disember lalu. PENDEDAHAN DI LAMAN BLOG

Dua minggu lalu, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu membuat laporan polis terhadap satu laman blog yang menuduh mereka menggunakan tekanan untuk memaksa Teoh menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang. Yong dan Liu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Turut membuat laporan polis, pembantu khas Liu, Wong Chuan Chow.

Yong yang juga ADUN Seri Kembangan berkata, tiga artikel yang disiarkan dalam laman blog www.t4tbh.blogspot.com itu palsu dan dicipta sesetengah pihak untuk mengalihkan perhatian daripada kematian Teoh selain bertujuan mengelirukan orang ramai.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram berkata, artikel yang menuduhnya dan Liu tidak benar kerana Teoh tidak pernah bekerja dengan Liu sekali gus tidak terbabit dalam hal ehwal peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek, Sepang.

Liu pula berkata, beliau membuat laporan polis itu selepas mendapat nasihat pucuk pimpinan tertinggi DAP, walaupun pada mulanya enggan berbuat demikian kerana tidak percaya kepada polis.

DAKWAAN MP WANGSA MAJU PKR

Pertengahan Julai lalu, Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR, Wee Choo Keong pula mendakwa adanya Exco Selangor terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap. Kenyataan ini dibuat susulan desakan Azmin.

SPRM DI PEJABAT EXCO RODZIAH

SPRM mengunjungi pejabat Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail semalam (5 Ogos) untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.

Lima pegawai SPRM dilapor menunggu beliau di pejabat ADUN PKR kerusi Batu Tiga selama sejam. Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.

Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.

Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan membabitkan RM375,000.

sumber - Mstar


1 ulasan:

ChelsyB berkata...

wohooo..itu baru setahun!! Kalau dapat pegang Msia secara amnya, habislah Msia lingkup!!

Yang best sekali, Justice is for them, wateva they do or say semuanya betul dan benar,yg haram pun bole jadi halal.

Berkokok siang malam nak hapuskan rasuah tapi bila kena batang hidung sendiri sampai nak masuk pejabat pun tak boleh kena bawak waran...sebab tuh cakap mmg sennag semasa belum dpt,dah dapat lebih teruk dari yg sebelum ni...pegi jahanamlah pakatan pembangkang yg gangster!