MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Ogo 2009

Kuil: Kerajaan Selangor tetap luluskan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 18 Ogos – Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tapak tanah seluas 0.2 hektar di Seksyen 23 itu dirasakan paling sesuai, selain telah mendapat persetujuan pihak pengurusan kuil di Seksyen 19, tahun lalu.

Menurutnya, cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 adalah sebahagian daripada proses perpindahan rumah ibadat itu di Seksyen 19 dan ia diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini.

‘‘Buat masa ini, kita akan teruskan usaha itu (bina kuil di Seksyen 23). Dalam masa yang sama kita juga, akan memberikan penjelasan kepada penduduk di Seksyen 23 termasuklah penduduk di Seksyen 19 untuk selesaikan perkara ini.

‘‘Sebelum ini, kerajaan negeri telah cari tapak bersesuaian untuk mengalihkan kuil di Seksyen 19 tetapi kita rasa tapak baru di Seksyen 23 yang paling sesuai.

“Jadi saya rasa isu ini dapat diselesaikan jika semua pihak (termasuk penduduk) bertimbang rasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri serta merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Semalam, penduduk Islam Seksyen 23 memberi amaran akan meneruskan bantahan sekiranya kerajaan negeri tetap dengan keputusan untuk membina kuil tersebut berhampiran kawasan mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Persatuan Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri, cadangan kerajaan negeri itu sepatutnya tidak dilaksanakan kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam.

Malah, penduduk turut kesal dengan keputusan kerajaan negeri itu yang disifatkan tidak menghormati pandangan penduduk Islam di kawasan berkenaan lebih-lebih lagi kedudukan tapak kuil yang dicadangkan itu terlalu dekat dengan surau.

Selain itu, penduduk turut mendakwa sebelum rancangan pemindahan kuil di kawasan itu dibuat, kerajaan negeri tidak pernah berbincang dengan mereka termasuk tidak mengadakan pendengaran awam mengenai pengambilan tanah komersial milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk tujuan itu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai cadangan pemindahan tapak kuil itu di Seksyen 22 seperti diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini berkata:

‘‘Kawasan tapak itu di Seksyen 22 tidak munasabah kerana kedudukannya terlalu jauh selain menyukarkan penganut Hindu untuk menjalankan kegiatan keagamaan mereka.’’

Menurutnya lagi, dalam hal yang melibatkan pembinaan rumah ibadat sama ada surau, masjid, gereja, kuil dan sebagainya di Selangor, ia perlu berasaskan kepada permintaan majoriti penduduk.

‘‘Sebab itu, kalau kita letakkan terlalu jauh (Seksyen 22), ia tidak munasabah. Jadi kita harap semua penduduk perlu ada kerjasama dan bertimbang rasa dalam soal ini,” jelasnya.

sumber - utusan


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Korbankan kepentingan Islam demi politik duniawi.

Orang kafir adalah musuh Islam. Sedangkan nabi kita telah menghapuskan penyembahan berhala demi menegakkan Islam. Nabi Ibrahim pula telah memusnahkan batu-batu berhala. Manakala pemimpin Islam pakatan pula bekerjasama membantu membina kuil di Selangor ditempat orang Islam dan berhampiran dengan surau pulak tu. Nescaya kelak mereka menjadi bahan bakar api neraka bersama-sama batu berhala itu nanti. Nauzubillah...

Unknown berkata...

Sokong PR bule dapat Kuil dengan banyak.

Bule ada SPA dengan banyak

Bule beli Beer kat mana2.

pusat judi berleluasa

Hidup Islam Liberal. Hidup Anwar. Hidup Maksiat & judi, Hidup Amerika