Oleh Kumbang, AIDCclub
Pelbagai cerita kita dengar mengenai kumpulan Semesta yang menguruskan perlombongan Pasir di Selangor. Terbaru adalah mengenai laporan polis yang dibuat kerana Kumpulan Semesta telah menggunakan cara 'samseng ' dalam menangani masalah pasir di Selangor. Klik gambar di atas untuk melihat laporan polis berkenaan perkara ini dengan lebih jelas.
Dr Khir Toyo juga pernah mengulas mengenai perkara Kumpulan Semesta ini di dalam blog beliau dengan menulis seperti di bawah:
Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.
Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasarang tersebut jauh tersasar. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.
Apa yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan Kumpulan Semesta gagal menguruskan perlombongan pasir dengan baik di Selangor.
Alasan Menteri Besar adalah dengan menyalahkan pencuri pasir yang mencuri pasir di Selangor.
Persoalannya :
Kita pun hairan mengapa curi pasir di Selangor masih berlaku biar pun Barisan Nasional telah tumbang setahun lalu.
Bukankah dahulu parti-parti pembangkang seperti DAP, Pas dan PKR menuduh terdapat ahli politik UMNO melindungi pencuri pasir di Selangor?
Sekarang siapa melindungi pencuri pasir ini lagi?
Jika dahulu saban bulan kita melihat operasi menangkap pencuri pasir ini dan juga penyitaan jentera, sekarang hampir tiada tindakan.Jika ada pun mereka bertindak seperti samseng dan kejam.
Justeru kita tertanya-tanya apakah sekarang ini terdapat ahli politik tertentu dalam kerajaan Selangor yang melindungi pencuri pasir ini?
Menurut The Star kerajaan negeri Selangor dianggarkan rugi berjuta ringgit sebulan akibat kegiatan curi pasir ini.
Siapakah yang harus bertanggungjawab sekarang?
Jika dahulu mudah menuduh orang apakah tindakan kerajaan negeri hari ini ?
Tampaknya kerajaan negeri lebih berminat mencari salah kerajaan dahulu berbanding mentadbir kerajaan hari ini.
Kita juga amat hairan dengan kenyataan YB Ronnie Liu untuk memberi semula permit melombong pasir yang ditarik sebelum ini.
Apa sudah jadi kepada Kumpulan Semesta yang dipertanggungjawabkan dan kononnya boleh menghasilkan keuntungan sekitar RM 200 juta setahun kepada kerajaan?
Mari kita semak asal-usul kejadian Kumpulan Semesta ini.
Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan memberi hak perlombongan pasir Selangor kepada lapan syarikat (majoriti milik kaum cina) iaitu 4 antaranya Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd.
Perlantikan Kumpulan Semesta ini adalah tanpa persetujuan exco-exco kerajaan negeri dan amat malang sekali yang menguruskan syarikat Kumpulan Semesta ini adalah terdiri daripada kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu bekas pegawai Guthrie dan PNB. Dato Anuar Mohd Nor yang mengetuai Semesta juga pernah muflis dan mempunyai rekod buruk apabila bersama MTDC.
Lihat bagaimana bijaknya Tan Sri Khalid memilih kroni beliau untuk menguruskan perlombongan pasir di Selangor dan mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan negeri Selangor.
Adakah Khalid tidak pernah memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kerajaan Selangor mengalami kerugian?
Adakah nasib rakyat adalah seperti saham yang sewenang-wenangnya beliau permainkan?
Jika Selangor mengalami kerugian, wang mana yang beliau akan gunakan untuk melabur kembali?
Adakah wang zakat milik orang Islam?
Jelas sekali atas kerugian yang dasyat ini, rakyat negeri Selangor tidak perlukan C.E.O sebagai Menteri Besar mereka.
Rakyat Selangor kini sedang dibelenggu akibat kesan krisis ekonomi, tetapi Khalid Ibrahim sewenang-wenangnya mempermainkan nasib mereka dengan melantik orang-orang yang tidak layak dan culas serta menyebabkan kerugian besar kepada kewangan negeri Selangor.
Rakyat kini menangis di Selangor, persoalannya adakah kerajaan Selangor peduli?
sumber - analisisringan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan