MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Ogo 2009

Khalid salahkan penduduk Seksyen 8, Shah Alam buat aduan

KUALA SELANGOR 8 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyalahkan penduduk Seksyen 8 yang membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung penjualan arak ke atas umat Islam oleh sebuah kedai serbaneka di kawasan itu, Julai lalu.

Beliau menyifatkan langkah penduduk membantah tindakan kedai berkenaan tidak wajar kerana ia dibuat tanpa mengikut saluran serta prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

''Mereka (penduduk) tidak tahu cara nak selesaikan. Selalunya, orang lebih suka pukul dahulu, kemudian baru nak selesaikan atau bincang.

"Maka, sebab itu kerajaan negeri mengambil langkah yang lebih bijak daripada mereka (membenarkan penjualan arak dengan konsep kawalan sendiri)," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Aitam di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, konsep kawalan sendiri yang diumumkannya semalam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mengawal penjualan minuman keras termasuklah bir kepada umat Islam di Selangor.

Melalui konsep itu, katanya, kerajaan negeri memberi kuasa sepenuhnya kepada penjual arak untuk menentukan sendiri kepada siapa mereka ingin menjual minuman berkenaan.

''Penjual akan mengawal selia penjualan arak ini dan dalam masa yang sama mereka juga perlu sensitif. Jika mereka jual juga kepada umat Islam, mereka akan berhadapan dengan risiko dipulaukan oleh pelanggan beragama Islam.

''Umat Islam pula, sekiranya ada kedai terus menjual arak kepada mereka, mereka boleh beri peringatan kepada penjual berkenaan," jelasnya.

Diminta mengulas gesaan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua semalam yang mahu supaya Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dikenakan tindakan disiplin kerana membantah tindakan kerajaan negeri, kata beliau, ia bukan isu yang perlu diperbesarkan dan hanya merupakan hal dalaman pakatan pembangkang.

''Mengenai perkara itu (gesaan Tony) ia bukan isu....bukan isu. Tumpuan sekarang ini ialah mengenai penjualan arak di Shah Alam," jelasnya.

sumber - utusan


4 ulasan:

Ezad berkata...

apa nak hairan,

dari pencacai sampai ketua (bukan pemimpin), depa semua suka tuding jari kat orang lain.

sendiri terberak pun, kata tahi itu org lain punya

Unknown berkata...

Bingai punyee MB.
Rakyat buat laporan pasal nak mintak bantuan supaya pihak berkuasa dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Benda itu Mungkar, kalau tak repot kpd pihak berkuasa, kepada siapa lagi? kalau amik tindakan sendiri nanti kene cap mengambil undang2 di tangan sendiri.

Ape punyee kerajaan khalid nih?
Anwar Sumpah Tamau, Bicara Tamau,

Si Khalid nih.. rakyat nak mengadu laporan pun dia tak kasik.

Kalau Kau org tak bule membantu menyelesaikan serta mempertahankan HAK RAKYAT serta KEPENTINGAN AGAMA? malah campurtangan urusan PBT utk kepentingan diri sendiri.. APE KE JADAH INI SEMUA?

Unknown berkata...

PENDUDUK MEMBANTAH = RAKYAT MEMBANTAH
kalau tanak tolong rakyat tuka la nama, PARTI ANWAR BRAHIM

Unknown berkata...

Alih2 salahkan penduduk pulak. Habis tu apa guna penduduk undi ko Khalid gagap sebagai pemimpin mereka? kalau macam tu, baik tak payah ada pentadbiran kat Shah Alam. Semuanya ditentukan rakyat. Kalau rumah ko dimasuki pencuri, mesti ko nak buat laporan polis kan? kalau polis jawab, kenapa buat aduan, patutnya en khalid kena jaga keselamatan rumah sendiri. Kalaulah macam tu, baik tak payah ada Polis kan??

Kalau inilah jawapan kamu Khalid Gagap, baik tak payah jadi MB ler, nampak sangat fikiran cetek. Budak tadika pun tahu bezakan mana air mana arak!!