Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: Pakar forensik memberitahu prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini bahawa tiada bukti kecederaan ketara pada mayat mendiang yang menunjukkan berlakunya pergelutan sebelum setiausaha politik Exco Selangor itu dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam bulan lalu.
Malah Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim dalam keterangannya menambah, Teoh mati setelah mengalami kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.
"Tidak terdapat kesan kecederaan akibat pergelutan ketara pada si mati. Juga tidak terdapat tanda-tanda kecederaan ketara akibat menangkis serangan di bahagian luar tangan," katanya.
Dr. Khairul memaklumkan bahawa berdasarkan siasatan punca kematian adalah disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.
PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI
Katanya, Teoh dipercayai mendarat (jatuh) dengan keadaan kakinya.
"Ia lebih pada kaki kanan dan dipercayai badannya sedikit condong ke kanan, punggung juga mungkin jatuh bersama... mungkin kemudian, mungkin serentak," katanya.
Beliau merupakan saksi ke-10 inkues ini dan mula memberi keterangan sejak pagi tadi.
Selain itu kata beliau, tiada kesan darah pada tingkap yang dipercayai merupakan tempat Teoh terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan Plaza Masalam di sini, mahupun kesan barangbarang bertaburan atau pecah di situ.
sumber - mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan