Oleh rbf
Terus terang saya katakan, saya amat meluat melihat Kartika dan bapanya sehari dua ini. Mereka hanya mencari glamor.
Seluruh media masa tempatan dan antarabangsa menumpukan lensa kamera kearah mereka berdua sekarang. Semuanya gara-gara hukuman sebat yang dijatuhkan terhadap beliau kerana meminum arak.Peminum arak, juga boleh jadi glamor di Malaysia.
Adakah jaminan yang Kartika tidak akan meminum arak lagi selepas dijatuhi hukuman sebat. Saya rasa tidak. Melainkan Kartika bertaubat Nasuha. Maaf ,bukan untuk bersangka buruk tetapi berwaspada.
Kepada bapa Kartika, tidak perlulah sekarang baru anda hendak melaung,melolong,dan terpekik-pekik memohon anak anda disebat segera. Semua yang berlaku ini berpunca daripada kegagalan pakcik mendidik anak pakcik. Bepuluh tahun masa yang ada pakcik tidak gunakan sebaik mungkin untuk mendidik anak,tetapi pakcik terpekik-pekik dan melolong bila hukuman ditangguhkan untuk seketika.
Kepada Kartika dan bapanya, tolong fikirkan sedikit maruah dua orang anak Kartika apabila mereka besar kelak. Jangan sampai satu hari nanti bila orang ramai melihat mereka dan orang ramai berbisik,"itu anak orang yang minum arak dan disebat 15 tahun dulu". Jangan aibkan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Kepada Kartika,saya tahu anda seorang model,anda suka kepada publisiti, tetapi tidak dalam kes sebegini. Maruah anak cucu harus dijaga.
Jika Kartika benar-benar insaf, tidak perlu anda memohon hukuman rotan dengan segera. Saya cadangkan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini anda bertaubat Nasuha. Soal rotan perkara kedua, kalau hukuman jalan terima,kalau hukuman dibatalkan juga anda harus terima. Kita serahkan kepada pihak berkuasa dan yang lebih arif untuk menentukan. Jika mereka buat silap,maka mereka yang akan tanggung dosanya. Tugas kita sebagai rakyat, patuh kepada pemerintah, selagi mereka tidak menzalimi kita.
Yang penting tekad dan keikhlasan anda untuk berubah dan meninggalkan segala perangai buruk.
sumber - rbf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan