MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Ogo 2009

Isu Teoh : Majlis Perbandaran Klang dipolitikkan

Klang - Tindakan seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang berucap berkaitan kematian Teoh Beng Hock pada majlis pelantikan Ahli Majlis bahagian kedua kurang disenangi ahli majlis lain.

Ahli majlis, M Sunthararajoo berkata tindakan ahli majlis berkenaan yang dilihat 'bersemangat' memperkatakan isu kematian pembantu exco itu bukan sahaja mengejutkan malah dilihat 'mencacatkan' perjalanan majlis bagi pelantikan lima muka baru dalam senarai ahli majlis kali ini.

Katanya, pelantikan itu adalah salah satu majlis yang penuh terhormat dilakukan secara teliti dan penuh istiadat namun agak terganggu dengan tindakan ahli majlis berkenaan.

" Upacara memperingati mendiang dengan bertafakur dilihat tidak salah kerana ia satu penghormatan kepada Beng Hock namun ucapan yang berbau politik dan penuh dengan provokasi adalah tidak sesuai dengan majlis ini"

"Malah, ahli majlis itu perlu ingat bahawa program yang diadakan adalah berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukan kempen politik untuk meraih perhatian daripada pihak tertentu", katanya.

Pada majlis itu antara muka baru yang dilantik ialah Ang Hiok Gai, Tai Teck Chuan, Yew Boon Lye, Tan Heng Kim dan Mat Irwan Ismail yang mewakili parti olitik dan badan bukan kerajaan (NGO) masing-masing di daerah ini.

Sunthararajoo berkata, sebarang unsur luar yang boleh menjatuhkan kredibiliti majlis harus dielakkan dan majlis serta mesyuarat bulanan yang diadakan bukan medan untuk mencari publisiti seperti itu kerana banyak pihak yang kurang senang perlakuan sedemikian.

sumber - sinar harian, 31 Julai 2009




1 ulasan:

Unknown berkata...

mmg suke lari tajuk