SHAH ALAM – Kenyataan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bahawa pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diberi kuasa menangkap orang Islam yang didapati minum arak disanggah Datuk Zaid Ibrahim.
:Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan pada hari membuang undi di Permatang Pasir dilihat mempunyai niat tertentu dan Hasan kelihatan yakin sehingga sanggup mengambil risiko sedemikian.
Menurutnya, dalam keadaan negara yang tidak menentu di mana rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, api perkauman dimainkan UMNO dan media miliknya, Exco berkenaan seakan-akan yakin dengan kekuatan mereka sekarang.
“Saya kata risiko sebab Hasan juga akan menangkap orang Islam yang bekerja di tempat minuman itu dijual atau ada kaitan dengan penjualan arak itu.
“Mengikut laporan berita, beliau menyatakan orang Islam yang membuat, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya ketika dipetik dalam blognya, semalam.
Zaid berkata, kuat kuasa itu sudah tentu melibatkan pekerja Melayu dalam hotel, bar, pub dan mana-mana tempat yang menjual beer atau arak seperti kedai runcit, kedai serbaneka dan banyak lagi.
“Drebar lori yang kerjanya mengangkat minuman haram itu juga mungkin dikenakan tindakan dan mungkin juga pegawai kastam yang menilai cukai barangan itu juga dikenakan tindakan.
“Sekiranya kita mengikut logik Exco itu bermakna pegawai Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan juga bersalah kerana membenarkan beer dan minuman yang dianggap haram dijual di Malaysia, kerana ia membolehkan orang Islam membelinya,” katanya.
Sementara itu, Zaid turut menyelar tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mendesak kerajaan membatalkan konsert kumpulan pop Michael Learns To Rock di Arena of Stars, Genting Highlands.
“Saya tidak faham apa tujuan bantahan itu dibuat sebabnya saya sendiri tak pasti sama ada puluhan ribu umat Islam akan ke Genting, tempat perjudian antarabangsa yang diluluskan kerajaan itu," katanya.
sumber - sinar
3 ulasan:
Aku tak heranlah sebab Zaid tu kan kaki MINUM.
Zaid Ibrahim, adakah anda orang Islam? Tahukan anda mereka yang bersubahat menyediakan, menjual, menjaga minuman keras ini adalah HARAM hukumnya?
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Sapa Zaid Ibrahim ni....?
Anda jawablah sendiri....
Catat Ulasan