PADA 2 September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan pertuduhan (gugur kes) meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebelum dibicarakan.
"Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - tahan 'tanpa bicara' yang dituduh kononnya zalim?” soal Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, dalam blognya di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
KUALA LUMPUR 2 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha menafikan haknya untuk memberi keterangan di mahkamah dan mendapatkan perbicaraan yang adil.
Katanya, sudah setahun beliau menunggu untuk memberi keterangan tetapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berusaha membuat penangguhan.
Menurutnya, sudah lebih dari setahun beliau menunggu untuk memberi keterangan di Mahkamah.
“Pada 2 September ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh (Anwar) untuk menggugurkan pertuduhan (gugur kes) sebelum dibicarakan.
“Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – tahan ‘tanpa bicara’) yang dituduh kononnya zalim? soal beliau dalam blognya di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful, 24, bekas pembantunya itu, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.
Selepas empat kali ditunda sejak 1 Julai lalu, perbicaraan kes liwat Anwar masih belum dapat didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Perbicaraan sepatutnya bermula pada 1 hingga 24 Julai lalu tetapi dijadualkan semula selepas mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan dokumen dan barang kes kepadanya.
Ekoran adanya rayuan pendakwa raya selepas mahkamah membenarkan permohonan Anwar agar dibekalkan dokumen, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sekali lagi menetapkan 2 September ini untuk sebutan perbicaraan utama kes liwat.
Permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya juga akan disebut pada tarikh yang sama.
Saiful dalam blognya berkata, kesnya itu berbeza dengan kes yang lain kerana walaupun beliau merupakan pengadu dan mangsa, namun beliau dicap seolah-olah seperti orang kena tuduh (OKT) di mata umum.
“Jika permohonan itu berjaya (kes gugur), tidakkah ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada saya selaku pengadu dan saksi utama.
“Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya. Tetapi apabila saya bersedia untuk memberi keterangan, masing-masing seperti cacing kepanasan.
“Walaupun perit menahan diri daripada mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati keputusan mahkamah,” katanya.
sumber - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan