MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Ogo 2009

Inkues : Beng Hock tidak tenang semasa komputer riba diperiksa

SHAH ALAM 25 Ogos – Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Anuar Ismail memberitahu, Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dilihat tidak tenang apabila komputer riba dan CPU miliknya diperiksa oleh beberapa orang pegawai SPRM di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada petang 15 Julai lalu.

Katanya, dia juga dimaklumkan Beng Hock sentiasa memegang telefon bimbit dan bercakap dalam bahasa cina dengan seseorang semasa memandu ke pejabat SPRM di Plaza Masalam di sini pada hari yang sama.

Beng Hock yang bertanggungjawab menyediakan tuntutan bagi pihak Ean Hian Wah dan mengesahkan kerja-kerja yang menggunakan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu turut dilihat mundar-mandir semasa berada di pejabat SPRM sebelum dia ditemubual.

sumber - utusan



Inkues Teoh: Mendiang kelihatan gelisah, tidak tenang semasa di SPRM


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Mendiang Teoh Beng Hock berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang sewaktu beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merampas komputer riba dan CPU miliknya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 15 Julai lalu.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail berkata mendiang juga dilihat mundar-mandir dalam keadaan gelisah sewaktu berada di ruang pentadbiran pejabat SPRM apabila beliau tiba di pejabat tersebut untuk dirakam keterangan sekitar pukul 6 petang hari yang sama.

"Malah sepanjang perjalanan saya dimaklumkan Teoh sentiasa memegang telefon dan beberapa kali menghubungi seseorang dan bercakap dalam bahasa Cina (Mandarin)," kata Mohd Anuar dan menjelaskan Teoh memandu keretanya sendiri ke pejabat SPRM di Plaza Masalam dengan diiringi dua orang pegawai SPRM.

Menurut Mohd Anuar lagi si mati juga tidak tenang ketika berada dalam pejabat SPRM sebelum beliau disoal siasat.

"Ketika berada dalam pejabat SPRM pada perhatian saya si mati gelisah dan tidak tenang," katanya.

Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah merupakan individu yang bertanggungjawab menyediakan tuntutan dan mengesahkan kerja-kerja yang menggunakan peruntukan bagi pihak ADUN Seri Kembangan itu.

Mendiang ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Mohd Anuar juga menjelaskan bahawa si mati tidak dapat menjawab beberapa soalan berkaitan beberapa dokumen yang diperolehi daripada laptop miliknya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai dokumen berkenaan, Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah mencetak empat keping dokumen berupa sebut harga daripada empat buah syarikat.

Beliau berkata demikian pada sesi soal balas oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas pada prosiding hari ini.

Malah Abdul Razak turut mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya nota keterangan Teoh yang dirakamkan oleh pihak SPRM semasa menyoal siasat si mati ditandakan sebagai barang kes.

"Saya mohon kepada mahkamah supaya nota keterangan Teon ditanda sebagai barang kes.

"Ini dapat menentukan bahawa si mati takut untuk menghadapi realiti... atas dasar ini ianya relevan dalam inkues ini," kata Abdul Razak.

sumber - mstar


Beng Hock tidak jawab soalan tentang dokumen



SHAH ALAM 24 Ogos - Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Anuar Ismail memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa Teoh Beng Hock gagal memberi jawapan terhadap beberapa soalan berhubung dokumen-dokumen yang terdapat dalam komputer peribadi dan komputer ribanya.

Mohd. Anuar, 32, yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Penguasa Arman Alies dan Mohd. Ashraf Mohd. Yunus yang bertanggungjawab menemu bual setiausaha politik exco Selangor itu sebelum rakaman percakapannya dibuat pada malam 15 Julai lalu.

''Mereka memaklumkan bahawa Beng Hock tidak dapat menjawab beberapa soalan berkenaan dokumen yang dilihat dalam komputer peribadi (PC) dan komputer ribanya.

''Perkara itu dimaklumkan kepada saya pada pukul 1 pagi, 16 Julai lalu sebelum saya berjumpa dengan Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah,'' katanya ketika menjawab soalan peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan.

Menurut Mohd. Anuar, beliau juga dimaklumkan oleh pegawai SPRM yang bertanggungjawab mengambil rakaman percakapan Beng Hock, Penolong Penguasa Kanan, Mohd. Nadzri Ibrahim bahawa tiada sebarang masalah timbul sepanjang proses tersebut berjalan.

Katanya, maklum balas itu hanya diperolehi selepas Beng Hock yang disoal siasat sebagai saksi itu ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam kira-kira pukul 2 petang, 16 Julai lalu.

''Saya juga dimaklumkan, pada pukul 5 pagi, Beng Hock ada memanggil Mohd. Ashraf untuk meminta minuman dan pada pukul 6 pagi, seorang lagi pengawai SPRM, Raymond Nion Anak John Timban melihat Beng Hock masih tidur di sofa di depan bilik Mohd. Nadzri,'' jelasnya.

Ditanya sama ada sebarang kekerasan atau ugutan dikenakan terhadap Beng Hock semasa dia berada di pejabat SPRM, beliau dengan tegas menjawab: ''Tidak ada kekerasan, saya pasti. Tidak ada ugutan.

Sementara itu, kata Mohd. Anuar, antara pukul 3.30 dan 3.45 pagi, 16 Julai lalu, Mohd. Nadzri datang berjumpa beliau yang sedang tidur di surau dan memaklumkan bahawa sesi rakaman percakapan telah selesai.

''Saya maklumkan kepada Nadzri supaya meminta Beng Hock pulang ke rumah dan bawa dokumen-dokumen yang berkaitan pada esok hari. Selepas beri arahan, kira-kira 10 minit kemudian, Nadzri datang balik dan maklumkan Beng Hock ingin berehat sebentar,'' katanya.

Menceritakan rentetan peristiwa pada awal pagi sebelum Beng Hock ditemui mati, beliau kemudian menyambung tidur di surau sebelum beralih ke bilik tetamu dan tertidur sehingga pukul 8.30 pagi.

Selepas itu, beliau ke bilik Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim dan bertanya tentang taklimat siasatan kes berkenaan yang kemudiannya berlangsung kira-kira pukul 9.15 pagi dan turut dihadiri oleh Hairul Ilham serta Penolong Penguasa Hadri Hashim.

Sebaik selesai taklimat tersebut, kata Mohd Anuar, beliau ternampak sebuah beg sandang warna gelap milik Beng Hock yang diletakkan bersebelahan sofa di hadapan bilik Mohd Nadzri. Dia kemudian mengambil dan meletakkan beg tersebut di dalam biliknya.

Selepas kelibat Beng Hock tidak kelihatan, beliau cuba mencarinya di serata tempat termasuk bertanyakan penyambut tetamu di ruang legar utama pejabat SPRM.

Bagaimanapun, usaha itu gagal sehingga beliau mendapat panggilan daripada pegawai SPRM, Azeem Hafeez Jamaluddin yang memintanya turun ke tingkat lima kerana ada perkara mustahak kira-kira pukul 2 petang.

Beliau bersama Azeem dan dua lagi pegawai SPRM serta beberapa pengawal keselamatan sampai di tingkat lima dan melihat satu mayat terbaring di bahagian koridor melalui tingkap di ruang pejabat.

''Saya diminta supaya melihat pada satu tubuh yang terbujur kaku tidak bergerak terbaring secara mengiring di bahagian koridor tingkat lima. Saya camkan dia Beng Hock berdasarkan kot hitam dan seluar putih yang dipakainya pada malam itu,'' jelas beliau.

Dalam keterangan hari ini, Mohd. Anuar turut mengesahkan pegawai SPRM iaitu Hairul Ilham, Arman, Mohd. Ashraf, Bulkani Paharuddin, Hadri dan Zulkefly Azizi serta tiga saksi siasatan bagi kes yang sama, Tan Boon Wah, Lee Wye Wing dan Mohd. Harun Abdullah berada di pejabat SPRM pada malam 15 Julai serta awal pagi 16 Julai lalu.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini.

Kejadian berlaku selepas bekas wartawan Sin Chew Daily itu berada di pejabat SPRM di plaza tersebut bagi memberi keterangan sebagai saksi berhubung siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.

sumber - utusan


Tiada ulasan: