MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Ogo 2009

"Gugur Ronnie sebelum rakyat gugur Pakatan" - Zulkifli Nordin

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin mendesak agar Ronnie Liu dari DAP meletakkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ekoran desakan pelbagai pihak termasuk yang terbaru komponen Pakatan Rakyat PAS semalam.



Wakil rakyat PKR itu yang lazimnya lantang mengkritik menyifatkan Ronnie Liu sebagai "satu liabiliti" kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan Datuk Dr. Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) supaya Ronnie Liu segera meletakkan jawatan.

"Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," kata beliau dalam blognya.

Zulkifli menambah, sekiranya Ronnie Liu enggan meletakkan jawatan beliau mahu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil langkah segera menggugurkannya daripada barisan Exco Kerajaan Selangor sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang iaitu Ronnie Liu ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," kata Dr. Hasan lagi.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.

Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Draf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.

"Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga," katanya.

Dalam tulisannya, Zulkifli menambah, belum pun reda isu Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan Exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru.

"Desakan Azmin dipercayai kerana terdapat persepsi di kalangan masyarakat umum khususnya di kalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!

"Hari ini (semalam) Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum," katanya.

Beliau menambah, Hasan secara khusus merujuk kepada tindakan Ronnie Liu yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. "Kenyataan terbuka Hasan Ali itu berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa MBSA dan Majlis Perbandaran Subang Jaya memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.

"Baru-baru ini Wee Choo Keong (Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

"Akibat kenyataan itu, Ronnie Liu telah membidas Wee walaupun Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco," kata beliau sambil menambah, "Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007."

sumber - mstar


4 ulasan:

Unknown berkata...

berani ka depa buat kat dia...nanti LKS anak beranak jegee mata kat MB terkencing dalam seluaq..Zul ni pon satu cakap ja lebieh..

Unknown berkata...

Mereka dah mula main 'wayang'...

Takut hilang undi lagi di PRK Permatang Pasir yg akan datang

Bukan boleh pakai cakap puak2 munafik nih.

P/s: Kepada pencacai2 PKR, tak payah nak sabotaj artikel2 kat blog ni dgn memberi 1.0 @ teruk kat bintang tuh. Aku tau korang diupah. Lg korang buat camtu,lg ramai org nak baca. Thanks,kerana membantu blog ini secara tidak langsung...lgpun kami memang kekurangan kakitangan nak buat promosi percuma cam korang buat.nasib baik korang ada. Berapa sen anwar bayar korang hah???

ajijasin berkata...

salam alaikum...

'ANU'WAU BERAHI MEMANG PENGKHIANAT MELAYU.....

poooorrrraaaaaaahhhhhh...
penghabis tak berguna makhluk MELAYU dalam Malaysia...
inilah dia makhluk yg bernama 'anu'wau berahi!!!!!

puuuaaaaahhhhh...
kalao tang dia dok ngata ngutuk org lain bukan main lagi...
sedap mulut dia aje...
MACAM TAK DA BREK...
MACAM ORG LAIN NI SEMUA TAK BERGUNA...
MACAM SEMUA ORG MENTEKEDARAH RASUAH...
MACAM SEMUA ORG BUSUK BENAO...
MACAM SEMUA ORG TAK SENONOH...

org baru dok kutuk dia
'PENGKHIANAT MELAYU'...
tau pulak merah telinga dia...
ooooooooooooooo tau marah...

habis semua org nak disaman!!!

memang muka dia...
muka bawak suweyyyy kat Malaysia ni...
sapa yg dok lepaskan beruk sekor ni...

wahhhhh bukan main lagi...
tak bolehhh pulak org sentuh dia...
apa besaoooo dia ni...
dia ingat Malaysia ni kepala bapak dia punyeee ke...

yg dia sedap sedap dok caci maki..
buat cerita fitnah semua org...
boleyyyyy...

kalao macam ni punye makhluk jadi kepala bapak kat Malaysia ni...
alamat...
semua yg ngata ngutuk dia semua la...
masuk lokap la gamakkknyeee...

tak da can la nak ngata ngutuk dia...
macam mana selama ni...
dia org ni...
makhluk tali perut hijau...
tali perut mata lebam...
tali perut babi anjing...
dia org dok ngutuk Tun M, Pak Lah, Tok Najib...
dok ngutuk UMNO, BN, KERAJAAN, AGENSI KERAJAAN, ORG KERAJAAN...
dengan berbagai caci maki hamun cerca cerita fitnah...

ini rupa makhluk yg KONONNYEE cakap pasal
DEMOKRASI..
KEBEBASAN SUARA...
SUARA RAKYAT...

SUDAHLA 'ANU' WAU BERAHI...
AKU MINTAK2 TUHAN BAGI NGKAO SELESEMA BABI...
BIAO NGKAO CEPAT KOJOL...

HIDUP PUN MENYUSAHKAN ORG AJE...

TAK BOLEHHH PULAK DIUSIK...
NAK MENYAMAN AJE KEJE NGKAO...
NAK MENAKUT NAKUTKAN ORG...

SIKIT SIKIT SAMAN...
SIKIT SIKIT SAMAN...
MACAM LA MAHKAMAH MALAYSIA NI
BAPAK NGKAO PUNYE...

BELUM APA2 DAH ANGGAP ORG SALAH...
KALAO TAK SALAH...
MAHKAMAH TAK BETUL...
MAHKAMAH AGEN KERAJAAN...

MEMANG TAK LAYAK NGKAO NI JADI KEPALA BAPAK KAT MALAYSIA NI...
TUHAN PUN TAK LORONGKAN
MANUSIA MACAM NGKAO NI JADI KEPALA NEGARA...

MEMANG LA MACAM KOMUNIS NGKAO BUAT MALAYSIA...
SEMUA YG BUKAK MULUT MENENTANG NGKAO...
SEMUA MASUK LOKAP!!!!!

MEMANG DASAR TALI BARUT YAHUDI NASRANI...
MACAM LA NGKAO TU SUCI BERSIH...
MACAM LA NGKAO BAIK BENAO...

POOOOOOOORRRRRAAAAAAAHHHHHHHH !!!!!

Shah berkata...

PKR & PAS Selangor adalah boneka DAP. Siapa berani? Kalau berani TS Khalid tak akan jadi MB, PAS dapat jadi Exco. Keran jawatan lah PAS sanggup mengadai kan Islam demi nafsu. Kenapa DAP berani? Sebab Melayu lemah Islam di hempit. Melayu dah tak hak nak cakap pasal Melayu di tanah Melayu sendiri. Apa itu PAS untuk semua, adakah arak, pelacur, samseng, kaki bontot?