MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Ogo 2009

Dua propanganda Anwar : Kepala lembu dan Teoh dipukul

Oleh Kumbang, AIDCclub

Propaganda Pertama,

Mungkin ramai pihak yang melihat demontrasi bantahan pembinaan kuil semalam adalah tidak patut kerana 'kepala lembu' digunakan sebagai simbolik protes. Tetapi ramai tidak melihat kenapa penduduk-penduduk melakukan demontrasi itu.

Tujuannya hanya satu,iaitu bertujuan untuk memberitahu kerajaan negeri bahawa sesuatu pembinaan rumah ibadat mestilah dipersetujui oleh masyarakat setempat bukan hanya persetujuan pihak yang mempunyai kepentingan sahaja. Mereka boleh menghentam sekeras mana pun mengenai kepala lembu itu tetapi bagi Kumbang mereka tidak dapat menafikan rakyat Selangor di Seksyen 23 kini menangis apabila kuil didirikan di kawasan mereka.

Mereka tidak marah kuil ingin dibina, tetapi marah apabila ia ditempatkan di kawasan mereka sesuka hati. Jika perkara ini dibincang dahulu, Kumbang pasti penduduk seksyen 23 tidak segan untuk mencadangkan tempat di mana sepatutnya kuil itu dibina atas nama perpaduan dan muafakat.

Silakan mengkritik tujuan demontrasi ini, tapi janganlah hanya mengkritik tentang kepala lembu sahaja kerana ia jelas menunjukkan anda ingin menafikan suara rakyat di seksyen 23. Mudah bagi Kumbang untuk menyatakan, jika pembinaan kuil itu dibuat atas persetujuan bersama penduduk dan kerajaan negeri. Bukan sahaja kepala lembu tidak akan keluar tetapi tahi lembu pun Kumbang jamin tidak akan keluar.

Sedih Kumbang, kepala lembu mati orang pertikaikan. Shamsul Iskandar heret dan pergunakan lembu di demontrasi kita diamkan.Ternyata ini hanya propaganda untuk menafikan bahawa kerajaan selangor tidak mempedulikan bantahan rakyat seksyen 23 mengenai pembinaan Kuil di kawasan mereka.

Propaganda Kedua,

Tinggalkan isu kepala lembu, kita masuk isu Teoh. Kumbang terbaca di blog sahabat Kumbang,Pinkturtle mengenai Teoh yang kononnya dikatakan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi ketika disiasat oleh SPRM. Hal ini dibangkitkan oleh 'peguam terhebat negara', Gobind Singh Deo secara tiba-tiba dengan penuh kepentingan seolah-olah ingin menafikan sesuatu.

Beliau juga dikatakan akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM dan Gobind ingin menyoal saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus berhubung perkara ini semalam. Tetapi disebabkan soalan yang ingin dikemukakan Gobind ini, Koroner menangguhkan inkues kepada tarikh 8 september kerana Mohd Ashraf perlu melantik peguam berikutan soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Kumbang pelik dengan tindakan Gobind ini yang secara tiba-tiba menimbulkan isu ini setelah beberapa minggu inkues kematian Teoh berlangsung. Pelik juga untuk difikirkan bagaimana saksi boleh dicederakan dan dibelasah SPRM, sedangkan Ean Hian Wah selaku tertuduh serta orang yang disiasat hanya dibiarkan SPRM.

Adakah pendedahan ini bertujuan mengalihkan perhatian tentang pertengkaran Teoh dan Tan Boon Hwa di tandas SPRM pada jam 2 pagi hari kematian Teoh dan juga soal invois projek yang tidak wujud yang dikemukakan saksi inkues sebelum ini?

Adakah pendedahan ini juga bertujuan untuk mengugut SPRM daripada mendedahkan segala kegiatan penyelewengan yang dilakukan oleh exco-exco kerajaan negeri Selangor?

Kumbang juga ada beberapa soalan pada Tan Boon Hwa mengenai perkara ini, yang mana pada Kumbang beliau sendiri dapat menentukan samada Teoh cedera atau tidak akibat dipukul SPRM.

Tan Boon Hwa sila jawab, jika anda berjumpa dengan Teoh di Pantry pada pukul 6 pagi hari kematian Teoh. Kenapa anda tidak menceritakan pada media bagaimana keadaan Teoh yang kononya teruk dikerjakan SPRM?
Dan jika anda melihat kecederaan pada Teoh disebabkan kekasaran oleh SPRM. Kenapa anda hanya menanyakan soalan pendek kepada Teoh iaitu berbunyi "Teoh, kamu masih berada di sini?" ?

Adakah soalan sependek itu mencukupi untuk merungkai kecederaan pada Teoh yang anda 'lihat' pada ketika itu?

Atau sememangnya anda melihat Teoh tidak cedera dan ini semua adalah propaganda Gobind Singh Deo?

Soalan-soalan ini Kumbang minta Tan Boon Hwa jawab dan Kumbang tidak sabar untuk mendengar kenyataan media Tan selepas ini yang mungkin pula tiba-tiba menceritakan keadaan fizikal Teoh yang cedera hasil nukilan sutradara Gobind Singh Deo.

Yang mana antara lain Kumbang melihat pendedahan bahawa Teoh dipukul ini hanya bersifat propaganda yang ingin menafikan kerajaan negeri Selangor terlibat dengan penyelewengan dana kerajaan negeri dan penglibatan Tan Boon Hwa di dalam kematian Teoh.

2 Propaganda dengan hanya 1 tujuan menafikan kebobrokan dan kecurangan kerajaan negeri Selangor.

Adakah anda akan terus percaya?

sumber - analisisringan


1 ulasan:

Unknown berkata...

Mencemarkan dgn teruk kredibiliti MACC adalah langkah terbaik untuk menghalang pendedahan rasuah kerajaan negeri Selangor.Penyokong pakatan juga cuba menyemai kebencian melampau pada institusi penguatkuasaan spt polis dan MACC supaya akhirnya tiada lagi yang meliwat dan terliwat. Tapi agak lewat sebab kebenaran pasti terlihat.Real character asassination!