MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Ogo 2009

BEER bukan minuman keras, rampasan dipulangkan semula - Ronnie Liu

Shah Alam - Exco Kerjaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mengesahkan kes rampasan beer di sebuah kedai serbaneka dekat sini, Rabu lalu, berlaku kerana salah faham.


Menurutnya beliau dan pihak Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bermesyuarat mengenai perkara tersebut.

"Saya telah mengingatkan mengenai bidang kuasa mereka (penguatkuasa MBSA) yang mempunyai had tertentu"

" Sebenarnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa merampas beer tetapi hanya boleh merampas minuman keras yang dijual oleh peniaga yang tidak berlesen sahaja:, katanya ketika dihubungi semalam.

Ronnie berkata, beer tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin yang kesal dengan kejadian tersebut disebabkan oleh ketidakselarasan undang-undang antara kerajaan negeri dan PBT, Ronnie menafikan perkara itu.

"Pihak penguatkuasa telah pun meminta maaf kepada saya akibat salah faham yang berlaku", katanya.

Selain itu Ronnie turut menafikan bahawa premis terbabit menjual minuman tersebut kepada umat Islam.

" Dakwaan itu adalah tidak berasas kerana di kedai itu terdapat notis larangan menjual minuman keras kepada umat Islam", katanya.



Rampasan Bir dipulangkan semula

Shah Alam - Menghairankan aabila tidak sampai tempoh 24 jam Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA merampas 70 tin termasuk minuman beralkohol dari sebuah kedai serbaneka di jalan Liku, D 8/D, Seksyen 8, dekat sini, Rabu lalu, namun pihak terbabit memulangkan barangan tersebut petang kelmarin.

Difahamkan dalam serbuan kira-kira jam 4.30 etang itu, dua pegawai MBSA merampas kesemua minuman beralkohol setelah menerima aduan daripada penduduk tempatan sejak beberapa bulan yang lalu bahawa premis tersebut menjual minuman haram itu kepada pembeli beragama Islam.

Rentetan aduan itu, MBSA melakukan serbuan dan merampas sebilangan minuman beralkohol pelbagai jenama yang dipercayai mengandungi lebih lima peratus kandungan alkohol.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat kali keempat 2009, Majlis telah memutuskan satu dasar mengenai aktiviti penjualan minuman keras di bawah kadar lima peratus kandungan alkoholnya di premis kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Dasar tersebut adalah larangan menjual minuman keras di kawasan pentadbiran Majlis dari seksyen 1 hingga seksyen 24 dan di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam..

Penguatkuasaan ke atas penjualan minuman keras di premis kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

Timbul tanda tanya disini, apabila anggota MBSA memulangkan semula minuman beralkohol itu kira-kira jam 4 petang kelmarin iaitu tidak sampai tempoh 24 jam barangan itu dirampas.

Kedai serbaneka tersebut difahamkan telah diberi notis pemberitahuan dan larangan kepada premis terbabit sebanyak dua kali iaitu pada Mei dan Julai lalu termasuk 42 cawangan lain premis itu di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Sementara itu, Datuk Bandaraya Shah Alam, Mazalan Md Noor berkata, beliau mengesahkan rampaasan minuman beralkohol dan menyerahkan semula barangan tersebut kepada pihak terbabit.

"Dasar majlis yang telah diputusakan tidak akan ada pembaharuan namun kita akan memberhentikan seketika operasi itu sehingga mendapat arahan daripada kerajaan negeri", katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Tinjauan Sinar harian, di kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit di seksyen 18, 19, 20 dan 24 mendapati masih terdapat beberapa premis menjual minuman beralkohol walaupun kesemua peniaga telah dimaklumkan berhubung keputusan dasar majlis yang melarang penjualan minuman beralkohol.

Sinar Harian, 1 Ogos 2009


Tiada ulasan: