MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Ogo 2009

Arak : Ronnie Liu lebih berkuasa daripada Khalid Ibrahim

Tindakan Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu mengarahkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di sini kelmarin akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu dan mendapatkan penjelasan daripada Ronnie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri tentang apa yang sebenarnya berlaku.

''Saya akan menyiasat perkara ini dan mendapatkan penjelasan daripada Exco terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 di Auditorium Sirim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ronnie yang mengarahkan anggota penguat kuasa MBSA memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini kelmarin.

Mengulas isu penjualan minuman keras di bandar raya ini yang menimbulkan perbezaan pendapat antara wakil rakyat Pas dan DAP, Khalid berkata, minuman keras masih boleh dijual di premis di bandar raya ini tetapi perlu mempunyai lesen dan dibuat secara tertutup.

Bagaimanapun ujar beliau, kerajaan negeri masih dalam proses untuk menentukan garis panduan supaya penjualan minuman keras dibuat secara tertib dan berhemah bagi mengelak kesan sampingan khususnya kepada orang Islam.

Jelasnya, asas kepada peraturan yang masih dalam kajian itu ialah orang Islam diharamkan membeli dan menjual arak dan penjualan minuman keras kepada bukan Islam pula perlu dibuat secara tertib.

''Kita baru mengadakan perjumpaan dengan operator dan pengendali premis yang beroperasi di sini kira-kira dua bulan lalu. Kita jangka dalam tempoh tiga dan empat bulan akan datang baru kita boleh buat keputusan.

''Kita perlu melihat dan faham apa peraturan yang dibuat di negeri lain termasuk yang dipraktikkan di Kuala Lumpur," jelasnya.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat Pas dan DAP berbeza pendapat mengenai peraturan penjualan minuman keras di bandar raya ini berikutan Pas mahu kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan yang majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan keras wakil rakyat DAP dengan alasan peraturan itu tidak adil bagi orang bukan Islam.

sumber - malaysia instinct


5 ulasan:

Antibarua berkata...

PAS NAK BANTAH CAKAP DAP? TUNGGU HARI KIAMATLER... KALAU NAK HLANG KUASA DI KEDAH, PERAK, PENANG DAN SELANGOR, BANTAHLER...

KUASA BEB... JILAT ANU DAP PUN BARUA PAS NI SANGGUP DEMI KUASA..

PAS BOLEH MABUK-MABUK BEER DAN MABUK-MABUK KUASA PEMBERIAN DAP..

AKAI ADAKA..

Mohd berkata...

Hari ini Arak bukan minuman keras,

Besok, Disko bukan pusat hiburan, rumah urut bukan pusat pelacuran Magnum & sports toto bukan pusat perjudian,

Melayu2 PAS semua mari celebrate kejayaan Pakatan engkau org. Yam Seng

Shah berkata...

Apabila Melayu lemah dan menjadi boneka DAP maka Islam di memperdohkan dan di permainkan dengan fatwa dan seorang kristian boleh mengejak bacaan Al Quran tanpa di pertikai oleh PAS semasa di Bukit Gantang. Apa dah jadi dengan PAS. Nak berkuasa sanggup gadai maruah Islam dengan telan apa DAP buat. Islam untuk semua, adakah bermaksud jual arak, pelacur, rumah urut, maksiat dll?

PAKCIK berkata...

tu belum lagi ron-95-lu-i mabuk..kalu dah mabuk mungkin lebih lagi kot tuntutan dia daripada khalid..

chelsy berkata...

Obvious reasons why many wannabe assemblymen or YB!! Being YB means power,power and money=wealthy!!! .That's wat defination of being YB's lately...although not majority but that's the reality...otherwise why would many interested even one is aware that oneself doesn't has the quality of being a leader.

p/s everyone can be a leader but not all can be a good leader!! Good example was Pak lah...was he a good leader before? Nizar x-perak's MB..was he a good leader?...and the list goes on....