MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Ogo 2009

Arak : Cara Dr Hassan Ali dipertikaikan

Oleh selangordaily

Rasmi untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain adalah melalui jalan yang paling lurus dan terpantas.

Nampaknya cara exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mahu menyelesaikan masaalah penjualan arak kepada orang Islam bukan cara yang paling lurus dan terpantas. Ianya bagaikan perjalanan dari Shah Alam ke Ipoh mengikut negeri Pahang.

Menurut laporan berita Bernama, Hasan Ali telah melantik Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di Selangor untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Dengan surat kuasa yang dikeluarkan dua minggu lalu, pegawai-pegawai masjid tidak pula boleh menangkap pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk tindakan lanjut.

Bagi kesalahan orang Islam meminum arak, pegawai masjid boleh menangkap dan perlu menyerahkan mereka kepada Polis atau Pegawai Penguatkuasa Agama

Langkah mengkagetkan

Reaksi kepada langkah-langkah yang dibuat oleh Hasan Ali ini adalah kaget dan terkejut. Apa yang Anwar Ibrahim lihat dalam diri Hasan Ali untuk dia dihantar menjadi Pengajar kepada Pentadbir-Pentadbir kita di INTAN dahulu?

Langkah Hasan Ali ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan berhubungkait dengan kontroversi mencampurtangan dalam urusan penguatkuasa tempatan menguatkuasa larangan penjualan arak kepada orang Islam di kawasan orang Islam di Shah Alam. Penguatkuasaan Enakmen itu hanyalah alasan dan langkah sampingan kerana isu arak ini memalukan PAS.

Dalam hal larangan penjualan arak, jelas kelihatan Hasan Ali terpaksa mengalah kepada Ronnie Liu. Pendiriannya telah berubah dari tuntutan larangan jualan kepada kompromi untuk dipertanggungjawab menguatkuasa. Ronnie Liu dapat melepaskan tanggungjawab itu dari Majlis Tempatan di bawahnya.

Bukan saja Hasan Ali telah mengalah, tetapi jelas sekali langkah ini telah membodoh-bodohkan tuntutan PAS. Nampak sangat apa yang dikatakan penyelesaian antara Hasan Ali dan Ronnie Liu tidak memihak kepada kehendak Hasan Ali dan PAS.

Bukankah cara lama yang melarang jualan itu lebih efektif dari menangkap setelah arak itu terjual?

Ronnie Liu beruntung dapat membela peniaga-peniaga Cina dan bukan Melayu untuk terus menjual arak kepada orang Islam. Mereka tidak lagi perlu bertanggungjawab tetapi ianya telah dibebankan kepada JAIS. Peniaga ini akan mengakal dan mengelak penguatkuasa JAIS.

Selama berdekad-dekad PAS asyik mengaitkan arak dengan UMNO tanpa mempedulikan sentimen dan keperluan bukan Islam. Bila mereka pula, nampaknya menurut sahaja.

Tidak berkesan

Langkah ini tidak akan dapat diimplementasikan dengan berkesan. Pertama adalah sebab yang yang telah disebut ia-itu pengautkuasaan tidak akan lebih berkesan dari pencegahan.

Kedua, dengan diberi kuasa menangkap peminum arak, ia akan menimbulkan masaalah lain yang lebih komplikated. Ianya seolah-olah memulakan satu kaum Mullah yang mempunyai kuasa mutlak seperti di negara-negara Islam tertentu.

Ketiga, ini pasti akan menimbulkan persengketaan pendapat dengan DAP dan PKR yang merupakan penentang tegar kepada sebarang kecenderungan keaarah negara theokrasi.

Keempat, adakah langkah seperti ini akan menjadi polisi kebangsaan diperingkat Persekutuan apabila PAS boleh memerintah disatu masa hadapan kelak? Mungkin kaum Mullah ini akan menuntut lebih kuasa untuk hal-hal lain seperti pakaian Muslimah. Dimana agaknya akan berakhir?

Apakah agaknya reaksi peguam-peguam ultra liberal, sekular dan anti agama seperti Harris Ibrahim dan Malik Imtiaz yang kini menyokong PAS?

Akhir sekali, kuasa ini masih memerlukan pembabitan polis dan Penguatkausa Agama JAIS yang ada. Adakah ianya boleh dipraktikkan dan bersesuaian dengan kuasa dan peranan polis di bawah Akta Polis? Adakah penguatkuasaan Enakmen ugama akan diberi keutamaan polis dengan sumber yang terhad? INikan pula keengganan kerajaan Pakatan menghirmati Polis.

Selama mana JAIS melalui pegawai mereka dan pegawai Masjid boleh memantau dan menguatkuasa dengan jumlah bar, rumah urut, kelab malam, kedai jualan arak dan lain-lain telah dan akan dibiar bertambah oleh Ronnie Liu.

Disamping itu, langkah kompromi oleh Hasan Ali ini akan menambahkan perbelanjaan operasi JAIS. Dengan kerajaan negeri kesesakan sumber kewangan, adakah ini akhirnya akan ditanggung oleh zakat?

Pendik kata, langkah yang ingin dimulakan Hasan Ali ini tidak akan seberkesan dengan amalan yang telah diletakkan oleh UMNO dahulu.

Pulang buah keras

Semasa UMNO mentadbir, PAS suka menimbulkan isu kilang bir diluluskan pemimpin UMNO. Padahal PAS ada bersama dalam kerajaan semasa itu dan merupakan “collective responsibility”.

Jualan arak di kawasan Melayu masih dapat dikawal melalui undang-undang kecil Majlis Tempatan dan peniaga tidak boleh lakukan sewenang-wenang.

Kini, bila PAS menjadi sebahagian dari pentadbiran negeri, arak sudah terjual dengan mudah di kawasan Melayu. Peniaga bukan Islam tidak perlu bertanggungjawab lagi dan hanya fikirkan untuk mengaut keuntungan.

Pasti jualan arak akan lebih tersebar dikalangan orang Islam. Memang tepat momokkan "Take Beer!" yang diarahkan kepada PAS.

Inilah jadinya bila PAS hanya pandai mempolitikkan Islam tetapi tidak tahu mentadbir dan mempertingkatkan Islam. Politik Islam ala PAS hanya lebih luaran dan retorik tetapi kosong sekali isi kandung dan nilai spiritual.

Paling melucukan, nampak sangat PAS adalah kerbau yang telah dicucuk hidung oleh DAP di Selangor, Perk dan Pulau Pinang. Berangan sajalah cakap-cakap Daulah Islamiah kalau sendiri tidak boleh memegang teraju.

sumber - selangordaily


3 ulasan:

mar berkata...

ala nak heran apa...org pas ni bukan berjuang utk ugama bangsa...
semuanye otar kare juga....jawatan sudah dapat...tak lama lagi nak jadi menteri....

alluqman berkata...

Dulu semasa pemerintahan UMNO/BN kedengaran ungkapan "saya tak khusuk nak sembahyang kerana bila keluar masjid nampak kedai arak" . La ni macam mana pulak?

NipsNips berkata...

@alluqman
la ni lagi khusyuk la..ada kuil lagi..dari kecik-kecik besar rumah teres dah nak jadi besar macam shoping kompleks..banyak tempat ibadat..kedai arak pun dah kurang semenjak definisi "kandungan alkohol bawah 5% bukan arak"..hehe~

take beer!!