MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Ogo 2009

Anwar takut kes liwat ? Mahu lucut semua pendakwa pulak!!

Setelah hampir setahun berlalu kes liwat sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari Azlan belum ada jalan ceritanya lagi.Bekas pembantu peribadinya terus terpaksa menanti dan menanti untuk berdepan dengan bekas bosnya di muka pengadilan.

Selasa Penasihat PKR itu fail lagi satu permohonan yang dijangka akan melewatkan lagi kes yang ditunggu tunggu oleh semua orang.

Kali ini Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya itu, menyatakan "wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah" sebagai satu daripada alasannya.

Ini merupakan permohonan keempat Anwar. Permohonan pertama ialah untuk mengarahkan pihak pendakwaan membekalkan dokumen berkaitan kes itu kepadanya, keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat dan ketiga bagi semakan kehakiman terhadap beberapa dokumen yang dibekalkan pihak pendakwaan kepadanya.

Permohonan pertamanya masih belum diselesaikan selepas pihak pendakwaan diberikan penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi bagi membekalkan dokumen yang diminta Anwar sementara menunggu rayuan pihak pendakwaan diputuskan.

Anwar memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman melalui firma S.N.Nair and Partners di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Peguam Cara I Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Katanya dengan membenarkan Peguam Negara untuk meneruskan keadaan itu adalah "sama seperti mempersendakan keadilan" dan dengan itu beliau tiada pilihan selain mengemukakan permohonan itu.

Beliau mendakwa beliau mempunyai kes yang kukuh dan terdapat beberapa perkara yang boleh dibangkitkan daripada segi undang-undang dalam permohonannya itu.

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.

Anwar berkata permohonan itu dibuat kerana terdapat "kebimbangan munasabah bagi berat sebelah dan/atau wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah" oleh para responden terhadapnya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Sept bagi sebutan perbicaraan liwat itu.

sumber - agendadaily


3 ulasan:

Ahmad Zack berkata...

Anuwar Attartuk Al-Liwati ni penakut sebab dia bersalah serta tak mahu dipenjarakan semula, oleh itu dia mencipta 1001 alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraan.. entah2 sampai PRU13.. dengan harapan bila menang dan jadi PM, dia akan menyalahgunakan kuasa melucutkan semua pertuduhan liwat dan menghukum saiful..

Anwar jadi PM Malaysia? Nau'zubillah...

ladybird berkata...

Sampai bila agaknya anwar nak terus berdalih?

ChelsyB berkata...

Bukanke selalunya org bersalah aje yg cuba buat alasan atau cari alasan agar kesalahannya tuh x terbongkar? Lagak SiChameleon Anwar Ibrahim ni bagaikan mengsahkan yg diri dia mmg bersalah secara xlangsung..kalau x, nape lepeh satu..satu alasan yg saja dicari2 utk melewat2kan perbicaraan liwat nih!

Sedar2lah anwar, usia pun dah semakin petang, kalau ada peluang bertaubat, buatle apa yg patut sebelum anda sisembahyangkan!!