MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Ogo 2009

Anwar failkan permohonan ketepikan pendakwaan kes liwat

11/08/2009 1:48pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah perisytiharan agar barisan pendakwa raya sedia ada dikecualikan daripada mengendalikan pendakwaan kes liwat bekas pembantu yang dihadapinya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan kehakiman itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada pukul 11.35 pagi ini.

Dalam permohonan itu, beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idris Harun; Peguam Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan barisan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin sebagai pihak responden.

Turut dinamakan sebagai responden ialah Pendakwa Raya dan kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan akhbar peguam belanya, Sankaran Nair, permohonan itu difailkan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didakwa bertindak berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kes itu memandangkan terdapat laporan polis dibuat terhadap Abdul Gani oleh Anwar.

sumber - utusan


Tiada ulasan: