MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Ogo 2009

Anwar dengan cerita 'Zaman Gila' di Permatang Pasir...




Ada macam-macam gila. Malah, ada orang Melayu percaya ada 44 macam gila. Tahun lalu, negara a panas dengan cerita gila pembangkang nak kuasai negara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Walaupun Penasihat PKR itu menang tetapi rancangan 16 September nak tawan Putrajaya tidak menjadi.

Lepas itu, timbul pula cerita gila pasal 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) nak lompat sertai pembangkang, tetapi akhirnya Anwar putih mata kerana tiada satupun ahli parlimen BN termakan pujuk rayunya.

Berdepan pilihan raya kecil Permatang Pasir kali ini, Anwar kembali dengan cerita gilanya.

Berceramah di Taman Cermai, malam Isnin, Anwar bawa cerita pemikir Jawa, Rongo Warsito yang kononnya sebut pasal ‘Zaman Edan’.

Kata Anwar, walaupun beliau bukan orang jawa, tapi Edan bermaksud ‘gila’. Zaman Edan bermakna ‘Zaman Gila’.

Ketua Pembangkang itu kata, Malaysia sekarang ‘Zaman Edan’ kerana undang-undang dipermain, sistem dah jadi gila, orang tak salah didera dan dihukum dan turut menyindir ‘penyamun bercakap mesti bertindak terhadap pencuri’.

Cakap pasal ‘Zaman Edan’ ini, Anwar agaknya lupa, beliaulah pelopor Zaman Edan di negara ini.

Rakyat negara ini yang tidak ‘Edan’ pasti tahu, siapakah yang permainkan undang-undang dan siapakah yang sebabkan sistem sedia ada jadi gila.

Lihat sajalah kes dakwaan liwat terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Sudah setahun, tetapi kes itu masih belum juga dibicarakan kerana beliau dan peguamnya cari macam-macam alasan nak tangguhkan kes itu.

Beliau tuduh kes itu nak khianatnya, Peguam Negara tidak layak dan macam-macam lagi hinggakan akhirnya, ketua kumpulan peguamnya Sulaiman Abdullah pun tak mahu belanya lagi.

Dalam kes kematian Teoh Beng Hock pula, pembangkang termasuk Anwar, awal-awal lagi salahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tuduh agensi itu pembunuh.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula, keluarkan arahan kata SPRM tidak boleh soal atau siasat pegawai-pegawai kerajaan negeri selepas waktu pejabat.

Beliau juga cakap, kalau nak soal siasat mesti di pejabat kerajaan negeri di Shah Alam.

Apa punya gila daa...Sistem yang ada sudah diporak perandakan oleh pemimpin pembangkang semata-mata nak bela geng-geng mereka.

Sepatutnya, Anwar sebelum cerita pasal ‘Zaman Edan’ kena faham peribahasa, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar,’.

Cerita ‘Zaman Edan’ ini hanya ibarat meludah ke langit. Akhirnya muka Anwar sendirilah yang kena.

Sebab itulah juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melabelkan Anwar sebagai pengkhianat. Banyak sebab boleh dikategorikan sebagai pengkhianat. Ini termasuk mereka yang terus cuba buat ‘gila’ hingga rakyat panik, marah dan bosan dengan politik pembangkang yang bertindak macam mereka saja yang betul.

Dalam ceramah yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terus mempertahankan keputusan kerajaan Selangor membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

Anwar juga mengulangi sokongan terhadap tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memberikan tanah 999 tahun kepada penduduk Cina di negeri itu.

Paling menarik di awal ceramahnya, beliau berkata Permatang Pauh hebat kerana sudah ada tiga pilihan raya dalam tempoh setahun.

Katanya, semua itu kerana semangat orang Permatang Pauh.

Cuma nak tanya brader Anwar, semangat Permata Pauh ke atau badi Pak Sheikh?

Hadi pula dalam ucapannya dah terikut-terikut ‘Edan’ juga macam Anwar.

Katanya, kemenangani calon PAS di Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti adalah simbol untuk ambil alih negara.

Dulu Anwar cakap macam tu masa nak menang di Permatang Pauh, kini Hadi pula cakap benda sama di Permatang Pasir...inilah ‘Zaman Edan’, yang dimaksudkan Anwar agaknya. Edan kuasalah lah tu.

sumber - agendadaily


1 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Ooo... nampaknya kita dah ada nama baru untuk si pengkhianat ini... "AnWAR Al-Juburi wal Edani"