MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jul 2009

Tunang Teoh turut disiasat

Jul 21, 09 11:22am
Tunang Teoh Beng Hock, yang ditemui mati dalam keadaan penuh tanda tanya selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan ke balai Kajang petang esok.

Soh Sher Wei, yang sedang hamil dua bulan anak pasangannya, akan diiringi beberapa peguam DAP untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah.

Seorang peguamnya Lim Lip Eng, yang juga ahli parlimen DAP Segambut, bagaimanapun tidak pasti motif polis menyiasat Soh.

Ahli keluarga teoh turut dipanggil memberikan keterangan di tempat dan waktu yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Ean dan seorang lagi peguam M Manoharan dijadual memberi keterangan kepada polis jam 3 petang ini di pejabat exco tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor.

sumber - malaysiakini


1 ulasan:

Anakbukitgantang berkata...

Tunang Teoh adalah SAKSI PENDAKWAAN. Saksi Pendakwaan selalunya hadir TANPA BERTEMAN PEGUAM...KENAPA DOUBLE STANDARD?


Adakah ini politik diversion DAP untuk cover kesalahan...dan pembabitan mereka dalam dunia underworld?