Oleh pochongmenulis, AIDCclub
Di Iran selepas kemenangan Mahmood Ahmedinejad dalam pilihanraya Presiden 12 Jun, telah berlaku arus bantahan dari penduduk Iran yang menyokong perjuangan Mir Mousavi yang mendokong reformasi ke atas Iran. Dalam kekalutan politik, bantahan demi bantahan dan tunjuk perasaan dikatakan Amerika Syarikat telah memainkan peranan penting disebalik pembunuhan Neda Agha-Soltan, gadis Iran berusia 26 tahun yang mati tertembak dan kini menjadi simbol perjuangan kelompok reformasi terhadap pemerintah Iran.
"Kematian Neda sangat mencurigakan," kata Duta Besar Iran untuk Mexico Mohammad Hassan Ghadiri, seperti dipetik CNN, Jumaat (26/6/2009).
"Pertanyaan saya adalah, bagaimana Neda boleh ditembak dari belakang, diperlakukan di depan sekumpulan jurugambar, dan ditembak di tempat yang tidak terdapat banyak penunjuk perasaan?"
Ghadiri menganggap perisik Amerika CIA atau agen perisik barat yang bertanggung jawab atas kematian gadis tersebut.
"Jadi, jika CIA ingin membunuh orang dan mengaitnya dengan kerajaan, maka memilih perempuan tersebut sebagai korban adalah pilihan yang tepat, kerana kematiannya akan menarik simpati," kata Ghadiri.
Dalam rakaman video seolah menunjukkan Neda tertembak di bahagian dada, namun Ghadiri mengatakan bahawa peluru dijumpai di bahagian kepala dan peluru yang digunakan bukanlah jenis yang digunakan di Iran.
"Ini adalah kaedah yang digunakan pengganas, CIA, dan agen perisikan barat," kata Ghadiri.
"Mereka ingin melihat darah mengalir dalam kelompok golongan yang terlibat dengan demonstrasi, jadi mereka dapat menggunakannya untuk melawan Republik Islam Iran. Ini adalah kaedah biasa yang digunakan CIA di kebanyakan negara," kata pegawai diplomatik Iran tersebut.
Walaupun kenyataan Ghadiri menyatakan Amerika terlibat, jurucakap CIA George Little tetap menafikan ia perbuatan CIA dan menganggap mustahil mereka yang bertanggung jawab atas kematian perempuan tersebut.
Antara pihak yang digunakan oleh CIA untuk membantu puak penentang di Iran dan mana2 negara sasaran ialah National Endowment for Democracy (NED) sebuah organisasi yang dibiayai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Melalui organisasi ini mereka akan cuba mempromosi demokrasi ala Amerika kepada negara yang dianggap musuh kepada Amerika dalam usaha untuk menguasai dunia, oleh itu pelbagai cara direncana untuk menggerakan demokrasi di China, Iran, korea Utara, Zimbabwe dan juga di Rusia, malah melibatkan juga kerja-kerja demokrasi di negara islam seperti Iran, Syiria dan negara lain yang dilihat mempunyai hubungan yang tidak pro kepada Amerika.
Terdapat juga dakwaan kukuh mengatakan gelombang hijau yang tercetus di Iran yang menyokong Mir Mousavi adalah permainan NED untuk membangkitkan sentimen sokongan rakyat.
Di Urumqi China, gara-gara Rabiya Kadeer telah menyaksikan kaum minoriti Uighur menghadapi konflik dengan etnik Han di China, Menurut pihak berkuasa China, Rabiya yang tinggal di Amerika memainkan peranan penting untuk mewujudkan konflik di antara etik Uighur dan Han.
Apabila konflik di China berlaku, antara negara awal yang bersuara ialah Turki melalui Racep Tayeb Erdorgan, timbul persoalan kenapa Turki begitu cepat memberi respon keadaan tersebut. Adakah kekecohan di Urumqi juga didalangi oleh CIA melalui NED klik sini dan Turki melalui Erdorgan terlibat dengan konspirasi tersebut, kerana ia seolah sebuah modus operandi dua dalam satu iaitu untuk menjadikan Erdorgan hero umat islam dan pada masa yang sama dapat mengkucar-kacirkan politik negara China. klik sini
Erdorgan kini dianggap pemimpin Turki yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Amerika, dibawahanya Turki dianggap sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan demokrasi yang ditaja oleh NED malah kemenangan AKP di Turki dilihat mendapat sokongan pihak Amerika.
Tindakan Erdorgan mengkritik kerajaan China itu sebenarnya adalah tepat namun timbul persoalan, kenapa umat islam Kurdis di Turki, Erdorgan juga yang memerangi mereka? ini yang menimbulkan persoalan umat islam mengenai Erdorgan, adakah beliau jujur mengkritik China atau lebih kepada membaca skrip yang ditulis CIA.
Apa yang boleh dikatakan mungkin wujud kongspirasi CIA Amerika dan sekutunya atas apa yang berlaku di Xinjiang, China. Dalam usaha untuk memecahbelahkan negara China, umat islam telah dipergunakan demi kepentingan politik mereka sesudah gerakan pembebasan Tibet gagal.
Setelah beratus tahun kewujudan negara China, sebenarnya tidak ada bukti orang China pernah menindas dan menakluk negara lain, seperti mana Amerika menindas umat Islam. Malah China seringkali dilihat sebagai rakan umat Islam, Malah sewaktu pemerintahan Dinasti Ming Maharaja China dikatakan dikelilingi oleh pembesar beragama Islam, sehinggakan Laksamana Cheng Ho yang diutus belayar ke negara lain sebagai utusan untuk melebarkan hubungan diplomatik China pun dikatakan beragama Islam.
Mungkin tidak salah kita mengandaikan apa yang berlaku di China sebenarnya lebih kepada permasalahan sesama etnik, namun ia cuba dibawa kepada permasalahan penindasan etnik dan agama kelompok minoriti.
Di Malaysia saat ini dilaporkan seorang etnik minoriti cina dilaporkan telah terbunuh selepas dibawa agensi pihak berkuasa (SPRM) untuk membantu siasatan penyelewengan peruntukan perbelanjaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerajaan Negeri Selangor.
Kematian pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan Selangor itu dianggap misteri kerana ia merupakan saksi kepada pihak berkuasa. Sekiranya pihak berkuasa yang ingin membunuh saksi secara logik tidak masuk akal ia dilakukan dengan kaedah sedemikian, sebab itu andaian mengatakan SPRM terlibat adalah boleh dipertikai, kerana mana mungkin saksi mereka sendiri ingin dibunuh dan ia dilakukan dilokasi siasatan dijalankan.
Timbul persolan siapa yang berani membunuh Teoh Bong Hock, dan ia dikaitkan dengan pihak berkuasa Malaysia, dan yang lebih janggal lagi mayatnya ditemui dibangunan bersebelah bangunan agensi tersebut.
Yang ajaibnya peristiwa kematian lelaki tersebut berlaku di saat pemimpin utama pembangkang iaitu Anwar Ibrahim sedang menghadapi tuduhan di mahkamah atas tuduhan melakukan liwat ke atas pembantu peribadinya. Dan ia berlaku dalam tempoh serentak sewaktu kesnya sedang dibicarakan.
Pada masa yang sama Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat yang juga terdiri daripada parti yang sama diwakili oleh Anwar Ibrahim sedang menghadapi pelbagai masalah, dari tuduhan penyelewengan kuasa, masalah perkaitan kongsi gelap exco kerajaan negeri dan salah laku Menteri Besarnya.
Adakah mungkin apa yang berlaku ini adalah usaha terancang untuk mengalihkan isu dihadapi pembangkang dan perancangan untuk memburukkan imej SPRM seterusnya kerajaan Malaysia supaya kredibiliti hilang dimata umum.
Sorotan kejadian
Dalam tempoh seminggu sebelum kes kematian Teoh Bong Hock berlaku, kita menyaksikan Anwar sempat ke Australia untuk memberi pandangan mengenai Islam dan barat kepada dalam satu program disana. Seperti yang diketahui Ausralia merupakan polis bagi negara Asia yang dilantik Amerika selain Singapura.
Sebaik Anwar kembali ke Malaysia, Anwar telah mengadakan roadshow seluruh Selangor untuk mewujudkan momentum rakyat membenci kerajaan, namun ia gagal. Dan pada masa yang sama Azmin Ali orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mencetuskan pergeseran dengan Menteri Besar Khalid Ibrahim, apabila menyarankan exco Selangor dirombak.
Melalui Wee Choo Keong pula dilemparkan tuduhan exco Selangor menpunyai kaitan dengan kongsi gelap. Kedua-dua saranan ini menyebabkan wujud kekecohan dalam politik Selangor.
Dalam saat ini seolah SPRM terperangkap dengan perancangan Anwar CIA. Kerana selepas itu, pihak SPRM membuat serbuan kepada Adun Selangor untuk membuat siasatan. Dan ada pegawai Adun Selangor telah dipanggil oleh pihak berkuasa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat. Sehinggalah berlakunya kematian Teoh Bong Hock dalam keadaan penuh misteri.
Perkara yang pelik lagi SPRM dikatakan tidak mempunyai kemudahan CCTV secara meyeluruh, adakah perkara ini sebenarnya sudah diketahui oleh agen Anwar untuk melakukan tindakan seterusnya.
Secara kebetulan pejabat SPRM di Plaza Masalam, merupakan bangunan yang dikongsi bersama dengan pelbagai agensi lain samaada swasta atau agensi kerajaan.Dengan itu akses orang ramai ke bangunan tersebut tentulah tidak seketat akses ke bangunan Pejabat Peguam Negara atau bangunan SUK negeri. Adakah mungkin semua aspek ini sudah diambil kira sewaktu tindakan membunuh Beng Hock dilakukan.
Kini semua cakap-cakap mengenai masalah penyelewengan kerajaan negeri Selangor sudah senyap, dan masalah Anwar dan kes liwatnya juga sepi.
Adakah boleh kita katakan apa yang berlaku ini semuanya adalah konspirasi pihak CIA untuk membantu Anwar berkuasa di Malaysia?
Sewaktu di Australia tidak mustahil semua perkembangan politik di Malaysia Anwar akan melaporkan kepada agen CIA disana dan pihak CIA memberi panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Anwar dan NED sebenarnya tidak dapat dipisahkan, kerana projek demokrasi yang dipelopori Anwar sekarang merupakan projek NED, dan ia merupakan sebahagian agenda yang ingin dilaksanakan dinegara islam dan anwar sendiri terlibat dengan program anjuran NED.
Dan Erdorgan melalui parti AKP katanya banyak memberi bantuan kepada Anwar dalam memberi nasihat kerja-kerja membina imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi pilihanraya di Malaysia. Dan Anwar sendiri hingga hari ini sentiasa melobi kepada negara Islam lain bahawa Turki dibawah Erdorgan merupakan negara islam contoh untuk demokrasi.
Jika kejadian di Iran ada kaitan CIA dan peranan NED, adakah mungkin segala yang berlaku kini di Malaysia juga adalah mainan agensi yang sama.
Sebenarnya kaedah membela golongan wanita dan membela golongan minoriti disesebuah negara adalah modus operandi pihak barat dan yahudi untuk masuk campur dalam sesebuah negara. Sewaktu era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II Empayar Bani Uthamniyah dahulu, kisah pembelaaan golongan minoriti yang didakwa tertindas dan pembunuhan terancang golongan minoriti Armenia juga dijalankan oleh orang Yahudi dan barat untuk meruntuhkan kerajaan Bani Uthamniyah.
Hasilnya rakyat dan kelompok minoriti memberontak kerana menggangap Sultan Abdul Hamid adalah pembunuh kaum minoriti walhal hakikatnya ahli sejarawan hari ini mengatakan pembunuhan orang Armenia sebenarnya didalangi oleh pihak yang ingin menjatuhkan Sultan Abdul Hamid. Gara-gara kebencian melampau Bani Uthmaniyah akhirnya runtuh hasil tekanan yang begitu kuat dari dalaman dan luaran dan seterusnya menyaksikan hingga kini Yahudi mempunyai peranan dalam politik dalaman Turki .Klik sini
Walaupun akan ada pihak yang mengatakan, Malaysia tidak ada apa kepentingan untuk dikuasai Amerika kerana Malaysia bukannya Iran. Tetapi mungkin mereka lupa bahawa Malaysia dirujuk oleh kebanyakkan negara membangun islam yang lain dan Malaysia mempunyai pengaruh besar terhadap negara membangun khususnya di Afrika. Dasar berkecuali dan menjalin hubungan dengan pelbagai pihak menyebabkan Malaysia seringkali diperhatikan oleh kuasa besar.
Tidak banyak negara yang boleh mempunyai hubungan yang baik dengan China, Iran, Rusia, Cuba mahupun Korea Utara namun Malaysia mampu melakukannya dan pada masa yang sama hubungan Malaysia dengan negara Pro barat lain tetap terjalin.
Sementara itu di Eropah Timur,negara rantau balkan seperti Bosnia lebih melihat Malaysia berbanding Turki sebagai negara sahabat, walaupun Bosnia dan Turki mempunyai kaitan hubungan sejarah. Inilah kebijaksanaan polisi yang dirintis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, sehingga ia dicemburui negara lain.
Kebencian melampau dan terpengaruh dengan agenda demokrasi barat seperti dibawa Anwar tanpa disedari akan menyebakan sejarah Malaysia akan berubah suatu hari nanti,di ketika itu masa tidak akan mungkin boleh diundur untuk kembali kepada asal, samada ia berbaloi untuk umat Islam mungkin kita boleh melihat kepada situasi yang berlaku di Indonesia pada hari ini, sama-sama kita nilaikan sendiri, di mana kedudukan parti Islam dan suara umat Islam walaupun negara tersebut merupakan negara umat Islam terbesar di dunia.
sumber - pochongmenulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan