Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini selesai mendengar rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha menetapkan untuk mengumumkan keputusan berhubung rayuan tersebut pukul 3 petang esok.
Pada prosiding yang berlangsung selama lebih dua jam hari ini, hakim menetapkan agar pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujah masing-masing berdasarkan tiga isu utama.
Tiga isu berkenaan ialah yang berkaitan dengan jaminan bekas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada isteri dan anak perempuan Anwar bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini.
Isu kedua yang dihujahkan ialah berkaitan dengan doktrin keperluan penglibatan Abdul Gani dalam kes ini serta isu yang ketiga ialah persoalan pertikaian kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Abdul Gani sama ada wujudnya berat sebelah semasa proses pemindahan kes ini dibuat.
Peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan prosiding yang berlangsung hari ini.
"Layanan Mahkamah Rayuan dalam kes ini adalah amat baik, amat mesra.
"Hakim-hakim telah mengemukakan soalan-soalan yang menunjukkan bahawa mereka faham tentang isu yang dibangkitkan... mereka sudah mengambil perhatian tentang isu-isu penting, jadi saya harap mereka akan buat satu keputusan yang baik esok, InsyaiAllah," katanya.
Ditanya mengenai keyakinannya dalam rayuan ini, Sulaiman berkata, pihaknya sudah pasti mengharapkan sesuatu yang positif namun tetap menyerahkan kepada keputusan hakim untuk membuat keputusan.
"Insya-Allah kita harap akan menang berdasarkan berdasarkan apa yang diutarakan oleh kami dalam hujah-hujah tadi, tapi bagaimanapun ia terpulang kepada hakim," katanya.
Jelas beliau lagi, pihaknya juga meminta panel hakim mengemukakan penghakiman bertulis mereka esok.
Bagaimanapun atas faktor masa, hakim berkata, akan menyediakan kerangka jawapan dan alasan berhubung keputusan yang akan diumumkan esok.
"Kita minta penghakiman bertulis, tapi memandangkan masa yang suntuk hakim akan hanya memberikan kerangka alasan mereka dan kemudiannya baru akan mengeluarkan penghakiman penuh," katanya.
Barisan pihak pendakwaan diketuai oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.
Pada prosiding hari ini Anwar hadir ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.
Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 8 Julai di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.
sumber - mstar
1 ulasan:
Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.
Pindah kes.Apakah mampu memindah atau melupus keputusan tuduhan keatasnya?
Walau dimana saja Hukum Allah swt tetap memburunya.Sumpah saiful sudah menghantuinya mengalah hantu Altantuya.
Kerana dia al-Khalifah Islam yang tersohor bakatnya mengalah mufti yang ada.Tetapi anwar lupa kuasa Allah swt mengatasi kehebatannya berpura-pura.
Kini berdalih dan berhelah dengan berbagai gaya kononnya untuk mencari saki baki keadilan yang sudah tidak banyak lagi ada….hilang kabus nampak ia, siapa sebenarnya al-khalifah yang bijak bergaya dengan berbagai helah dan tipu daya.
Satu persatu Allah swt telah menunjukkan bukti pengaruh dan cakapnya yang berbelit belit berputar bagai tayar…lakunan di wad dan dipusara sudah cukup sukar untuk dipercaya…kononnya ia disiksa begitu rupa.
Itulah mahir dan bijaknya Anwar mengaburi mata kita dengan bakat perjuangan Islam yang dia ada…ulamak dan mufti mampu diperdaya…lebih lebih lagi kita rakyat biasa.
Pada Allah swt kita memohon restunya tunjukkanlah pada mereka yang berpura dengan Agamanya.
Kerana Allah swt lebih mampu menjaga Agamanya dari kita umat Muhammad saw bertaraf biasa bukan wali maupun ambia.
Catat Ulasan