Oleh Malaysia Instinct
Sehingga hari ini kawan masih menanti-nantikan lagi kenyataan daripada White House yang menempatkan Presiden Amerika Syarikat mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Maklumlah, dalam pentadbiran dua Presiden Amerika Syarikat sebelum ini iaitu Bill Clinton dan George Bush, Anwar dilihat sebaggai personaliti yang cukup penting dan cuba digambarkan sebagai intim dengan pentadbiran mereka.
Mungkin, ketika itu sifat tersebut sengaja ditonjolkan sebagai tanda protes terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat lantang mengkritik barat ketika menjadi Perdana Menteri.
Dan sasaran beliau, selalunya sudah tentulah Amerika Syarikat dan sekutunya yang dilihat sebagai penipu demokrasi dan sering melakukan keganasan serta kekejaman secara diam di seluruh dunia.
Kini zaman Dr. Mahathir sebagai pemimpin besar Malaysia telah berakhir. Sekarang adalah era Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin baru negara kita menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pada tahun ini juga, kita menyaksikan Barrack Obama telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru. Ini bermakna Amerika Syarikat dan Malaysia sama-sama dipimpin oleh muka baru yang mempunyai cara tersendiri dalam pentadbiran mereka.
Namun, apa yang agak mengejutkan kawan ialah mengenai Obama yang menelefon Najib pada Jumaat lepas. Dalam perbualan selama 20 minit itu, Presiden tersebut langsung tidak bertanya atau mengungkap sebarang cerita mengenai Anwar.
Dan ini disahkan oleh Najib mahupun melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh White House yang dikeluarkan sebagai perbualan itu berakhir. Langsung tidak ada disebut mengenai Anwar.
Pelik bukan? Obama naik dan berjaya dalam pilihan raya lalu juga atas sokongan para pelobi Yahudi, sama seperti dengan presiden-presiden yang lain.
Obama juga langsung tidak menyentuh mengenai isu penyeludupan manusia yang kononnya berleluasa di Malaysia seperti yang didedahkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilarry Clinton yang tentunya bersimpati dengan Anwar seperti suaminya.
Apa yang sebenarnya telah terjadi? Adakah Amerika Syarikat takut kepada Malaysia? Adakah kuasa besar yang terkenal sebagai polis dunia itu takut dengan Najib?
Bagi kawan, itu semua tidak berkait. Nyata, Obama sengaja tidak mahu mencampuri urusan berkaitan perbicaraan Anwar pada kali ini, kerana sedar tiada mainan konspirasi.
Kawan juga percaya, Obama telah mendapat maklumat yang tepat bahawa memang ada asas untuk mendakwa Anwar yang dituduh menjuburi pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Apatah lagi, khabarnya 'bahan bukti' kes turut diuji di Amerika Syarikat yang sekali gus boleh menafikan wujud bukti rekaan seperti yang sering didakwa oleh Anwar dan konco-konconya.
Pada kawan juga, campurtangan kuasa besar itu dalam kes liwat kali ini sudah tidak relevan lagi. Obama juga harus membuka lembaran baru hubungan Amerika Syarikat dan Malaysia.
Amerika Syarikat juga tidak lagi boleh memperdayakan diri mereka dengan sengaja mempercayai bahawa wujud konspirasi politik untuk menjahanamkan karier politik Anwar.
Sejak dari awal lagi, kerajaan telah nafikan penglibatan mereka mahupun wujud cubaan untuk menganiayai Anwar. Ia hanya lebih kepada urusan si tertuduh dengan mangsa.
Sama dalam kes mangsa rogol dengan perogol. Tidak lebih daripada itu. Jadi, adalah tepat sekali, apabila Obama daripada awal lagi tidak mahu mencampuri terus soal perbicaraan terhadap Anwar.
Obama perlu tunjukkan bahawa beliau ingin bersahabat baik dengan Perdana Menteri Malaysia yang dipilih melalui kuasa rakyat, dan bukannya pemimpin yang telah banyak membuat onar untuk mengkucar-kacirkan kehidupan rakyat.
Dan Obama juga akan dilihat sebagai pemimpin yang tidak bijak apabila dilihat cuba bersahabat dengan Anwar yang berusaha keras merogol demokrasi secara terbuka melalui cubaan menggulingkan kerajaan melalui pintu belakang pada September tahun lalu.
Apa yang jelas kini, Anwar akan terus memainkan persepsi rakyat dalam kesnya. Beliau dan pengikutnya juga akan terus mencipta dan mereka pelbagai cerita untuk menunjukkan bahawa dirinya benar.
Akhbar Harakah dan Suara Keadilan sekali lagi akan menjadi kaldai tunggangnnya untuk melepaskan diri.
Biarlah mereka berbuat demikian, termasuklah meminta bukti tuduhan dari pendakwaraya sebelum perbicaraan. Walhal perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Entah hujah mana yang digunakan juga kita tidak tahu, tetapi yang kawan tahu pendakwaraya berhak untuk menolak permintaan peguam Anwar untuk mendapatkan segala bukti yang diperlukannya.
Bukti hanya perlu diketengahkan di mahkamah dan bukannya di mahkamah rakyat atau melalui pembentukan pendapat di dalam media siber.
Biarlah mahkamah menjadi saksi untuk mendengar bagaimana Saiful diliwat. Kaedah yang digunakan untuk menodainya atau sama ada wujud unsur paksaan atau tidak.
Berapa kali Saiful dijuburi dan di mana juga satu topik yang amat menarik untuk diketahui oleh rakyat. Benarkah Anwar memakai pelicin sebelum meliwat Saiful di Bangkok dan Singapura?
Adakah betul, Saiful boleh menjelaskan dengan terperinci bentuk kemaluan Anwar sebagai perlambangan mereka pernah bersama dalam suasana yang sangat intim?
Benarkah Anwar sudah tidak bernafsu lagi dan tidak berdaya lagi untuk menjuburi sesiapa seperti yang kerap didakwanya di saat rakyat masih terkejut ada lelaki tua berusia 78 tahun di Kuantan masih larat melanggan mak nyah selepas menelan viagra?
Ini semua memerlukan jawapan dan rakyat mahukan jawapannya dari mulut Saiful dan Anwar sendiri. Hari perbicaraan nanti adalah medan terbaik untuk merungkai segala persoalan ini. Kawan yakin.
Malah kawan juga yakin Obama akan tutup mulut jika Anwar dipenjarakan seandainya beliau memang bersalah.Inilah keadilan yang sebenar.
sumber - malaysia instinct
Tiada ulasan:
Catat Ulasan