MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jul 2009

Liberalisme Agama dan Pencerahan : Apa kaitan Anwar Ibrahim dan arwah Yasmin Ahmad?



Oleh Kumbang, AIDCclub

Kumbang pernah menulis mengenai Anwar Ibrahim, PKR dan Pencerahan pada March lalu. Artikel Kumbang tulis itu antara lain mengulas tentang banyaknya kaitan Anwar Ibrahim dan PKR dengan Idea Pencerahan yang berlaku di eropah pada kurun 16 lalu. Sila klik link ini untuk membaca artikel Kumbang itu.

Apa itu Pencerahan?

Pencerahan ini di Eropah yang seperti kita tahu adalah idea mereformasikan agama sehingga wujud Mazhab Khristian Protestan. Amat malang lagi apabila idea pencerahan ini dikonsepkan bukan daripada pemahaman agama tetapi daripada falsafah John Locke dan datang dari barat semata-mata.

Pada March yang lalu Hisham Rais seorang aktivis PKR menganggap apa yang berlaku di Perak adalah suatu proses pencerahan dan kini Anwar Ibrahim dalam 1 artikel yang ditulisnya pada 27 Julai lalu menganggap sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong Pakatan Pembangkang adalah mirip apa yang terjadi pada zaman pencerahan. Beliau menulis seperti di bawah :

Terdahulu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai di tempat kelahiran saya, Sungai Bakap; Sungai Acheh dam Sungai Chenaam serta Jawi kerana memberikan sambutan hangat kepada kami semalam. Walaupun dewan dikunci dan medan agak gelap, namun semangat yang dipertontonkan seolah-olah Nibong Tebal ke arah zaman pencerahan!

Adakah ini sebagai satu petanda apa yang Pakatan Pembangkang usahakan kini adalah sehebat usaha mereformasikan agama sehingga istilah pencerahan ini dipakai meluas oleh ahli PKR dan bosnya.

Amat mengelirukan lagi, Anwar Ibrahim memang sudah lama dikaitkan dengan Islam Liberal (reformasi Agama Islam agar ia menjadi lebih terbuka) dan berkawan serta berkerjasama dengan penyokong kuat Islam Liberal seperti Gus Dur dan RAND Corporation.

Kumbang juga pernah mengkritik Allahyarham Yasmin Ahmad berkenaan filemnya yang menyentuh aspek liberalisme agama(termasuk Islam Liberal).

Mengulas mengenai Yasmin Ahmad, Anwar Ibrahim menulis frasa yang amat mengelirukan pada pandangan Kumbang seperti di bawah:

Saya berkesempatan menonton filem arahan Allahyarhamah, Gubra, beberapa tahun yang lepas. Meskipun setiap filem arahan Allahyarhamah agak kontroversial, sebermula Rabun, dan yang terakhir TaleNtime, tetapi masih tidak terlepas daripada kritik sosial yang wajar membuka mata masyarakat akan peri penting perpaduan dan persefahaman menjadi maudhuk utama semua pihak.


Menyantuni perbedaan agama dan bangsa dalam dimensi seni yang menyatukan, Yasmin boleh disifatkan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Persoalan Kumbang kepada ulasan Anwar Ibrahim di atas.

Pertama, Adakah Anwar memuji dan menyokong apa yang Allahyarham sentuh di dalam filemnya terutamanya aspek "liberalisme agama" dan masyarakat wajar membuka mata kepada perkara tersebut?

Kedua, Adakah frasa "Menyantuni perbedaan agama dan bangsa dalam dimensi seni yang menyatukan" ini membuktikan bahawa Anwar Ibrahim menyokong bahawa seni dapat menyatukan agama(liberalisme agama)?

Sungguh mengelirukan. Kumbang mohon pembaca memikirkan dan menilai perkara ini.

Al-Fatihah kepada Yasmin Ahmad..
Agama itu unik, jangan cuba kita satukan.

sumber - analisisringan



Tiada ulasan: