MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jul 2009

Kes liwat Anwar: Pendakwa berjaya tangguh serah dokumen

KUALA LUMPUR: Pendakwa raya berjaya dalam tuntutan bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan perintah agar menyerahkan sebahagian besar dokumen bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.

Isnin lalu pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin, seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi kes liwat berkenaan.

Pada 16 Julai, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen berkenaan dalam masa tujuh hari.

Tempoh tujuh hari itu berakhir pada Khamis.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya, bagaimanapun menolak permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sampel itu telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembela boleh memeriksanya setelah ia dikemukakan kepada mahkamah.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Antara dokumen yang dibenarkan diberi kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.

Dokumen lain ialah salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.

Mahkamah menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan permohonan Anwar bagi mengetepikan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya dan tarikh sebutan perbicaraan kes itu.

sumber - mstar


1 ulasan:

Jejakasuci berkata...

Salam,

Dalam beberapa siri ceramahnya di seluruh negara sepanjang minggu lepas beliau telah mula menyatakan bahawa beliau ingin menyegerakan perbicaraaan dan menyelesaikan kes liwat beliau supaya terbukti dakwaan tersebut palsu. Namun kerenah pihak pendakwaan yang gagal memenuhi permintaan peguam belanya telah menyebabkan kes ini tertangguh.

Situasi ini sengaja diwujudkan bertujuan untuk memburukkan kredibiliti beliau dalam jangka masa panjang bagi menjadikan perbicaraan ini berpanjangan dan diperkatakan sentiasa diperkatakan umum.

Macam betoi saja cakap DSAI tu...
Memang satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau..