MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Jul 2009

Inkues kematian Teoh ditunda 5 Ogos

Jul 29, 09 10:32am
Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula jam 9.20 pagi tadi di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Bagaimanapun ia ditangguhkan selama seminggu, kepada 5 Ogos depan, ekoran permohonan peguam Gobind Singh Deo, yang menjadi peguam pemerhati kepada keluarga Teoh.

Sejumlah 77 saksi, termasuk tunang Teoh - Soh Cher Wei - dijangka dipanggil memberi keterangan di prosidng inkues tersebut yang dijadual berjalan selama 15 hari.

Peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan Sankara Nair bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Teoh dalam inkues tersebut.

Anggota keluarga Teoh tiba kira-kira jam 8.20 pagi tadi manakala para wartawan berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar diri.

Kira-kira 50 wartawan memenuhi dewan mahkamah untuk membuat liputan inkues tersebut.

Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata 12 peguam akan ditugaskan untuk menjadi peguam pemerhati sepanjang inkues tersebut.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabaty di tingkat 14 bangunan tersebut.

Teoh, setiausaha politik kepada exco Selangor Ean Yong Hian Wah merupakan saksi berhubung siasatan dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN Selangor.

Pada kira-kira jam 9.40 pagi ini, Gobind telah meminta mahkamah menangguhkan prosiding sehingga kabinet membuat keputusan meluaskan skop siasatan suruhanjaya diraja yang akan ditubuhkan.

"Jika kerajaan bersetuju, inkues ini akan menjadi tidak perlu," katanya.


Permohonan penangguhan tersebut dibuat mengikut Arahan Amalan No1/2007 Garispanduan Inkues - Seksyen C mengenai notis inkues.

Ia menyatakan majistret perlu memberi pemakluman kepada ahli dan waris si mati mengenai tarikh, waktu dan tempat inkues diadakan - dengan memberi notis dalam tempoh minimum dua minggu.

Bagi sebutan tarikh pula, tempoh maximum untuk hadir di inkues, dikira dari tarikh menerima laporan dari pegawai perubatan kerajaan. (Gobind merujuk kepada laporan bedah siasat).

Gobind seterusnya berkata, peguam negara perlu mengkaji laporan siasatan dan hanya memanggil inkues apabila punca kematian tidak dapat ditentukan.

Peguam Malik Imtiaz yang mewakili kerajaan Selangor, menyokong permohonan Gobind, begitu juga Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Majlis Peguam.

Peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik oleh peguam negara untuk membantu inkues tersebut, berkata beliau tidak ada bantahan terhadap penangguhan sekejp itu, tetapi menegaskan, mengikut amalan, inkues mesti dijalankan segera.

Gobind seterusnya meminta laporan DNA dan forensik, dan kenyataan dua pegawai SPRM yang menyoal siasat Teoh kerana mereka merupakan orang terakhir melihatnya hidup.

Tan menjawab, set lengkap dokumen telah disediakan untuk tujuan prosiding tersebut, untuk peguam keluarga Teoh, Majlis Peguam dan kerajaan Selangor.

Tetapi beliau enggan memberi kenyataan saksi kerana Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah tidak menyatakan perlunya berbuat demikian.

Azmil bersetuju bahawa semua laporan tersebut hendak diberikan, kecuali kenyataan saksi, buat masa ini.

Tan kemudiannya memberi kepada pihak peguam, laporan bedahsiasat, toksikologi, forensik, CCTV dan laporan DNA.

Gobind berkata beliau memerlukan 10 hari untuk meneliti dokumen tersebut secara terperinci.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan penangguhan itu selama seminggu sehingga 5 Ogos depan.

sumber - malaysiakini


Tiada ulasan: