MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jul 2009

Ean Yong dan setiausaha sulitnya disiasat

SHAH ALAM: Polis semalam merakamkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah dan setiausaha sulitnya, Hiew Kim Boon bagi membantu siasatan kes kematian Teoh Beng Hock, minggu lalu.

Pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Amirul Abdullah dilihat memasuki pejabat Exco itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah jam 3.25 petang.

Asisten Superintendan Mohd Hafiz Yaakob tiba jam 3.50 petang pula merakamkan kenyataan Hiew.

Ean Yong ditemani peguam Keppy Wong, manakala Hiew ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan.

Rakaman kenyataan Hiew selesai jam 5.25 petang, manakala rakaman kenyataan Yong selesai pada jam 6.30 petang.

Yong berkata, beliau menjawab 50 soalan berkaitan dengan sahsiah Teoh serta sama ada mangsa mengalami masalah mental, masalah kewangan, membuat tuntutan palsu dan berapa teman wanitanya.

"Polis menyiasat kes ini daripada pelbagai aspek termasuk bertanya mengenai prestasi kerja.

"Saya berharap keterangan saya dapat membantu polis untuk menyiasat kematian Teoh," katanya pada sidang media selepas kenyataannya dirakam.

Selain itu, beliau turut ditanya bila menerima panggilan daripada Teoh yang dibuat mangsa selepas tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam.

Hiew yang ditemui selepas kenyataannya dirakamkan, berkata beliau ditanya 11 soalan mengenai perwatakan Teoh, sama ada setiausaha politik Yong itu mempunyai musuh atau meminjam duit daripada sesiapa.

Ditanya sama ada polis akan memanggilnya semula, Hiew berkata, polis akan memanggilnya semula jika perlu.

Sementara itu, Yong menafikan beliau sengaja tidak bekerjasama dan enggan hadir memberi keterangan kepada polis, petang kelmarin.

sumber - berita harian


Tiada ulasan: