MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Jul 2009

Candle light vigil 'penyatu' agama PR ?



Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Adakah molek Nizar turut sama terlibat dalam upacara ini? bukankah ia akan mewujudkan kegusaran dikalangan umat islam dan mewujudkan salah faham dikalangan orang kristian terhadap umat islam.


Kematian Teo Beng Hock dihebah dan digembar-gemburkan oleh parti DAP dan PKR, ini dilakukan mungkin disebabkan ingin mendapat populariti. Ini hakikatnya apabila politik disalahguna untuk kepentingan diri. Akhir-akhir ini Kerajaan Selangor lebih berminat mengadakan solidariti kematian Teo Beng Hock daripada solidariti tentang kesusahan warga Selangor yang dihimpit kemiskinan bandar. Slogan negeri Maju dan berkebajikan hilang entah kemana.

Sebelum ini Kerajaan Selangor lebih berminat untuk mewawarkan dan membela kematian Kugan walaupun menyedari Kugan merupakan penjenayah kepada lapisan orang Malaysia samadaa Malayu, Cina malah tidak diingini juga oleh orang India yang bencikan keganasan dan gansterism. Namun Kerajaan Selangor telah mengangkat Kugan secara berlebihan seumpama wira yang mengalahkan komunis sewaktu ketika dahulu, kos pengebumian juga ditanggung, 10,000 ribu duit untuk keluarga juga dihulur.

Bukan tidak boleh melahirkan simpati namun jika sudah terlebih menserlahkan motif kenapa ia dilakukan.

Menteri Besar Selangor dan Pakatan Rakyat kini seakan tidak berminat ingin menyelesaikan masalah rakyat, yang nampak mereka seakan berminat menuangkan "arak politik" kepada rakyat supaya rakyat terus mabuk dengan pelbagai cerita politik dan terus mewujudkan kebencian kepada musuh.

Pentadbiran negeri diabaikan sehingga pendapatan negeri pun dikatakan berkurangan. Tidak masuk akal rasanya Selangor negeri yang dikatakan negeri paling maju di Malaysia kini menghadapi masalah kewangan hingga dikatakan ingin mengunakan wang zakat untuk kerja-kerja pembangunan negeri. Itu menurut laporan sidang Dewan Undangan Negeri yang dinyatakan oleh Khalid Ibrahim sendiri.

Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana dalam tempoh setahun kewangan Selangor mengalir kemana hingga ingin mengurus tadbir negeri pun tidak mampu. Kaya-nya negeri Selangor ini sebelum ini boleh kita bandingkan dengan pendapatan Majlis bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah sama lebik kurang dengan pendapatan KDNK kerajaan Negeri kedah, Itu dulu sekarang tidak tau bagaimana pendapatannya.

Pembelaan ke atas Beng Hock kini disambut dengan upacara candle light vigil, malah yang mengejutkan umat islam pun terikut sama melakukan upacara ini. Islam menganjurkan umatnya melahirkan simpati kepada mangsa musibah, namun Islam tidak menyuruh kita mengikut budaya agama lain. Sekadar mengucapkan takizah atau bertafakur menundukkan kepala mungkin sudah memadai menandakan kesedihan kita di atas musibah yang berlaku kepada keluarga mangsa.

Sebelum ini sebenarnya tidak ada masalah pun mengenai amalam beragama di Malaysia, masyarakat Islam, Kristian, Hindu, Budha dan pelbagai agama lain bebas mengamalkan anutan mereka selaras dengan perlembagaan. Namun kini golongan oportunis politik cuba menonjolkan mereka adalah pembela kepada kepada golongan minoriti sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sedikit sebantak tindakan politikus ini akan menyebabkan kerengganan kaum dan agama akan wujud dan muncul pelbagai salah faham diantara kepelbagaian agama.Orang Politik peduli apa ini semua janji mereka mendapat saham politik dan mendapat kemashuran. Soal akidah dan pegangan diketepikan.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Islam Antarabangsa, (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr.Mahmood Zuhdi Abdul Majid dilaporkan pernah berkata, candle light vigil dikalangan umat islam dihukumkan syirik kerana perbuatan itu merupakan amalan dalam agama kristian.

Tegasnya, semua umat Islam perlu sedar bahawa aktiviti seperti itu merosakkan keimanan seseorang walaupun dengan tujuan apa sekalipun.

Akidah tunjang dalam Islam sebab menurut beliau, Rasulullah SAW para sahabat dan Khalifah Islam tidak pernah berkompromi dalam soal ini (akidah) kerana akidah asas Islam dan keimanan seseorang muslim.Sekiranya akidah rosak sekali gus ia merosakkan Islam dan iman.

"Kita jangan pandang remeh, apa yang dibincangkan disini perkara besar yang perlu dititikberatkan oleh semua masyarakat Islam dinegara kita " katanya kepada sebuah akhbar harian.

Beliau mengulas mengenai trend menyalakan lilin ketika berhimpun atau berarak oleh pihak tertentu khususnya ‘orang politik’ sebagai salah satu bentuk bantahan terhadap satu-satu isu.

Diharapkan pemimpin2 tertinggi PAS dan umat islam dapat mengulas dan mengambil tindakan perkara ini, kerana ketika ini semakin ramai umat islam yang turut serta dalam kegiatan ini.

sumber - tomyampoktek

2 ulasan:

cucu_tokwan berkata...

CUMA NAK TAHU APA PULAK FATWA YG AKAN DIBUAT OLEH N.AJIS MENGENAI BUDAYA PASANG LILIN OLEH AJK PAS PUSAT TU

Tanpa Nama berkata...

Sudah tentu jawapan dari PKR & PAS adalah.. boleh... apa2 yg mereka buat.. semuanya boleh belaka... ikh..ikh..ikh.. kalau BN /UMNO.. haram...

_______________________
View Profile: Rantong™