Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Dalam tempoh beberapa hari lagi Pilihanraya Presiden Indonesia akan berlaku, saat ketika ini ketiga-tiga kumpulan iaitu Susilo Bambang Yudhoyono atau SBY-Boediono, Megawati- Probo Subianto dan Jusuf Kala - Wiranto sedang sibuk mengaturkan kempen saaat akhir.
Di saat ini juga wujud kekeliruan di kalangan kumpulan pertubuhan Islam di Indonesia siapa yang harus disokong oleh mereka dan siapa diantara calon tersebut, yang layak diangkat demi menjaga kepentingan umat Islam? Tapi dikatakan kelompok Islam sukar menyatakan dokongan penuh apabila ketiga2 calon Presiden itu berdasarkan laporan, memiliki masalah yang serius, terutama berkaitan dengan masalah isu dasar halatuju parti dan kerajaan.
Namun akhir-akhir ini dikatakan pasangan SBY -Boediono bukan lagi pilihan kelompok pilihan kumpulan Islam. Namun tindakan ini agak terlewat kerana kumpulan Parti islam mengambil keputusan menjadi penyokong pasangan ini.
Harian Kompas, ada memaparkan berita tentang sejumlah isu yang menimpa setiap calon Presiden. (Kompas 22/6/2009). Salah satu yang ditulis di dalam akhbar harian itu ialah dikatakan pasangan SBY-Boediono merupakan pengikut fahaman neo-liberalisme (neo-lib).
Persoalannya, adakah benar SBY-Boediono, yang sering dikaitkan dengan neo-lib, benar-benar neo-lib? Adakah wujud fakta-fakta yang mengaitkan mereka dengan neo-liberalisme, terutama kecenderungan pandangan serta buah fikirannya yang berkaitan dengan visi serta misi terhadap dasar yang akan dilakukan nanti. Dan siapa yang berada dan bergerak bersamanya saat ini, sekiranya ini dapat dibuktikan mungkin ini yang menyebabkan pasangan SBY-Boerdiono dikaitkan dengan persepsi ini.
Walaupun hujah itu ditolak hingga dinafikan sendiri oleh pihak SBY, dan para penyokongnya, bahawa SBY-Boediono, terutama Boediono bukan neo-lib. Tetapi masyarakat indonesia melihat orang-orang yang di sekeliling SBY dan sokongan yang diberikan oleh Amerika kepada pemilihannya jelas menunjukkan SBY - Boerdiono adalah calon pilihan Amerika dalam pilihanraya tersebut.
Walaupun, yang menjadi tonggak sokongan utama SBY-Boediono, adalah parti-parti Islam, dan berlatar belakang Islam, seperti PKS, PAN, PPP, dan PKB. Sebenarnya parti ini tidak lebih hanya merupakan kelompok kepentingan (interest group). Timbul Persoalan siapa yang mengaturkan dokongan dan sokongan parti2 ini kepada pasangan SBY-Boediono? sebenarnya kesemua parti islam ini ada jaringan dengan kalangan Islam yang menggunakan pendekatan ‘liberal’, atau yang sering disebut sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia.
Kelompok ini, sebenarnya yang memainkan peranan penting kepada kekuasaan SBY. Kerana wujud persamaan pandangan dan ideologi yang sama , selain itu mereka juga mempunyai kecenderungan sama iaitu berkiblat ke Barat.
Wujud tandatanya bagaimana kelompok jaringan JIL ini boleh mendekati dan memainkan peranan dengan SBY? Semua itu dikatakan bermula dari hubungan JIL dengan Freedom Institute.
Pengarah Freedom Institute ini tidak lain adalah Rizal Mallarangeng, yang merupakan abang kepada dari Andi Mallarangeng, yang menjadi Jurucakap kepada Presiden SBY. Andilah yang menjadikan terbentuknya ‘kongsi’ politik antara JIL dengan SBY. Sementara itu, Mallarangeng bersaudara, yang terdiri Rizal Mallarangeng, Andi Mallarangeng, dan Zulkarnaen Mallarangeng adalah orang disebalik tabir Fox Indonesia, yang menjadi pengerak utama kempen pasangan SBY-Boediono.
Di Freedom Institute ini, Rizal Mallarangeng dikatakan dibantu oleh tokoh-tokoh JIL, seperti Luthfie Assyaukani (Timbalan Pengarah), Saiful Mujani (Pengarah penyelidikan), Hamid Basyaib (pengarah program), Ahmad Sahal (penasihat), dan Ulil Abshar Abdalla (penasihat).
Kelompok ini juga disokong oleh sekumpulan pakar ekonomi ekonomi bersama Sri Mulyani, antaranya adalah M.Chatib Basri, Mohammad Ikhsan, dan Nirwan Dewanto.
Di Fox Indonesia, Zulkarnaen Mallarangeng, merupakan seorang pengarah esekutif, manakala Andi Mallarangeng, R.William Liddle, dan Takeshi Kohno, merupakan konsultan politik Fox. Tokoh yang menjadi rujukan kepada kumpulan ini ialah William Liddle yang merupakan Prof di Universiti Chichago dan Ohio, selain itu mentor mereka adalah beberapa tokoh Islam Liberal di Indonesia, seperti Alhmarhum Nurcholish Majid, Amin Rais, dan Syafi’I Maarif. Saat ini kelompok yang menjadi konsultan kepada SBY-Boediono, iaitu Mallarangeng bersaudara juga dikenali sebagai 'Chicago Boys'.
Fox yang menjadi konsultan SBY, menggunakan LSI (Lembaga Riset Indonesia), yang dipimpin Saiful Mujani, dan Denny JA, yang menjadi Pengarah Lingkaran Survei Indonesia (LSI-Lingkaran), dan Rizal Mallarangeng (Freedom Institute), telah memulakan peranan dengan memberi imej untuk meletakkan SBY sebagai calon presiden yang harus dipilih oleh rakyat Indonesia, kemudianya ia disambut sokongan oleh parti-parti Islam seperti PKS.
Selain itu LSI (Lembaga Survei Indonesia) juga memainkan peranan untuk mengeluarkan analisis dan hasil penyelidikkan yang menguntungkan SBY dengan matlamat SBY dipilih menajdi Presiden Indonesia.
Tujuan membentuk kajian, adalah untuk memberi gambaran bahawa seserang tokoh itu mendapat sokongan penuh dari hasil kaji selidik yang dilakukan. Seterusnya ia akan dapat mempengaruhi kelompok pengundi lain untuk menyokong sama calon yang memenangi kaji selidik itu. . Denny JA, juga menbuat kempen secara halus menyatakan bahawa hanya SBY sahaja yang mampu memerintah Indonesia .
Pengarah LSI, Kuskrido Ambardi, juga mengaku bahwa LSI dibiayai oleh Fox. katanya
“Setahu saya survei ini didanai oleh Fox”, ujar Ambardi.
Wujud pertanyaan mengapa kelompok JIL menyokong SBY-Boediono? pertamanya disebabkan persamaan ideologi. Tokoh yang memberikan sokongan penuh ketika Boediono dipilih SBY sebagai calon naib Presiden adalah Gunawan Muhamad. Penerima Anugerah Bakrie Award dari Freedom Institute, dan Gunawan merupakan tokoh dari kelompok JIL.
Gunawan dikatakan menyediakan tempat dan membiayai kelompok JIL di Utan Kayu, yang kemudian dikenali sebagai komuniti Utan Kayu, dan memiliki Radio 68 H, yang digunakan menyebarkan pemikirannya liberal. Boediono disokong kerana dikatakan juga pengikut ideologi ini.
Sebab itu dikatakan kelompok Front Pembela Islam (FPI), Forum umat Islam (FUI) dan kumpulan islam lain mengambil keputusan menyokong pasangan Jusuf Kala-Wiranto dalam pilihanraya Presiden Indonesia ini. Walaupun wujud juga pengaruh liberal terhadap pasangan ini, namun dikatakan ia tidaklah sebesar peranan yang ada pada pasangan SBY-Boerdiono.
Timbul persolan adakah Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama ? kalau dilihat senario yang ada pada hari persekitaran hari ini, perkara ini tidak mustahil berlaku. PAS parti berasaskan Islam dilihat condong kepada PKR, walaupun mengetahui PKR amat liberal dalam banyak perkara namun kebencian melampau terhadap UMNO membuatkan PAS sanggup menjadi lebih moderate supaya dapat tidur sebantal dengan PKR. Seperti yang diketahui parti PKR adalah condong kepada prinsip kebebasan dan liberal dalam segenap sudup polisi, apa yang ada pada Boediono itulah yang ada pada Anwar Ibrahim dan apa yang ada pada Amin Rais itulah yang ada pada Anwar Ibrahim.
Jika kumpulan masyarakat gay Indonesia menberi sokongan penuh kepada SBY dan Boediono untuk menjadi pemenang dalam pilihanraya tersebut, adakah masyarakat gay di Malaysia juga akan melakukan perkara yang sama menyokong PKR. Jika benar andaian ini bermakna parti PAS ada kemungkinan akan mengalami nasib yang sama diperolehi oleh PKS dan parti Islam lain di Indonesia, hanya digunakan untuk memenangi pilihanraya. Prinsip parti diketepikan maruah digadaikan demi tawaran kuasa memerintah bersama.
sumber - pochongmenulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan