Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Situasi politik Malaysia saat ini begitu gawat dan mencemaskan, banyak pandangan mengatakan ia dipengaruhi oleh dasar luar Amerika yang ingin mengusai sebanyak mungkin negara islam demi survival Amerika sebagai sebuah kuasa dunia.
Strategi Keselamatan Nasional (National Security Strategy) Amerika yang dikeluarkan White House pada 16 Mac 2006 menyatakan bahawa ada dua pendekatan utama strategi keselamatan nasional : Pertama, mempromosikan kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia yang berjuang untuk mengakhiri penindasan, mempromosikan demokrasi yang efektif dan memperluas liberalisasi melalui pasaran bebas dan kebijaksanaan pembangunan.
Kedua, menghadapi perbagai tentangan dengan membantu kumpulan masyarakat demokrasi yang sedang wujud di setiap negara.
Untuk mencapai impian tersebut Amerika telah mengembangkan pendekatan yang solid baik dalam aspek politik, ekonomi, diplomatik dan berbagai kaedah lainnya yang dianggap dapat membantu. Salah satu langkah dari operasi tersebut adalah menggunakan kaedah bantuan luar untuk menyokong proses pembangunan pilihanraya yang adil dan bebas, menegakkan keadilan, memperjuangkan masyarakat sivil (civil society), hak-hak golongan wanita, kebebasan media serta kebebasan beragama.
Rand Corporation sebagai lembaga penelitian dan penyelidikan Amerika pada tahun 2007 telah menerbitkan sebuah hasil kajian yang dipimpin oleh mantan atase Jabatan Pertahanan AS, Angel Rabasa yang bertajuk: Building Moderate Muslim Networks. Hasil kajian tersebut adalah bertujuan untuk membentuk model jaringan muslim moderat khususnya di dunia Islam yang dianggap memiliki pandangan dan misi yang sejalan dengan nilai dan prinsip-prinsip Amerika untuk menandingi atau mengimbangi kelompok fundamentalis islam.
Dalam dokumen tersebut dinyatakan bahawa Amerika akan mendapat perbagai faedah baik secara terbuka atau tersembunyi hasil penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal iaitu: nilai hak kesamaan (values of equity), toleransi, pluralisme, isu keadilan dan Hak asasi Manusia.
Demi merealisasikan perkara tersebut, secara khusus Jabatan Luar Negeri Amerika bersama U.S. Agency for International Development (USAID) akan memainkan peranan untuk mempromosikan nilai-nilai tersebut dan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan, Jabatan Luar dan USAID telah mengerakan usaha ini melalui beberapa badan seperti National Endowment for Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI), Asia Foundation, dan Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). Kesemua badan-badan tersebut diberi bantuan dana sepenuhnya oleh kerajaan Amerika.
Untuk menjayakan misi ini badan-badan tersebut akan melatih dan merekrut beberapa kalangan yang dianggap berpotensi sebagai rakan oleh Amerika seperti golongan intelektual dan akademik muslim yang liberal dan sekular, ulama muda yang moderat, golongan aktivis , golongan wanita yang terlibat dalam kempen kesamarataan dan, penulis serta jurnalis moderat.
Melalui aktiviti dan penglibatan golongan ini, Amerika akan berupaya untuk menyebarkan ideologi liberalis, kesamarataan dalam hidup dan gender di mana-mana negara yang mempunyai majoriti penduduk muslim dan dapat memecah belah pemikiran Islam fundamentalis yang dianggap penghambat penyebaran demokrasi liberal.
Strategi di atas setidaknya dapat memberikan bukti yang kukuh bahawa Amerika merupakan negara berasas kapitalisme yang akan terus menyebarkan Ideologi liberalnya dalam usaha menghambat dan mematikan musuh yang menentang Ideologinya, Pasca perang dingin telah menyaksikan runtuhnya kuasa Soviet sebagai ancaman ke atas Amerika, kini selain China yang disasarkan sebagai negara yang perlu diperhatikan oleh Amerikan ialah kemunculan negara Islam, blok negara islam ini kebanyakkannya berada diluar pengaruh Amerika. Oleh itu projek tersebut telah memberi tumpuan kepada negara-negara islam supaya kelompok yang digelar Amerika sebagai Islam fundamentalis dapat diperangi walau apa cara sekalipun.
Diantara usaha kelompok badan ini untuk melumpuhkan islam ialah melalui penyebaran pemikiran yang menganggap semua agama itu sama atau dikenali juga sebagai Pluralisme.Ia sebenarnya telah lama masuk ke dunia islam termasuk Malaysia tetapi secara beransur -ansur dan tidak disedari.
Tapi akhir-akhir ini selepas stunami politik 2008 fikiran itu menjelma menjadi sebuah fahaman dan gerakan pembaharuan yang kehadirannya dirasakan begitu mendadak, tiba-tiba dan mengejutkan. Ummat Islam seperti mendapat kerja rumah baru dari luar rumahnya sendiri. Walhal umat Islam sejak dari dulu saat pembukaan Kota Madinah hingga kini telah biasa hidup ditengah kepelbagaian atau pluralitas agama dan menerimanya sebagai realiti sosial.
Piagam Madinah dengan jelas sekali menunjukkan umat Islam boleh hidup bersama dengan umat agama lain dan para ulama telah pula menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah tersebut. Apa sebenarnya di sebalik gerakan ini?
Yang sedihnya, pluralisme agama kini seakan dianggap realiti dan sunnatullah oleh kumpulan islam moderat ini.
Sebenarnya fahaman ini pun bukan baru. Akar-akarnya seakan sama dengan akar modernisme di Barat dan gagasannya timbul dari perspektif dan pengalaman kehidupan manusia Barat. Namun kalangan umat Islam yang menyokong konsep ini akan mencari-cari akarnya dari masyarakat Islam dan juga ajaran Islam. Kesalahan yang terjadi, akhirnya adalah menganggap kewujudan kemajmukan (pluralitas) agama-agama dan fahaman pluralisme agama sebagai sama saja.
Yang semakin mengusarkan, pluralisme agama dianggap wujud dan sunnatullah. Walhal keduanya sangat berbeza. Pluralitas agama (kepelbagaiann agama) adalah keadaan dimana perbagai agama wujud dalam suatu masyarakat atau negara, dan masyarakat mempunyai anutan yang berbeza. Sedangkan pluralisme agama adalah suatu fahaman yang menjadi tema penting dalam disiplin sosiologi, teologi dan falsafah agama yang berkembang di Barat dan juga agenda penting globalisasi. Dalam konsep pluralisme ini semua agama adalah sama dan saling mempunyai kebenaran.
Agama Islam menyatakan pluralitas agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing.
Tapi fahaman pluralisme agama diorientasikan untuk menghilangkan permasalahan dan sekaligus menghilangkan perbezaan dan identiti agama yang ada. Jadi menganggap pluralisme agama sebagai sunnatullah adalah kenyataan yang berlebihan dan mengarut.
Dalam fahaman pluralisme agama yang berkembang di Barat sendiri terdapat sekurang-kurangnya dua aliran yang berbeza iaitu fahaman yang dikenali dengan program teologi global (global theology) dan fahaman kesatuan transenden agama-agama (Transcendent Unity of Religions). Kedua aliran ini telah membangun gagasan, konsep dan prinsip masing-masing yang akhirnya menjadi fahaman yang sistematik. Sebab itu antara konsep ini ada yang menyalahkan yang lain.
Munculnya kedua aliran diatas juga disebabkan oleh dua motif yang berbeza, meskipun keduanya muncul di Barat dan menjadi tumpuan perhatian masyarakat Barat. Bagi aliran pertama yang umumnya diwarnai oleh kajian sosiologis motif terpentingnya adalah kerana tuntutan modernisasi dan globalisasi. Kerana pentingnya agama di era globalisasi ini maka hubungan globalisasi dan agama menjadi tema umum dalam sosiologi agama. Tentang hubungan antara agama dan globalisasi ia dibaca dari Religion and Globalization, karya Peter Bayer, Islam, Globalization and Postmodernity, karya Akbar S Ahmed dan H. Donnan, The Changing Face of Religion, karya James A Beckford dan Thomas Luckmann atau Religion and Global Order, oleh Ronald Robertson dan WR. Garet.
Kenyataannya, agama kini dianggap sebagai sebahagian bagi program globalisasi. Tidak menghairankan jika kini seminar tentang dialog antara agama, global ethic, religious dialogue yang diadakan oleh World Council of Religions dan pihak lain sangat banyak diadakan diseluruh dunia. Organisasi bukan kerajaan (NGO) di dunia ketiga pun mendapat banyak limpahan dana untuk menjayakan program ini.
Bukti bahawa Barat berkepentingan dengan fahaman ini dapat dilihat dari tema yang diangkat jurnal rintisan oleh Zwemmer The Muslim World pada edisi terkininya (volume 94 No.3, tahun 2004). Jurnal missionaris itu menekankan tema pluralisme agama dengan fokus dialog Islam-Kristian. Sudah tentu disitu framework Barat sangat dominan.
Berbeza dari motif aliran pertama yang diwarnai pendekatan sosiologi, motif aliran kedua lebih didominasi oleh pendekatan falsafah dan teologi Barat iaitu terbalik dari motif aliran pertama. Kalangan falsafah dan teologi menolak arus modernisasi dan globalisasi yang cenderung mengetepikan agama itu dengan berusaha mempertahankan tradisi yang terdapat dalam agama-agama itu. Yang pertama memakai pendekatan sosiologis, sedangkan yang kedua memakai pendekatan falsafah agama.
Aliran pertama menawarkan konsep dunia tanpa batas geografi budaya, ideologi, teologi, kepercayaan dan lain-lain. Ertinya identiti budaya, kepercayaan dan agama harus dilebur atau disesuaikan dengan peredaran zaman.
Kelompok ini yakin bahawa agama-agama itu ada revolusi dan ia akan saling mendekati antara satu sama lain yang pada akhirnya tidak akan ada lagi perbezaan antara satu agama dengan lainnya. Agama-agama itu kemudian akan melebur menjadi satu. Berdasarkan keputusan itu maka John Hick, salah satu tokoh terpenting kumpulan ini, segera memperkenalkan konsep pluralisme agama dengan gagasannya yang ia sebut global theology. Selain Hick diantara tokohnya yang terkenal adalah Wilfred Cantwell Smith, pendiri McGill Islamic Studies.
Tokoh-tokoh lain dapat dilihat dari karya penulisan Hick berjudul Problems of Religious Pluralism. Pada halaman dedikasi buku ini John Hick menulis yang terjemahannya begini: Kepada kawan-kawan yang merupakan nabi-nabi pluralisme agama dalam berbagai tradisi mereka: Masau Abe dalam agama Buddha, Hasan Askari dalam Islam, Ramchandra Gandhi dalam agama Hindu, Kushdeva Singh dalam agama Sikh, Wilfred Cantwell Smith dalam agama Kristen dan Leo Trepp dalam agama Yahudi.
Aliran kedua pula lebih kepada pendekatan religious filosofis dan membela apa yang ada pada setiap agama. Bagi kelompok ini agama tidak boleh di ubah begitu saja dengan mengikuti zaman globalisasi, zaman moden ataupun post-modern yang telah meminggirkan agama itu. Agama tidak boleh dilihat hanya dari perspektif sosiologi ataupun sejarah dan tidak boleh dihilangkan identitinya. Kumpulan ini telah memperkenalkan pendekatan tradisional dan mengangkat konsep-konsep yang diambil secara parallel dari tradisi agama-agama.
Salah satu konsep utama kelompok ini adalah konsep sophia perrenis atau dalam bahasa Hindu disebut Sanata Dharma atau dalam Islam disebut al-ikmah al-khalidah. Konsep ini mengandungi pandangan bahawa di dalam setiap agama terdapat tradisi-tradisi utama yang perlu dihidupkan dan dipelihara secara adil, tanpa menganggap salah satunya lebih hebat dari yang lain.
Agama bagi aliran ini adalah bagaikan jalan-jalan yang akan menuju ke puncak yang sama. Tokoh pencetus dan pendokong fahaman ini adalah Ren GuÃnon (m. 1951), T. S. Eliot (m. 1965), Titus Burckhardt (m. 1984), Fritjhof Schuon (m.1998), Ananda K. Coomaraswamy (m. 1947), Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr, Huston Smith, Louis Massignon, Marco Pallis (m. 1989), Henry Corbin, Jean-Louis Michon, Jean Cantein, Victor Danner, Joseph E. Brown, William Stoddart, Lord Northbourne, Gai Eaton, W. N. Perry, G. Durand, E. F. Schumacher, J. Needleman, William C. Chittick dan lain-lain.
Konsep dasar fahamam Trasenden pula menurut kajian Adnin Armas adalah berdasarkan doktrin transendentalis dari penulisan karya Fritjhof Schuon yang diilhamkan oleh Rene Guenon (baca: Pemikiran Frithjof Schuon tentang Titik-Temu Agama). Disitu ia mengangkat topik tentang metafisika, epistemoligi, pendekatan esoterik dan eksoterik.
Schuon yang difahamkan telah memeluk Islam itu mempunyai pengikut fanatik dari cendekiawan Muslim berasal dari Iran iaitu Sayed Hossein Nasr. Beliau telah menterjemahkan istilah philosophia perrenis itu menjadi al-ikmah al-khÃlidah. Sebenarnya idea Guenon, Schuon dan Nasr adalah parallel, ketiganya menyokong fahaman kesatuan transenden agama-agama. Pemikiran pluralis S.H.Nasr ini dikaji secara kritis oleh Dr. Anis Malik Toha (baca: Seyyed Hossein Nasr: Mengangkat Tradisionalisme Membangun Pluralisme Agama).
Selain itu aspek penting fahaman ini adalah pendekatannya yang diambil dari pengalaman spiritual dari tradisi mistik yang terdapat dalam tradisi agama-agama. Dalam Islam mereka mengambil pengalaman spiritual dari tradisi sufi. Untuk menguji dakwaan mereka bahawa para sufi itu pluralis Sani Badron mengupas pandangan tokoh Sufi terkenal yang sering mereka ambil, iaitu Ibn Arabi. Kajian langsung terhadap karya-karya utama ini mengungkapkan pandangan Ibn ‘Arabi terhadap agama-agama selain Islam. (baca: Ibn ‘Arabi tentang Pluralisme Agama).
Sementara itu, seorang penyelidik Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah melontarkan pandangan tentang konsep-konsep asas Islam seperti wahyu, Tuhan, konsep tauhid dan lain-lain dalam penulisannya. Al-Attas menyimpulkan bahawa fahaman pluralisme agama tidak sesuai dengan Islam. Tulisan ini boleh didapati dari karya beliau bertajuk Prolegomena To the Metaphysics of Islam.
Dr. Anis Toba dalam satu forum di UIA pada tahun 2007 pula menyatakan pluralisme ini kurang difahami secara baik oleh golongan islam moderat. Seperti Allah menciptakan keberagaman dalam agama, semua agama dianggap sama-sama absah secara syara’ kerana sama-sama diciptakan Allah syara’.Swt. tetapi tidak semuanya diredhai oleh Allah swt.
Mengakui agama adalah sama, sebenarnya boleh membawa kepada kesesatan kepada umat islam sebab itu kita lihat di Indonesia ia telah diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia pada 2005, kerana bertentangan dengan agama Islam. Namun saat ini kita melihat di indonesia gerakan ini semakin kukuh kerana mendapat sokongan dan dipelopori oleh bekas Presiden indonesia sendiri iaitu Gusdur. Kita mendoakan di Malaysia gerakan ini dapat dibanteras ke akar umbi walaupun ada usaha dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk mengerakkan konsep pluralisme ini di Malaysia.
Apa yang boleh dikatakan fahaman Pluralisme sebenarnya adalah arus yang dibawa pemikiran globalisasi moden Barat dan ia ternyata ia merupakan modus operandi barat untuk menjayakan matlamat mereka menghancurkan islam yang dianggap fundamentalis. Dalam kedaan pemikiran yang semakin mencabar ini adalah baik dan bijaksana jika kita tidak ke Barat dan tidak ke Timur, tapi kembali kepada Islam sebenarnya seperti dinyatakan didalam Al-Quran.
Kesimpulannya, agama Islam sebenarnya memang menyuruh umatnya menghormati agama-agama lain. Malah umat Islam dilarang mencaci tuhan-tuhan yang disembah oleh orang lain. Namun, ia tidak bermaksud bahawa umat Islam boleh meredai dan bersetuju dengan ajaran yang terdapat dalam agama-agama itu. Justeru, dalam surah al-Kafiruun ayat 1-6 Allah menegaskan, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Maka untukmu agamamu, dan untukku agamaku’.” Inilah pendirian Umat Islam kepada golongan Islam Moderat yang ingin melaksanaakan gagasan konsep pluralisme ini di Malaysia.
Artikel ini ditulis semula berdasarkan sumber National Security Strategy, sini, sini,dan sini
sumber - pochongmenulis
1 ulasan:
APA KEJADAH SIANWAR NI.YANG PI DOK SEMBAH GAMBAQ ARANG MATI TU BUAT APA. TUNDUK KEPALA SAMPAI LEBIH 45DARJAH.UST NASHARUDIN TU SEBENAQNYA DAH MALU DENGAN PERANGAI TNDAKAN ANWAR,UST NASHA BAGUIH, SIKIT PUN TAK TUNDUK MALAH DIA MENJELING PADA ANWAR DAN AZMIN YANG BEBERAPA KALI DOK TUNDUK,DALAM HATI UST NASHA MUNGKIN BEGINI, ANWAR NI KALAU MAMPOS LAGI BAGUIH,BUKAN SETAKAT MEROSAKAN MASYARAKAT BAHKAN MEROSAKAN AGAMA SUCI ISLAM. HAMPA PIKIAQ LA ORANG PAS DAN MELAYU PKR MACAM NI KA ORANG YANG HAMPA NAK SURUH JADI PERDANA MENTERI,HANCUR ISLAM DIMALAYSIA NANTI.TAPI ALLAH TU MAHA KAYA KITA LIHATLAH APA AKAN JADI PADA ANWAR NANTI.
Catat Ulasan