MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jul 2009

Anwar Ibrahim `Aung San Suu kyi' Malaysia

Oleh Malaysiaaktif

Nampaknya badan kehakiman dan keadilan telah menghulurkan kail yang sangat panjang untuk menjerat Anwar Ibrahim sehingga orang ramai tidak lagi dapat mengingatkan sudah berapa kali umpan habis ditelannya.

Badan kehakiman dan keadilan masih belum mahu merentap talinya kerana percaya dengan cara ini ia dapat membuktikan bahawa Malaysia adalah benar-benar sebuah negara yang demokratik yang membenarkan rakyatnya mengeksploitasi undang-undang sehingga ke ruang yang terakhir.

Dalam kes liwat Anwar, orang ramai sudah bosan sehingga penyokongnya sendiri pun yang ingin melihat kes ini diselesaikan dengan segera sudah tidak yakin lagi kepada kesungguhan mahkamah untuk membicarakannya. Maka itu mereka memulaukan tunjuk perasaan sokong Anwar kerana kecewa untuk mendapatkan kepastiannya. Maka itu hanya 100 orang sahaja yang hadir daripada 10,000 yang di jangkakan.

Yang jelas ialah Anwar Ibrahim bermain surung papan tarik papan dengan mahkamah. Dia tidak mahu kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan mahu dikekalkan di Mahkamah Sesyen. Tentunya orang ramai bertanya adakah dia telah yakin bahawa jika dibicarakan di Mahkamah Sesyen maka beliau pasti mendapat keadilan dan Hakim Mahakamah Tinggi adalah penyokong kerajaan? Inilah gambaran yang cuba diberikannya dengan menunjukan ketidakyakinanya itu bagi menghakiskan imej badan kehakiman dan keadilan di negara ini..

Hakikat yang sebenar ialah beliau tidak mahu dibicarakan langsung kerana beliau tidak pernah melakukan dosa liwat. Dikenali sebagai orang yang suka mengambil anak-anak muda lelaki yang `jambu'? bekerja dengannya bukan berarti dia suka liwat.

Permohonannya yang terbaru untuk melewatkan lagi kesnya didengar kerana takut perkara-perkara yang memalukan terdedah ialah beliau mengemukakan satu lagi permohonan meminta pasukan pendakwaan mengecualikan diri mereka daripada terlibat dan mengendalikan dakwaan terhadapnya. Dalam kata-kata lain dia mahu dibatalkan sahaja semua tuduhan terhadapnya.

Hari Rabu lalu kes liwat ketua pakatan pembangkang itu ditangguhkan bagi kali keempat kerana peguamnya Sulaiman Abdullah telah dimasukan ke Hospital Kuala Lumpur kerana tidak sihat , tetapi khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Sulaiman sudah tidak yakin lagi untuk mempertahankan kes ini. Lagi pun beliau seorang Islam yang cukup beriman. Setakat ini tidak ada seorang pun peguam Melayu dan Islam yang mahu mempertahankan kes Anwar ini kerana takut menanggung dosa.

Kes Anwar akan didengar semula pada 15 Julai serentak dengan permohonannya yang terbaru . Bolehkah kita bayangkan seorang rakyat biasa yang dituduh merogol atau sekurang kurangnya berkhalwat dibatalkan tuduhan terhadapnya dengan begitu sahaja?.

Adalah jelas bahawa Anwar Ibrahim telah mengeksploitasi apa juga ruang undang-undang supaya kesnya tidak didengar langsung di mahkamah atau dibatalkan. Usaha ini tidak sahaja dijalankan menerusi peguam tetapi juga menerusi media asing dan juga kerajaan kerajaan yang pro kebebasan dan homoseksual.

Pihak British telah pun menggunakan agensi beritanya Reuter yang mempunyai orang upahan Anwar di dalamnya dengan mempromosikan imej Anwar sebagai setaraf dengan pejuang demokrasi dan kemanusiaan Burma (Myanmar) Aung San Suu Kyi.

Agen Singapura di Malaysia, portal berita Malaysian Insider telah pun menggunakan sebuah rencana Reuter yang cuba menghakiskan keyakinan terhadap pimpinan baru Malaysia Datuk Seri Najib dengan mengaitkan kes Anwar sebagai tanda tiada kebebasan mahkamah di Malaysia dan Najib sama dengan sikap Tun Dr.Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.

Rencana ini mengemukakan Anwar sebagai senasib dengan Aung San Suu Kyi. Dari segi perjuangan untuk hak kemanusiaan memang penglibatan Anwar tidak boleh dinafikan kerana implikasi kesnya adalah beliau memperjuangkan kebebasan amalan homoseksual yang menyebabkan beliau amat popular di kalangan gay di Malaysia sekarang ini.

Bahawa hanya segelintir manusia sahaja yang datang untuk menjerit reformasi menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat di Mahkamah Tinggi termasuk beberapa orang gay jelas menunjukkan pada umumnya orang sudah muak dengan penangguhan kes Anwar dan di suatu pihak lagi mereka tidak lagi dapat menerima sikap Anwar mempermain-mainkan mahkamah.

Ini juga menyebabkan umum bertanya apakah badan kehakiman dan keadilan kita mempunyai penghormatan diri apabila ternampak ia berada dalam ketakutan menghadapi ugutan dari seoarang ahli politik jalanan yang dari masa ke masa menggunakan unsur-unsur kekerasan untuk membersihkan dirinya.

Adakah mana-mana mahkamah atau hakim di Malaysia akan memberikan layanan yang istimewa kepada rakyat biasa atau kepada bukan orang politik seperti yang diberikan kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim?

Adakah badan kehakiman dan keadilan percaya bahawsa keadilan dan kebebasan Malaysia hanya akan diyakini oleh rakyat dan dunia dengan memberikan layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim tanpa memberikan perhatian yang berat dan adil kepada pengadu?

Tidakah badan kehakiman dan keadilan sedar bahawa imej mereka sekarang ialah sebuah institusi yang pengecut, penakut dan tidak berkuasa dan tidak mempunyai kewibawaan? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka dilihat sebagai telah tunduk kepada kuasa politik dan bukan kuasa rakyat dan tuntuan keadilan ?

Sebenarnya badan kehakiman dan keadilan Malaysia sekarang berhadapan dengan suatu cabaran terhadap integritinya yang meliputi imej kebebasan dan kredebiliti yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara kecuali dalam kes Anwar Ibrahim.

sumber - malaysiaaktif


1 ulasan:

Unknown berkata...

kalau Anwar = Ang su Syu ki
dia takde kat luar nie bising2. dia dah kat dalam dah.