Oleh Psychotic Killer, AIDCclub
Profeser Syed Muhamad Naquib At-Attas yang merupakan pemikir idola penulis pernah mengatakan dalam buku beliau yang bertajuk "Prolegomena to the methapysics of Islam" bahawa idea pluralisme agama sengaja dikembangkan dengan motif bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk mencari populariti dengan menawar satu hipotesis kepada keragamaan agama.
Dengan mengeluarkan satu ideologi baru sebagai satu penyelesaian antara polimek dan pergaduhan antara pelbagai agama, maka masyarakat dunia akan tertarik dengan idea pluralisme ini kononnya ia dapat mempersatukan semua agama dalam satu bentuk falsafah transendenisme.
Pluralisme adalah satu fahaman falsafah yang mengatakan bahawa semua agama di dunia ini adalah sama taraf, sama matlamat, sama baik dan sama benar. Pemahaman in mengatakan bahawa keragaman dan kepelbagaian agama seperti Islam, Yahudi, Kristian, Buddha dan sebagainya telah membawa satu peperangan dan malapetaka kepada dunia sejak dari dulu lagi.
Fahaman ini mengatakan agamalah penyebab utama kepada peperangan yang berlaku sejak dahulu kononnya.
Fahaman ini timbul sebagai respons kepada kepelbagaian agama yang berperang itu. Fahaman ini berhipotesis bahawa masing-masing agama mengaku agamanya yang paling benar. Dengan pengakuan ini, masing-masing agama mempertahankan hujah masing-masing sehingga mengakibatkan pergaduhan lantas berlaku perang agama yang tidak berkesudahan.
Perang salib yang berlanjutan beberapa abad juga disebabkan agama. Perang pada zaman dulu juga disebabkan agama. Maka dengan ini timbul di hati pemikir dan ahli falsafah barat untuk mengembangkan satu ideologi untuk mempersatukan kesemua agama kononnya dalam satu agama baru iaitulah Pluralisme.
Ideologi ini mengatakan bahawa dunia akan mengarah kepada satu transenden agama di mana semua agama bergabung membentuk satu kesatuan yang unggul. Tidak ada satu agama yang paling benar di antara pelbagai agama melainkan yang ada hanyalah kesemua agama itu adalah sama benar kerana semuanya menuju ke arah kebaikan. Inilah satu hakikat yang akan berlaku di dunia nanti. Pluralisme akan berlaku sebagai jawapan kepadah histori-sosiologi masyarakat dunia.
Interfaith Commision (IFC) yang merupakan Suruhanjaya antara agama merupakan benih-benih yang subur untuk membentuk fahaman global Pluralisme di dunia. IFC akan bertindak sebagai satu bentuk lembaga yang mengawal semua agama. Sesuatu agama tertakluk di bawah undang-undang khas. Maka dengan ini agama Islam boleh dikawal oleh suruhanjaya ini.
IFC pernah dan disokong oleh Anwar Ibrahim dengan mengatakan “Take IFC in Malaysia”. KLIK SINI.
Tokoh Falsafah penting yang dianggap sebagai pemikir gagasan pluralisme iaitu Fritjof Schuon telah mempengaruhi pemikir dunia barat mahupun dunia timur. Antara pemikir yang terpengaruh dengan tulisan Schuon dalam falsafah pluralisme ini adalah T.S Eliot, Jean Cantein, E.F Scumacher,Titus burckhardt dan Martin Lings. Dalam bukunya yang bertajuk "Regards sur Les Mondes Anciens"
Frijof Schuon telah mempelajari falsafah dari Rene Guenon. Rene Guenon pula ketika bersekolah di akademi Encausse telah menemui pelbagai ahli falsafah, teosofi, tokoh freemasonary dan gerakan underground. Maka dengan inilah, kita tidak heran rene Guenon mengangkat gerakan Freemasonary sebagai gerakan yang menjaga agama kristian daripada hilang di muka bumi ini.
Frijof Schuon telah menjelajah ke dunia arab untuk mempelajari sufisme. Dia pernah menjejakan kaki ke kaherah. Disinilah dia bertemu dengan Rene Guenon. Maka tercetuslah perbincangan yang panjang antara mereka tentang pluralisme agama. Setelah melakukan banyak kajian terhadap "comparative religion"-Perbandingan agama, beliau (schuon) lantas menemui satu titik iaitu semua agama berasal dari Allah, dan kesemuanya agama itu menuju kepada Allah. maka timbullah idea pluralisme agama
Lantas, Sayyid Husein Nasr pun mempelajari falsafah dari frijof Schuon. Diberitakan bahawa Schuon telah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Isa Nuruddin Ahmad Syazili. Maka dengan inilah kesinambungan pluralisme yang berasal dari pemikiran freemasonary masuk ke dalam kosmologi pemikiran Islam.
S.H Nasr pun melanjutkan idea pluralisme ini di dunia Islam. maka banyak idea S.H Nasr telah mematikan nilai-nilai agama yang diperjuangkan oleh golongan tradisionalisme dan fundamentalisme Islam. Anwar pernah menyuruh membaca karya S.H Nasr. KLIK SINI
Golongan tradisionalisme dan fundamentalisme dalam Islam mempertahankan agenda bahawa agama Islam itu mempunyai identiti yang tersendiri yang tidak boleh disamakan dengan agama lain. Maka dengan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri ini, maka agama Islam itu harus dipertahankan sebagai agama yang uni-identic. Hanya agama islam sahaja yang benar dengan mengambil dalil al-Quran “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”- Innaddina IndAllahil Islam. Agama Uni-Identitic inilah yang dipegang oleh golongan Fundamentalist & Traditionalist Islam. Dua golongan yang sedang dan telah diadu dombakan oleh hiden agenda Amerikanisasi.
Maka dalam mempertahankan agama ini, golongan Fundamentalist mempertahankan Jihad, hukum hudud, sistem khalifah dan sebagainya harus dipertahankan. Sesungguhnya perjuangan itu harus diteruskan dan tidak boleh berkompromi (liberal) dan bertoleransi dalam masalah akidah Islam. Maka di sinilah tugas Amerika (polis dunia) mengaitkan terrorisme dengan fahaman jihad islam untuk menghancurkan Islam.
Pluralisme merupakan satu topik penting dalam pemikiran "Islam Liberal". Pendokong Islam Liberal sering mengclaim bahawa pluralisme merupakan satu wadah yang paling penting untuk semua agama di dunia ini. Ini yang mnyebabkan pelbagai fenomena baru dalam masalah akidah dan syariat telah bercampur aduk dengan pelbagai agama.
Pemikir Muslim seperti S.Husein Nasr yang memperjuangkan konsep Pluralisme ini pernah menerima Award daripada Best Couse America. KLIK SINI
Malah Khalid Jaafar yang merupakan pengerusi Institut kajian Dasar (IKD) juga mendokong danmeneruskan agenda pluralisme agama ini di Malaysia. Ini dapat dilihat daripada debat Friendly di KLIK SINI . Khalid Jaafar merupakan Think Tank Anwar Ibrahim. KLIK SINI
Apa yang menarik dalam histori sufisme, Rene Guenon dan schuan merupakan ahli falsafah yang mendalami tarikat dan sufisme di dunia islam. Mereka mengakui tentang konsep wehdatul wujud. Konsep Wehdatul wujud inilah merupakan satu pasak untuk kelahiran idea Pluralisme agama seperti yang banyak diclaim oleh ahli sufi-filosofi di dunia terminologi falsafah moden hari ini.
Konsep wehdatul Wujud merupakan satu subjek yang dibincangkan dalam sufisme Islam. Kesatuan itu terletak pada kuasa yang tunggal iaitu Allah. Makhluk hanyalah maya yang merupakan pancaran daripada Zat Allah. Demikian fahaman sufisme yang dikemukan oleh Ibnu Arabi, Tokoh Sufi-Filosofi Islam yang terkenal dalam peninggalan tamadun Islam.
Maka oleh kerana Schuan pernah duduk di Mesir, berkemungkinan beliau pernah terbaca karya Imam Ibnu Arabi ini lantas mengemukakan satu bentuk falsafah gagasan Pluralisme baru untuk dunia hari ini. Sedangkan pada hakikatnya apa yang ingin disampaikan oleh Ibnu Arabi tidak sama dengan apa yang mereka fahami dalam konsep pluralisme ini.
Kesan Pluralisme ini akan mengakibatkan orang Islam boleh bersembahyang di dalam gereja. Paderi boleh bersama-sama mengamalkan ibadat di mana-mana masjid. Inilah keharmonian dan keamanan kononnya. Orang kristian pula boleh bersembahyang di dalam masjid. Orang islam boleh menghdiri acara pengkebumian orang kafir dengan mengikuti ritual agama orang kafir. Fenomena seperti pembakaran lilin merupakan satu bentuk pluralisme agama. Demikian juga tentang apa yang Anwar paparkan di majlis pemngkebumian orang kafir KLIK SINI.
Mereka selalu berangapan apabila orang kafir dapat bersatu dengan Islam dalam hal ritual agama, maka disitulah terjadinya kebahagian dan keamanan. Inilah konsep kesamaratan dan keadilan yang mereka laung-laungkan. Padahal ia telah memasuki secara pelan untuk merosakkan akidah orang Islam itu sendiri.
Pemikiran Humanisme yang mengatakan apa yang wujud ini hanyalah manusia sahaja,. Tidak ada kaitan dengan campur tangan Ilahi telah melahirkan fahaman liberalisme, secularisme, kapitalisme, marxisme, materialisme, imperialisme, extensialisme, skeptisme, relativisme dan agnotisme. fahaman ini telah menolak wahyu sebagai sumber pengetahuan.
Maka dengan ini lah semacam ada satu tindakan uni-lateral yang dilakukan oleh Amerika (negara Liberalisme) untuk menghancurkan golongan fundamentalisme. Mereka menyerang kesemua dasar dan nilai agama dengan falsafah yang mereka cipta seperti liberalisme yang mengandungi ideologi pluralisme dan juga tindakan ketenteraan untuk meranapkan Islam sebenar. Anda tahu siapa tokoh di Malaysia yang rapat dengan Amerika. Anda juga mungkin tahu simbol yang digunakan oleh orang ini sama dan serupa dengan perjuangan liberalisme Amerika. Anda juga tahu siapa yang dapat "tokoh Islam moderat of the year" di barat. So, U Know What I Say !!
Abdul Rahman Hj. Tajuddin
Al-Azhar University
Faculty Of Theology
Faith & Philosophy Course
Arab Republic Of Egypt.
sumber - emang psychotic killer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan