MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Jul 2009

Anwar ada lapan lagi peguam teruskan prosiding : Hakim

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding kes liwatnya berikutan peguam utamanya menarik diri kerana masih dirawat di hospital.



Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan itu selepas selesai mendengar hujah seorang lagi peguam Anwar, R Sivarasa dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bagi pihak pendakwaan.

Mohamad Zabidin berkata, walaupun peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah tidak dapat hadir, tertuduh mempunyai lapan lagi peguam untuk meneruskannya.

"Saya yakin tiada prejudis terhadap tertuduh jika peguam lain mengambil alih tempat peguam utama memandangkan hujahan bertulis sudah pun difailkan di mahkamah sebelum ini," katanya.

Terdahulu, Sivarasa berkata, Sulaiman tidak mahu menjadikan keadaan kesihatannya sebagai alasan untuk terus menangguhkan kes, jadi beliau mengarahkannya memaklumkan mahkamah bahawa beliau menarik diri daripada mengendalikannya.

Mohd Yusof bagaimanapun berkata, pembelaan sudah pun memfailkan hujahan bertulis untuk mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes itu, jadi tidak menjadi masalah jika peguam lain menggantikan tempat Sulaiman.

Sebaik Mohamad Zabidin memutuskan prosiding diteruskan pada sebelah petang, kedua-dua pihak berhujah berhubung permohonan Anwar mendapatkan dokumen dan barangan kesnya.

Antara dimohon adalah rakaman lengkap kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian liwat), sampel DNA dan rakaman percakapan saksi termasuk bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari.

Peguam Anwar, Edmund Bon berkata, mahkamah perlu membenarkan permohonan itu kerana pihaknya mempunyai alibi bahawa Anwar tidak berada di tempat kejadian seperti dalam pertuduhan dan tuduhan Mohd Saiful tidak boleh dipercayai.

"Kami ada bukti konklusif laporan perubatan daripada empat doktor berbeza yang membuktikan kejadian liwat tidak berlaku. Malah, rantaian bukti pendakwaan, pegawai penyiasat dan polis juga sudah diusik.

"Hanya sebahagian salinan rakaman CCTV dan gambar daripada rakaman itu yang diserahkan kepada kami berbanding bukti yang ada pada pendakwaan," katanya.

Mohd Yusof pula berhujah pendakwaan sudah membekalkan dokumen berkaitan kepada pembelaan kecuali laporan perubatan Hospital Pusrawi kerana ia tidak boleh diterima pakai dan tidak akan dikemukakan di mahkamah ketika perbicaraan.

Katanya, pendakwaan juga tidak boleh menyerahkan sampel DNA kerana ia sudah dianalisa dan tidak boleh diusik sehingga dikemukakan di mahkamah.

Anwar, 62, dituduh meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Prosiding bersambung hari ini.

sumber - berita harian



Tiada ulasan: