MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Jun 2009

Siapa nakhoda Pas?

Ke mana arah tuju Pas? Jawapannya akan terserlah pada mukatamar ke-55 yang bermula jumaat ini dan akan berakhir Ahad ini.

Ia akan dicerminkan oleh keputusan pemilihan jawatan tertinggi khususnya Timbalan Presiden yang ditandingi tiga penjuru antara penyandang Nasharuddin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu. Walaupun pertandingan tiga penjuru, namun pertandingan ini lebih dilihat sebagai pertarungan antara Nasharuddin dan Husam.


Nasharuddin yang rapat dengan Datuk Seri Hadi Awang yang akan terus memegang jawatan presiden selama tiga tahun lagi tanpa bertanding, turut mendapat sokongan golongan yang berfahaman bahawa Pas sebagai parti yang berwadah perjuangan Islam mestilah dipimpin oleh ulama. Bagi kalangan ini, jawatan presiden dan timbalan presiden mestilah ulama. Definasi ulama bagi mereka ialah orang-orang yang berkelulusan dalam bidang agama.

Sebaliknya Husam yang rapat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak memenuhi definasi ulama ini. Exco kerajaan negeri Kelantan yang dalam parti berjawatan naib presiden itu dianggap golongan profesional, bukannya ulama .

Bagaimanapun perhitungan para perwakilan tidak bernoktah setakat soal sama ada calon dari golongan ulama atau tidak. Isu yang lebih besar ialah sama ada Pas perlu menjalin hubungan dengan UMNO bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Hadi Awang dan Nasharuddin mahukan Pas mengadakan rundingan dengan UMNO dalam soal tersebut. Malah Hadi secara terbuka telah mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan melibatkan BN dan pembangkang. Hadi dan Nasharuddin berpendirian bahawa satu jalan penyelesaian mestilah dicari demi kepentingan Melayu dan Islam yang semakin goyah selepas pilihan raya umum 2008.

Pandangan Hadi ini telah disanggah oleh Nik Aziz dan disokong kuat oleh Husam yang melihat bahawa Pas dan kerabat-kerabatnya dalam pakatan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada dalam keadaan terbaik untuk menumbangkan BN pimpinan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang. Bagi Nik Aziz dan Husam, apa yang lebih penting ialah menumbangkan dan jika boleh terus menanam UMNO ke dalam kubur.

Soal siapa yang lebih berkuasa kelak dalam `kerajaan baru' jika pakatan PKR-DAP-Pas menang dalam pilihan raya umum akan datang, lansung tidak menjadi perhitungan.

Maka ada kalangan ahli-ahli Pas yang bertanya, sejauh mana parti mereka dapat mencorakkan dasar `kerajaan baru' pimpinan Anwar kelak? Jika sekadar untuk menumbangkan BN dan mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri, adakah itu memenuhi matlamat penubuhan Pas?

Persoalan ini telah membahagikan Pas kepada dua golongan. Satu golongan yang menyokong pendirian Hadi dan Nasharuddin, dan satu lagi menyokong Nik Aziz dan Nasharuddin.

Betapa getirnya isu berkaitan hinggakan tidak lama dulu Nik Aziz telah bertempik bahawa dalam Pas hanya ada seorang nakhoda. Kepada umum, tempikan itu seolah-olah satu pengisytiharan bahawa nakhoda Pas ialah Nik Aziz.

Benarkah Nik Aziz nakhoda Pas sedangkan ketua eksekutif ialah Hadi? Nampaknya dalam Pas sendiri tiada kepastian mengenai perkara tersebut.

Pertanyaan mahu ke mana Pas, mestikah Pas dipimpin oleh ulama sahaja dan siapa nakhoda sebenar Pas akan dijawab oleh 1,100 perwakilan dari 176 kawasan pada Jumaat ini dengan memilih sama ada Nasharuddin atau Husam.

Kehadiran Mohammad Sabu hanya setakat menguji popularitinya sendiri. Amat sukar untuk menduga bahawa beliau boleh mendapat undi yang besar. Kecualilah jika majoriti perwakilan mahu menempelak kedua-dua Hadi dan Nik Aziz.

sumber - malaysiaaktif



Tiada ulasan: