MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Jun 2009

Sebab bertanding Timbalan Presiden - Husam Musa

INI bukan kali pertama jawatan Timbalan Presiden PAS ditandingi. Malah ini bukan kali pertama jawatan ini menyaksikan persaingan tiga penjuru. Enam pemimpin telah dicalonkan untuk menyaingi kerusi ini. Tiga daripada mereka telah pun menarik diri dan tinggal tiga orang. Dua Naib Presiden, Datuk Paduka Husam Musa dan Muhamad Sabu mencabar penyandang jawtaan Nasahurdin Mat Isa.


Sekali lagi persaingan jawatan ini menjadi perhatian. Mengapa? Malah, ia mendapat "perhatian" khas ketika pertandingan julung kali diadakan selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Husam, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengumumkan pendiriannya bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 25 Mei lalu. Dalam pertemuan yang diadakan menyusul pengumumannya itu, Husam menjelaskan alasan beliau melawan Nasharudin yang beliau sifatkan sebagai "kawan baik" dan "pernah menganggapnya lebih baik" daripada beliau sendiri.

Malah Husam, 50, juga menolak andaian beliau menentang Nasharudin. Sebaliknya menegaskan, beliau "hanya menawarkan diri" untuk jawatan Timbalan Presiden agar ahli mempunyai alternatif untuk memilih pemimpin yang lebih baik bagi meneruskan agenda perjuangan PAS menjadi parti politik utama di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan mStar Online, G. MANIMARAN, Husam menghuraikan sebab-sebab yang menyebabkan beliau menawarkan diri bertanding jawatan tersebut. Dari kaca matanya, Husam juga menghuraikan ciri-ciri kepimpinan yang seseorang penyandang jawatan nombor dua parti harus miliki.

mStar Online Apa yang mendorong Datuk memutuskan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden?

HUSAM Pengumuman saya semalam (minggu lalu)... sebelum itu orang ramai tak pasti sama ada saya hendak bertanding atau tidak. Orang belum membuat keputusan... banyka SMS diterima sama ada bertanding atau tidak. Saya merasakan di peringkat bawah ada sedikit rasa tidak puas hati tentang apa yang berlaku sekarang (dalam parti). Bagaimanapun ahli-ahli PAS adalah ahli yang berdisiplin. Jadi pada kebanyakan masa, mereka sembunyikan perasaan mereka dan tidak membuat bising. Pun begitu mereka mempunyai penilaian sendiri tentang apa yang berlaku sekarang (dalam parti).

mStar Online Sejak kematian bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, seolah-olah macam PAS berhadapan dengan masalah untuk mencari pemimpin lapisan? Pandangan Datuk?

HUSAM Dalam keadaan tertentu, ia ada kebenaran. Jika anda melihat program parti, pada kebanyakan masa orang yang sama memberikan ucapan, membentangkan kertas kerja. Anda perlu mencungkil bakat-bakat baru. dari segi ketokohan, calon-calon PAS di seluruh negara penuh dengan bakat masing-masing, banyak calon muda, profesional, ulama datang sebagai calon. Tetapi dari segi hirarki, sama ada dalam Dewan atau Perhubungan, kita belum lagi melihat bakat baru. Jika anda melihat (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang), Allahayarham Datuk Fadzil, malah (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat), mereka telah pun dilihat sebagai pemimpin baik ketika usia muda mereka. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk memberi ruang kepada bakat baru datang ke atas. Diharap pada masa-masa mendatang, PAS akan menerokai aspek ini untuk melatih pemimpin-pemimpin baru untuk masa depan.

mStar Online Bercakap mengenai rasa tidak puas hati, bila Datuk sedar tentang kewujudan rasa tidak puas hati ini dalam PAS?

HUSAM Sesetengahnya berkata pencalonan bagi sesetengah individu terlalu tinggi. Menurut laporan Utusan Malaysia, sampai 60 peratus manakala pencabarnya terbahagi dengan baki sokongan (pencalonan). Tetapi jika anda melihat dari satu lagi sudut, hampir 50 peratus tidak mencalonkan penyandang jawatan timbalan presiden walaupun ia berpecah di kalangan beberapa calon.

mStar Online Maksudnya sokongan berbelah bahagi?

HUSAM Ya, ya... jika dilihat dari sudut yang satu lagi, hampir separuh merasakan beliau tidak berprestasi dengan baik. Tetapi Utusan mengatakan bahawa pencalonan 50 peratus lawan 20 peratus. Dan, saya tidak mahu berhujah mengenai soal ini. Bagaimanapun dari segi perangkaan, 50 peratus lawan 50 peratus.

mStar Online Bermakna Datuk bergerak daripada perkiraan itu?

HUSAM Pertimbangan saya bukan berdasarkan kalah atau menang. Bila saya membuat keputusan untuk bertanding, saya bermula dengan perkiraan saya akan kalah. Tetapi sekurang-kurangnya saya membangkitkan, daftar protes saya mengenai cara sesetengah kepimpinan dalam parti mengendalikan isu berkaitan dengan parti. Sebagai contoh, terdapat 'kekecohan' besar beberapa bulan yang lalu. Setiap pemimpin kelihatan bercakap mengenainya walaupun bertentangan (pendirian) antara satu sama lain... dalam surat khabar secara terbuka, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Tetapi tiada siapa pun yang tampil untuk mendisiplinkan ahli. Jadi kepimpinan saya rasakan, sebahagiannya perlu memandu ahli dalam apa jua perkembangan yang boleh menjejaskan parti. Sebagai contoh, kenyataan oleh Datuk Muhammad Daud Iraqi (dari Dewan Ulama PAS). Kemudiannya beliau menafikan kenyataannya, tetapi kerosakan telah diakibatkan oleh kenyataan beliau.

mStar Online Datuk kecewa dengan kenyataan Muhammad Daud Iraqi?

HUSAM Saya tidak pernah merasakan beliau menyasarkan saya sebab keseluruhan kerjaya dalam PAS selama ini ialah mahu ke syurga melalui tingkah laku yang baik. Tidak, pernah saya terfikir dalam minda saya akan mengamalkan politik wang. Bagaimanapun sebagai pemimpin kanan dalam parti, saya perlu mendisiplinkan mereka bagi pihak parti, bukannya kerana saya semata-mata. Saya sendiri ada menekankan perkara ini dalam mesyuarat itu (pertemuan parti dengan Muhammad Daud). Ini adalah soal imej parti, ini berkaitan dengan kebenaran. jika anda boleh buktikan dakwaan, kita boleh ambil tindakan ke atas mana-mana ahli yang terbabit (dalam politik wang) tetapi jika tidak boleh buktikan, anda telah menjejaskan imej parti. Anda boleh membetulkan keadaan dan saya melakukannya atas kapasiti sebagai Naib Presiden kanan, bukan Husam yang orang memikirkan bahawa beliau telah menyasarkan saya... sebab, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

mStar Online Bermakna dari awal-awal lagi sudah ada usaha untuk 'membunuh' pencalonan Datuk untuk jawatan Timbalan Presiden?

HUSAM Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Saya tidak boleh mengatakan perkara itu. Saya tidak tahu apa dalam fikirannya. Saya cuma bertindak atas kapasiti sebagai pemimpin kanan parti. Bukan atas kapasiti peribadi saya sebagai Husam. Tetapi jika anda sudah biasa dengan budaya PAS, sangat janggal wujud amalan politik wang dalam PAS. Sebagai contoh, apabila kita pergi ke kawasan-kawasan untuk berceramah, dan hampir sesuatu yang wajib sekali dalam seminggu... macam saya, saya kena pergi untuk berceramah kerana permintaan daripada PAS kawasan terlalu banyak.

Jika anda tidak pergi mereka akan merajuk. Sebagai contoh PAS Pekan, mereka telah memanggil saya banyak kali, telah menulis surat tujuh kali, hampir merajuk dan kata mereka, kami sudah minta tetapi tidak pernah datang. Jadi, saya kena pergi. Bila kami tiba, mereka sediakan makanan dan mereka sediakan chalet kecil untuk berehat dan mereka bayar sarapan keesokan hari dan mereka berikan saya RM400 wang tunai sebagai duit minyak. Dan, dari sana saya bertolak ke Kota Tinggi untuk mengadakan dialog dengan penduduk di sana pada pukul 11 pagi. Mereka sediakan makanan tengah hari, tidak berikan kami duit dan kemudian saya ke Gelang Patah dan malam saya berceramah di Pontian. Mereka sediakan saya makan malam dan mereka berikan saya RM350. Jadi, satu perjalanan saya peroleh RM750. Saya berikan duit atau saya dapat duit. Ada pemimpin yang berada di menara gading dan tidak turun ke bawah. Jadi, mereka tertinggal daripada ikatan dengan akar umbi. Jadi, tidak amalkan budaya ini. Jadi, mereka kekurangan pengalaman. Dalam PAS kalau anda bagi duit, lagi anda kalah kerana orang hendak ganjaran selepas ini bukannya wang.

mStar Online Jadi ahli-ahli yang memberikan Datuk wang?

HUSAM Ya! Bukan kepada saya sahaja, tetapi kepada semua pemimpin lain pun begitu. Bagaimana dengan keadaan Mat Sabu... macam mana hendak hidup sebelum ada jawatan dalam kerajaan. Ini kerana ahli-ahli menyokong kami. Macam saya, saya tiada jawatan kerajaan sebelum ini tapi saya boleh hidup. Apabila anda secara aktif terlibat dengan akar umbi, mereka akan sokong anda. Jadi adalah sesuatu yang mengejutkan apabila kenyataan sedemikian keluar. Moto kami ialah berkorban dan ia diamalkan dan dihargai oleh ahli-ahli bawah sehingga peringkat atasan, sehingga peringkat Mursyidul Am PAS, sehingga Presiden PAS... Mursyidul Am PAS apabila pergi untuk berceramah, kita bukan duduk hotel, kita duduk rumah orang kampung sahaja. Kadang-kadang bilik air terpaksa dikongsi dengan ahli keluarga mereka (tuan rumah). Kadang-kadang bilik yang kecil, kadang kala cuma bilik tamu sahaja untuk berehat. Jadi kadangkala saya dukacitalah... jika anda ada pengalaman sedemikian, anda tahu apa hendak bercakap.

mStar Online Keputusan untuk tanding jawatan ini telah difikirkan dengan semasak-masaknya oleh Datuk memandangkan Datuk tidak tanding jawatan lain (mengosongkan kerusi Naib Presiden)?

HUSAM Saya telah fikir semasak-masaknya. Jika saya kalah, saya akan menganggap ini sebagai tugas perjuangan saya untuk mengemukakan pandangan dan protes saya bagi soal tertentu. Saya tidak kisah untuk kalah.

mStar Online Pada sidang media tempoh hari, Datuk ada mengatakan bahawa Datuk anggap Nasharudin lebih baik daripada Datuk?

HUSAM Dari segi umur, saya lebih senior. Dari segi parti, saya juga lebih senior daripada beliau. Apabila saya pergi ke Jordan untuk kursus bahasa jangka pendek, saya tumpang rumah beliau. Masa itu beliau masih terlibat dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan saya pula di PAS. Masa itu ada 11 pelajar Malaysia di sana... sesetengahnya dari PAS, ada yang dari Al-Arqam dan satu dari ABIM dan lain-lain dari pertubuhan lain. Dia mengesyorkan agar diadakan kumpulan belajar berasingan tapi saya kata biar kita adakan satu kumpulan melibatkan semua. Selepas balik beliau sertai PAS, masa itu saya sudah sertai PAS. Saya sertai PAS pada hari Datuk Asri (bekas Presiden) meletak jawatan pada tahun 1982. Masa itu saya masih merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Malaya. Saya dipanggil oleh salah seorang ulama, untuk sertai bahagian Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, ulama itu Mustapa Taib yang sudah pun sertai Umno. Jadi tidak semestinya ulama tidak menyebabkan apa-apa masalah dalam parti. Pada tahun itu juga (Datuk Seri) Anwar Ibrahim isytihar akan sertai Umno dan ramai kawan saya juga sertai Umno seperti Datuk Saifudin Abdullah. Mereka kawan saya di kampus. Saya kekal dalam PAS, Anwar kemudian keluar dari Umno tapi saya masih di PAS dan jika anda mengatakan saya pro-Anwar dengan begitu sahaja, itu adalah tidak adil kepada saya. Jika saya mahu sertai anwar, saya sudah sertai tahun 1982, ada kawan-kawasan saya sudah jadi menteri, saya hanya exco biasa.

mStar Online Datuk salah seorang Naib Presiden sekarang. Anda akan berhadapan dengan situasi "going for broke". Bukankah ia satu kerugian?

HUSAM Satu kerugian? (senyum). Kadangkala anda kena buat korban, anda tidak bermain dengan langkah selamat semata-mata sepanjang masa. Walaupun jika saya kalah, saya masih boleh memainkan peranan yang berbeza. Jangan menganggap bahawa anda hanya boleh memainkan peranan dengan menyandang jawatan penting dalam parti... sebagai ahli biasa pun boleh.

mStar Online Datuk memanggil sidang media mengumumkan pendirian tanding jawatan Timbalan Presiden sedangkan yang lain kelihatan senyap saja?

HUSAM Lupakan pasal strategi. Anda kena maklumkan kepada ahli-ahli apakah objektif anda. Jika anda kekal senyap tanpa maklumkan penyokong-penyokong anda, agenda dan objektif anda, tidak adil bagi ahli-ahli yang mahu menyokong anda.

mStar Online Apakah strategi anda untuk mendapatkan sokongan?

HUSAM Sebelum ini saya bertanding jawatan Naib Presiden kerana dipaksa. Sebenarnya saya tidak mahu bertanding. Tetapi rakan-rakan saya berkata saya perlu bertanding kerana kepentingan parti. Saya tidak buat apa-apa, mereka memilih saya. Kali ini terpulang kepada mereka, saya percaya ahli-ahli PAS juga mempunyai maklumat untuk membuat keputusan.

mStar Online Kali ini nampak kelainan sedikit. Suasana nampak lebih terbuka? Bagaimanapun penerimaan perwakilan?

HUSAM Saya mana tahu?

mStar Online Mungkin berdasarkan kajian, risikan yang Datuk lakukan?

HUSAM Tak perlu, tak perlu terlalu (sangat)... orang akan berkata terlalu bersungguh-sungguh pulak.

mStar Online Datuk turun gelanggang dengan berbekalkan apa?

HUSAM Saya hanya berharap ahli PAS faham mengapa saya bertanding.

mStar Online Selepas tsunami politik di peringkat kebangsaan, adakah pemilihan peringkat timbalan presiden ini juga bakal menyaksikan tsunami dalam PAS?

HUSAM (Dengan diiringi ketawa)... tiada tsunami dalam PAS. cuba kecil saya, hanya orang nak berseronok, bukan tsunami yang orang perlu takut.

mStar Online Datuk sama sekali tidak pernah menjangkakan akan bertanding jawatan ini sebelum ini, tiga atau empat bulan sebelum ini?

HUSAM Tidak, tidak. Malah jawatan naib presiden pun terlalu tinggi bagi saya.

mStar Online Tapi Datuk ada pengalaman luas, menyertai PAS lebih dua dekad lama?

HUSAM Apa tujuan anda mengambil jawatan yang tinggi. Ia satu beban untuk anda sebenarnya.

mStar Online Bukankah anda telah membuktikan anda telah melakukan sesuayu sebagai Naib Presiden?

HUSAM Ya, tapi ia satu beban bagi saya.

mStar Online Tapi... pergi untuk jawatan Timbalan Presiden lagi beban?

HUSAM Ya, sebab itu saya enggan... sebab itu saya menyokong Nasaruddin untuk jawatan timbalan presiden sebelum ini.

mStar Online Kalau begitu mengapa hendak mencabar beliau?

HUSAM Semalam saya dah cakap, keadaan memerlukan saya bertanding. keadaan semasa yang saya tidak boleh mengelak.

mStar Online Boleh huraikan dengan lanjut?

HUSAM Apabila saya menyertai PAS, saya memikirkan bahawa PAS akan menjadi pari utama walaupun bukan ketika zaman saya, tetapi generasi akan datang. Hanya dengan itu boleh amalkan urus tadbir baik, tidak semestinya menerusi hukuman keras tetapi menerusi urus tadbir yang baik, dari sudut lunas perundangan, keadilan kepada semua, kehidupan berharmoni, kebajikan rakyat. Sebab itu apabila Anwar sertai umno, saya tidak ikuti Anwar sebab saya tidak percaya pada perjuangan Umno, Umno berjauhan daripada ajaran Islam, bukan untuk melengkapi Umno tetapi untuk menggantikan Umno.

mStar Online Bermakna penyandang jawatan nombor dua tidak lagi berupaya menggerakan perjuangan PAS?

HUSAM Penyandang jawatan nombor dua kelihatan, kelihatan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin umno, nak bergandingan dengan Umno, tidak menggerkakan usaha menjadikan PAS parti utama, seolah-olah perjuangan saya dari awal lagi semacam sia-sia. Jika anda merasakan mahu PAS hanya memainkan perana melengkapi dan percaya pada perjuangan Umno, lebih baik sertai Umno dari awal lagi. Saya menyertai PAS 27 tahun lalu, saya sudah mempunyai fikiran ini...perjalanan saya ada melalui PAS, bukan Umno. Perjalanan saya ialah menggantikan Umno dengan PAS.

mStar Online Adakah bermakna selama ini datuk memberikan laluan

HUSAM Jika ada mana-mana pemimpin yang berkongsi pandangan ini, saya akan sokong. saya mungkin bertanding buat sementara, kemungkinana ada pemimpin lebih baik, dan saya akan beri laluan. Buat masa untuk menghalang usaha musnahkan idea pas menggantikan Umno.

sumber - mstar

Tiada ulasan: