MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jun 2009

Pas kecewa pusat gay masih berleluasa

GEORGETOWN - Pas Bukit Bendera menganggap usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk membanteras maksiat tidak begitu serius dan sama sahaja seperti Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Saiful Lizan Mohd Yusoff berkata, aduan demi aduan yang dikemukakan selama ini tidak diberi perhatian dan seolah-olah sepi begitu sahaja.

Beliau tidak nampak kesungguhan pemimpin kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan selama ini seolah-olah hanya perkara kecil sedangkan ia sebenarnya menjejaskan umat Islam kerana melanggar hukum Allah.

“Saya sudah mengemukakan aduan mengenai sebuah pusat aktiviti gay yang berselindung di sebalik nama kelab menjaga kesihatan di sebuah kompleks membeli belah di Jalan Burma.

“Saya sudah hantar surat rasmi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow lebih seminggu lalu tetapi hingga hari ini, masih tiada maklum balas.

“Saya juga hantar melalui e-mel kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Tak tahulah sama ada dia baca atau tidak e-mel saya ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau kesal dengan sikap dingin kerajaan negeri mengenai beberapa perkara yang menyentuh kepentingan umat Islam, terutama yang berkaitan dengan maksiat.

“Masalah ini pernah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tetapi hanya dipandang sepi. Lantaran itu, ia diserahkan kepada Ahli Exco dengan harapan mendapat penyelesaian segera, namun hampa juga,” katanya.

Menurutnya, rakyat menaruh harapan tinggi kepada kepimpinan Guan Eng untuk membawa perubahan sejajar dengan pendekatannya ke arah masyarakat berakhlak dan berintegriti tinggi bersesuaian dengan prinsip ‘amar ma’ruf nahi mungkar’.

“Tetapi ia masih belum menampakkan kesungguhan ke arah itu termasuk konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diterapkan oleh kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Saiful Lizan berkata, Pas Bukit Bendera mendesak MPPP menyemak semula dan mengambil tindakan tegas terhadap premis hiburan.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Pas Bukit Bendera menganggap usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk membanteras maksiat tidak begitu serius dan sama sahaja seperti Barisan Nasional (BN) sebelum ini"

Betul ke? Pas bukit bendera Kesal?

Apakah Pas Pulau Pinang berbeza dengan PAS di Kedah? Mengapa di Kedah MBnya Ust Azizan Razak tidak Kesal? Apa jenis Pemainan yang sedang Pas mainkan?

Di Kedah Mb PAS, Ustaz Azizan Rasak sendiri yang menolak untuk mengharamkan Judi dan arak.Mengapa pula Pas Pulau Pinang kesal bila icon Khalifah Omar Abdul Aziz termasuk Pas atau Pakatan Rakyat tidak begitu serius membenteras maksiat.

Bukankah icon nya bukan seorang Islam? Mengapa PAS Pulau Pinang berpura-pura Kesal?

Pas Pulau Pinang seharus merasa lebih kesal apa yang belaku di KEDAH,walaupun Pas melebihi kerusi dari PKR dan ketua negerinya seorang ust bertaraf Ulamak berbanding Pulau Pinang.
Di Kedah sedangkan MBnya bertaraf Ust pun sanggup menolak hukum mengharam judi dan arak dengan alasan…”untuk menjaga hati kaum-kaum lain,dan undi cina dan india penentu kemenangan Pas dalam pilihan Raya akan datang…inikan pula Icon Khalifah Omar Andul Aziz? Yang sudah sah bukan beragama Islam..dan secara terang dasar Parti mereka lebih awal menolakNegara Islam.

Apa yang perlu PAS Pulau Pinang kesalkan!

Apa jenis pemainan Politik PAS ini? Apakah PAS pulau Pinang tidak merasa lebih janggal apa yang belaku di Kedah berbanding Pulau Pinang?

Negeri dibawah Ulamak berbanding Negeri Icon Khalifah Omar saja…!!!!


Apakah Ust Guan Eng lebih perihatin untuk membenteras maksiat,judi dan sebagainya berbanding MB Ust azizan yang bertaraf Ulamak?


Persoalannya apakah Dasar Pas Pulau Pinang berbeza dengan Dasar PAS Kedah?

Apakah PAS Pulau Pinang merasa PAS kedah sudah membenteras dan telah melaksanakan Hukum? apa bezanya.

Apakah diKedah kerana ia dibawah kepimpinan Ust bertaraf ulamak tidak terjejas kerana melanggar hukum? Berbanding Pulau Pinang?


Bukan setakat Hukum,di Kedah pemimpin Pas sendiri merasa lebih masuk akal Projek ternakkan babi yang diutamakan berbanding lain lain Projek ternakkan.Apakah Pas Pulau Pinang tidak merasa Kesal? temasuk MB PAS kedah sendiri?

Semuanya ini kerana untuk memikat pengundi cina dan India.Mereka sanggup menepi hukum yang ada..dengan alasan yang cukup jahil dari UST Guan Eng.


Sepatutnya PAS Pulau Pinang Perlu merasa lebih Kesal apa yang Belaku di Kedah dengan MBnya bertaraf Ustaz berbanding Pulau Pinang yang Ketua Negerinya bukan Islam..Cuma bermodalkan Khalifah Omar Abdul Aziz…berbanding Negeri dibawah kepimpinan Ulamak.

Fikir-fikirlah wahai Pas Pulau Pinang…